Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Wednesday, June 13, 2007

Proses Tuntutan Mahkamah


Sebagai panduan untuk semua Pembeli-Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah, di bawah ini adalah proses Undang-Undang yang akan dilalui sebelum berlangsungnya Perbicaraan yang sebenarnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. InsyaAllah, kita mengharapkan Kes Tuntutan ini akan berjalan dengan lancar sepertimana yang kita semua harapkan demi untuk mengembalikan semula HAK kita sebagai Pembeli.


  • Peguam menyediakan Dokumen dan Tuntutan Saman.
  • Peguam Memfailkan Saman di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam (24hb. April 2007).
  • Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam keluarkan "seal copy" (31hb. Mei 2007).
  • Peguam Menyerahkan Writ Saman kepada semua Defendan-Defendan (1hb Jun 2007).
  • Dalam masa 8 hari (termasuk hari serahan Writ Saman), pihak Defendan kena Masukkan Kehadiran mereka di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Shah Alam (7hb. Jun 2007)
  • Sekiranya Defendan GAGAL Memasukkan Kehadiran, Plaintif akan pohon Penghakiman Engkar.
  • Sekiranya pihak Defendan Memasukkan Kehadiran, dalam masa 14 hari dari kehadiran, Defendan kena failkan Pembelaan.
  • Sekiranya Defendan GAGAL failkan Pembelaan, Kita akan masukkan Penghakiman Engkar Pembelaan.
  • Sekiranya Defendan masukkan Pembelaan, Peguam ada hak untuk Menjawab Kepada Pembelaan dalam tempoh 14 hari.
  • Selepas 28 hari dari terima Pembelaan, Peguam akan failkan Pengurusan Kes.
  • Mahkamah akan tetapkan Tarikh Pengurusan Kes.
  • Semasa Pengurusan Kes, Mahkamah akan arahkan untuk Failkan Dokumen-Dokumen Relevan dan Menetapkan Tarikh Bicara.
  • Bila Tarikh Bicara ditetapkan, Peguam akan maklumkan kepada Plaintif, saksi-saksi yang perlu hadir.
NOTA : Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Saman ini dan ingin mendapatkan perkembangan mutakhir supaya sentiasa menghubungi kami atau Peguam dari masa ke semasa yang mana ada butiran (update) yang tidak dapat kita siarkan di dalam laman blog kita ini.

Wassalam.