Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Friday, January 27, 2012

Maklumat Pembeli : Kumpulan 1-6 dan 7


Jumaat 27hb. Januari 2012. Pemakluman penting kepada Pembeli/Pemilik Desa Kerayong Indah dari Kumpulan 1-6 dan 7 yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi (TGDKWPDKI) di Mahkamah Tinggi Shah Alam agar dapat memberikan dan mengemas-kinikan butiran dan maklumat mereka dengan seberapa SEGERA.

Kita telah dimaklumkan bahawa Pihak Pemaju (Baru) telah bersedia pada bila-bila masa untuk memenuhi tuntutan kita yang pertama iaitu Penyelesaian Pinjaman Bank sedia ada. Butiran dan maklumat Pembeli/Pemilik ini amat diperlukan oleh Pihak Pemaju (Baru) bagi memastikan proses perbincangan mereka dengan pihak bank yang memberi pinjaman berjalan dengan lancar dan memudahkan urusan menghubungi Pembeli/Pemilik yang terlibat di dalam tuntutan gantirugi ini.

Maklumat Pemilik/Pembeli
Nama Penuh Pemilik/Pemilik Bersama :
No. Kad Pengenalan Pemilik/Pemilik Bersama :
Alamat Surat Menyurat :
Nombor Telefon :
Email (jika ada) :

Maklumat Desa Kerayong Indah
Nombor Lot Rumah/Tanah (No. PT) :
Nombor Fasa/Desa :
Jenis Rumah :
Nama Bank & Cawangan (Pinjaman) :

Semua maklumat yang diperlukan diatas boleh disalurkan ke :-
email : romatech@streamyx.com atau desakerayongindah@gmail.com
sms : 019-226 2125 (Sdr. Kamarol)

Sila pastikan anda menerima balasan email yang mengesahkan bahawa maklumat anda telah direkodkan dan dikemaskinikan.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan butiran yang diperlukan ini, boleh menghubungi J/Kuasa Tuntutan.

Kerjasama daripada semua amat dialu-alukan agar dapat memanjangkan pemakluman ini kepada sahabat-sahabat Pembeli/Pemilik lain (Kumpulan 1-6 dan 7) agar dapat mengemas-kinikan butiran mereka dengan seberapa SEGERA.




Saturday, January 14, 2012

Perbincangan Tuntutan dan Berita Baik


Jumaat 14hb. Januari 2012. Memasuki tahun baru 2012 ini, J/Kuasa Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah (TGDKWPDKI) telah mengadakan satu perbincangan dan mendapat taklimat daripada Pemaju Baru berkenaan dengan kedudukan dan proses memulihkan Projek Perumahan Desa Kerayong Indah ini dan berlangsung di DePalma Inn Shah Alam.

Isi kandungan perbincangan :-
  1. Laporan dan taklimat proses mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada Kerajaan Negeri untuk memasuki tapak projek dan memulakan kerja-kerja infrastruktur oleh Pemaju Baru.
  2. Proses audit dan analisa gantirugi bagi setiap unit rumah Pembeli/Pemilik yang terlibat dengan TGDKWPDKI.
  3. Isu semasa yang melibatkan Pembeli/Peminjam yang telah dan di dalam proses disaman oleh Bank-bank pemberi pinjaman.
  4. Tempoh masa untuk Pemaju menyelesaikan Pinjaman Bank Pembeli yang telah memfailkan tuntutan di mahkamah.
  5. Isu berbangkit yang melibatkan Pemilik/Pembeli yang tidak berkesempatan untuk menyertai tuntutan saman di mahkamah (selain dari Pembeli Kumpulan 1-6)
Perbincangan dan Keputusan
  1. Pemaju Baru memberikan taklimat berkenaan dengan persetujuan yang telah dicapai bersama semua agensi yang terlibat seperti JKKK, Pejabat Tanah, Pejabat Majlis Daerah, Syabas, TNB dan lain-lain. Pemaju juga telah membuat presentation kepada Kerajaan Negeri Selangor dan telah dipersetujui. Cuma 1-2 perkara yang melibat SOP (Standard of Procedure) yang perlu dipatuhi oleh Pemaju Baru untuk pengambilalihan projek DKI ini.
  2. Pemaju Baru telah bersetuju untuk mempercepatkan proses audit dan tafsiran kerugian bagi setiap unit rumah Pembeli yang telah memfailkan tuntutan (Kumpulan 1-6 dan 7). Pemaju melalui Jabatan Audit (Kewangan) mereka akan memasuki tapak projek dalam masa yang terdekat iaitu selepas mendapat maklumat terperinci berkenaan dengan kedudukan lot rumah dan makluman bank pemberi pinjaman setiap pembeli yang telah memfailkan saman. Butiran ini akan SEGERA disediakan oleh J/kuasa Tuntutan dan Peguam.
  3. Isu yang melibatkan pembeli yang telah disaman (termasuk yang telah mendapat status bankrap) oleh pihak bank juga di dalam pengetahuan Pemaju. InsyaAllah, Peguam kita akan berusaha untuk membantu mengikut kedudukan kes.
  4. Pihak Pemaju berjanji akan menyegerakan tempoh masa menyelesaikan tuntutan pembeli iaitu sebaik sahaja memperolehi kelulusan daripada Kerajaan Negeri. Tambahan pula Anchor Bank (Bank Pembiaya Projek DKI) telah bersetuju dengan proposal Pemaju Baru untuk mengambilalih projek ini.
  5. Pihak Pemaju Baru TELAH BERSETUJU dengan permintaan kita untuk memberi peluang kepada pembeli yang tidak berkesempatan untuk menyertai Pembeli yang telah memfailkan tuntutan gantirugi di mahkamah (Kumpulan 1-6 dan 7).
Berdasarkan kepada PERSETUJUAN yang telah dicapai ini, kita sangat mengalu-alukan mana-mana Pemilik/Pembeli Desa Kerayong Indah yang tidak berkesempatan untuk menyertai Tuntutan Gantirugi
(TGDKWPDKI) ini agar dapat SEGERA menghubungi J/Kuasa Tuntutan dan memberikan butiran seperti yang diperlukan di bawah ini :-


Maklumat Pemilik/Pembeli
Nama Penuh Pemilik/Pemilik Bersama :
No. Kad Pengenalan Pemilik/Pemilik Bersama :
Alamat Surat Menyurat :
Nombor Telefon :
Email (jika ada) :

Maklumat Desa Kerayong Indah
Nombor Lot Rumah/Tanah (No. PT) :
Nombor Fasa/Desa :
Jenis Rumah :
Nama Bank & Cawangan (Pinjaman) :

Semua maklumat yang diperlukan diatas boleh disalurkan ke :-
email : romatech@streamyx.com atau
desakerayongindah@gmail.com
sms : 019-226 2125 (Sdr. Kamarol)

Sila pastikan anda menerima balasan email yang mengesahkan bahawa maklumat anda telah direkodkan.

Sila hubungi J/Kuasa Tuntutan untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan TAWARAN tuntutan gantirugi ini.

Sehubungan dengan itu, kita menyeru kepada Pemilik/Pembeli yang BELUM membuat tuntutan gantirugi dan ingin menuntut kembali wang mereka, agar SEGERA menghubungi kami untuk sama-sama memperolehi tuntutan gantirugi mereka.

Kerjasama daripada Pembeli-pembeli yang telah memfailkan tuntutan (Kumpulan 1-6 dan 7) amat dialu-alukan agar dapat MENGHEBAHKAN Peluang Keemasan ini kepada sahabat-sahabat yang belum membuat tuntutan agar bersama-sama dengan kita memperolehi gantirugi tanpa perlu memfailkan tuntutan saman di mahkamah lagi.

NOTA : Kelewatan memberikan butiran diatas akan menyebabkan Pemilik/Pembeli yang BELUM memfailkan tuntutan akan terlepas PELUANG KEEMASAN ini.