Pilihanraya ke-11 pada 2004, sekali lagi berlalu pergi dengan begitu sahaja bilamana mereka-mereka yang telah kita pilih menjadi Wakil-Wakil Rakyat di Negeri Selangor terutamanya muka-muka baru ini (DUN dan Parlimen) masih tidak berbuat apa-apa di atas kegagalan Projek Pembesaran Kampung Desa Kerayong Indah.

Tingkat 1 Bangunan Dato' Tan Teng Kuay Jalan Besar Sungai Buloh 45800, Jeram
Tel : 03-32649003 Fax : 03-32649006
e-mail : amiruddin@selangor.gov.my
Beliau juga adalah salah seorang Ahli Majlis bagi Majlis Daerah Kuala selangor sessi 2006-2008. Ini bermakna terdapat 3 orang "kuat" yang selama ini pernah atau sedang menjadi Wakil Rakyat kita, menduduki kejavascript:void(0)
Save as Draftrusi Majlis Daerah Kuala Selangor. Tetapi, apa yang mereka lakukan?

Alamat : Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Selangor,
No. 38-A, Jln Bendahara 1, Tmn Bendahara KM 1, Jln Klang, 45000 Kuala Selangor
Tel : 03-3289 1818 Fax : 03-03- 3289 2818
Rumah : No 8, Jalan Petalawati 6/2B Seksyen 6, 40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-55133558 H/P : 019-2261818

Beliau yang bertukar dari DUN Kelana Jaya pada PRU-10 (1999) ke DUN Kota Damansara pada PRU-11 (2004) dan telah diberikan tanggung jawab sebagai Exco Perumahan nampaknya gagal menyelesaikan banyak masalah dan aduan yang melibatkan kes perumahan di Negeri Selangor ini antara ialah Apartment Damai & Suria,Taman Kenanga, Desa Alam, Bandar Pinggiran Subang, Pangsapuri Sri Puteri dan lain-lain lagi. ( Maklumat lanjut...).
Apa yang kita persoalkan sejauh mana keberkesanan beliau sebagai Exco Perumahan Selangor dalam membantu rakyat untuk memiliki sebuah rumah dengan wang sendiri. Bukannya rumah yang kita perolehi itu didapati secara percuma. Kita mengumpul wang dari keringat sendiri selama bertahun-tahun untuk membeli rumah tersebut.
Inilah sebahagian daripada Wakil Rakyat yang selama ini kita harapkan untuk membawa perubahan di atas kegagalan Projek Pembesaran Kampung tersebut. Kita tidak pasti siapa lagi selepas ini yang akan dipilih untuk mewakili kita di kawasan Kuala Selangor ini.
Setiap kali pilihan yang telah lepas, kita tidak perrnah lupa untuk memberikan sokongan kepada mereka apatahlagi kalangan pembeli dari anak jati Bukit Kerayong sendiri dengan harapan mereka dapat membawa perubahan di Bukit Kerayong. Apakah kali ini, pada PRU ke-12, kita masih lagi akan terus menaruh harapan yang menggunung terhadap mereka?
Tepuk Dada, tanyalah selera....
Wassalam
Blogger.
No comments:
Post a Comment