Alllahyarham dan Puan Sarimah juga merupakan salah seorang pembeli Desa Kerayong Indah yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah pada 24 April 2007 yang lalu.
Jenazah Allahyarham dijangkakan tiba di KLIA jam 8:00 malam ini (6 Disember 2008) dan dijangkakan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam SS21, Shah Alam keesokkan harinya.
Semoga Puan Sarimah dan ahli keluarga yang lain tabah di dalam menghadapi dugaan ini.
Marilah kita bersama-sama menghadiahkan surah Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga rohnya akan dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. InsyaAllah.
Lain-lain berita :-
Utusan Malaysia
Bernama
Mstar















Maka sebab itulah maka rakyat Selangor telah memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU-12 kerana menyakini janji untuk membantu rakyat yang telah dianaiya oleh Barisan Nasional dan bukannya bila berhadapan dengan soal kediaman rakyat dan memerlukan kos, maka jawapannya SABAR...SABAR..SABAR. Tapi kalau soal yang melibatkan bangsa lain, mengapa begitu cepat sekali tindakannya. Apa erti sebuah perjuangan dan pemerintahan kalau tidak sanggup menerima kritikan?
Penetapan Tarikh Sebutan Kes bagi Pembeli Desa Kerayong Indah Kumpulan 1 yang dijadualkan pada hari 





Peguam Wan Shahrizal yang mewakili pembeli telah masuk ke Kamar Hakim Dato' Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin bersama dengan Peguam Yusman yang mewakili Bumi Circle dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Selangor Puan Aimi Hajar Binti Dato' Mohd Ridzwan tepat jam 10:50 pagi di Mahkamah Tinggi (Sivil) 2.
Bumi Circle yang masih lagi belum memfailkan Pembelaan seperti yang diminta oleh YA Hakim semasa tuntutan mendapatkan JID pada 5 Mac 2008 yang lalu, telah diarahkan sekali lagi oleh YA 
KUALA LUMPUR 14 Jun 2008 -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengadakan perbincangan dengan pihak bank agar kadar faedah yang dikenakan kepada pembeli rumah yang projeknya terbengkalai dapat dikurangkan. Timbalan Menteri berkenaan Datuk Hamzah Zainudin berkata langkah itu bagi mengurangkan beban pembeli rumah yang terpaksa menanggung pembayaran walaupun projek perumahan itu masih tergendala.
Lawatan ke Taman Lestari Permai turut dihadiri sekurang-kurangnya 150 pembeli rumah projek perumahan itu, yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila projek yang dijadual siap sepenuhnya pada 2006 masih terbengkalai. Sementara itu, Hamzah berkata kementerian akan mengetatkan lagi akta-akta yang terkandung di dalam Dasar Perumahan Negara (DPN) untuk mengelakkan berlakunya projek perumahan terbengkalai. "Apabila perkara itu mendapat persetujuan dari semua pihak yang terlibat dalam industri perumahan, ia akan kita (kementerian) kemukakan kepada jemaah menteri akhir tahun ini," katanya. 
Pembeli-pembeli Projek Pemberimilikan Tanah Terancang dan Projek Perumahan Desa Kerayong Indah adalah diingatkan untuk KALI TERAKHIR bahawa
Kumpulan ke-6 ini merupakan 

Putrajaya 4 Jun 2008 - Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan senarai harga baru bagi Petrol dengan pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Sementara harga minyak diesel pula naik daripada RM1.58 kepada RM2.58 berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel.
Juga kepada Dr 
Selepas Selangor, Pulau Pinang melalui Timbalan Ketua Menterinya Mohammad Fairus Khairuddin telah melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri pada tahun 2004 yang lalu. Beliau yang juga EXCO Hal-Ehwal Islam Pulau Pinang, berkata langkah negeri ini tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali sebelum itu berkata, semua masjid dan surau di Selangor diarah tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep Islam yang diperkenal sejak empat tahun lalu. Ajaran Islam yang sebenarnya akan disandarkan dan diamalkan untuk memerintah Selangor dan bukannya Islam Hadhari, katanya lagi semasa sessi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 26 Mei 2008 yang lalu. [
IPOH, 25 Mei 2008 -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan melaksanakan Dasar Perumahan Negara hanya selepas memperolehi maklum balas daripada orang ramai sehingga akhir tahun ini bagi mendapatkan input dalam merangka satu dasar yang lebih seimbang dan adil. Ini adalah bagi memastikan kepentingan pembeli rumah benar-benar dilindungi dan dalam masa yang sama tidak mahu dilihat sebagai terlalu banyak campur tangan kerajaan sehingga boleh 'melemaskan' industri perumahan negara serta pasaran bebas.


Kepimpinan negara secara jelas enggan mengakui bahawa kekurangan bukti, fakta kes dan kelemahan barisan Peguam yang berhujah telah menyebabkan kita kehilangan Pulau Batu Putih walaupun kedudukannya lebih hampir dengan Malaysia. Hanya dengan sepucuk surat yang ditulis oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan negeri Johor bertarikh 21 September 1953 yang dianggap oleh Mahkamah sebagai bukti bahawa berlaku penyerahan kuasa dan kedaulatan terhadap pulau itu kepada Singapura. 
Alor Star, Kedah, Isnin 19 Mei 2008 - Mantan Perdana Menteri Malaysia yang pernah memegang tampuk pemerintahan selama hampir 22 tahun, hari ini secara rasmi mengumumkan
Mengulas perkara yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UmNO (MT), Dato' Shahrir Samad juga tidak menolak kemungkinan akan adanya pilihanraya umum dalam masa terdekat sekiranya berlaku perubahan secara besar-besaran yang mana ramai Ahli Parlimen tampil menyahut seruan Dr Mahathir itu dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen. Barisan Nasional yang akan kehilangan mandat tiada pilihan selain memohon perkenan SPB Agung untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum bagi mengelakkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan sekiranya Ahli Parlimen menyertai Pakatan Rakyat.
Blogger dapat merasakan bahawa kebangkitan semula Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam arena politik tanahair selepas dipenjarakan selama 8 tahun telah banyak merubah senario politik tanahair dan yang paling kuat merasai tempiasnya adalah UmNO sendiri. Kerana UmNO (baru) hari ini ternyata tidak dapat membantu orang-orang Melayu sepertimana apa yang kita semua alami ekoran kegagalan Projek Pemilikan Tanah Terancang Desa Kerayong Indah ini.
Pegawai Khas EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Sdr Khairuddin Othman berkata demikian ketika menghadiri majlis dialog bersama penduduk di perumahan PKNS Kampung Pasir. 


