
Oleh yang demikian, sebagai rakyat yang selama ini merasai betapa kesengsaraan yang kita alami selama 9 tahun yang telah sudah sejak 1999 yang lalu terpaksa juga berhadapan dengan bebanan hutang dengan bank dan dalam masa yang sama kehidupan seharian menjadi semakin terhimpit ekoran kenaikan harga barangan keperluan harian disamping terpaksa membayar dengan harga yang begitu tinggi dalam menjalani kehidupan di negara sendiri sedangkan pemimpin negara begitu bersahaja merobek kekayaan negara tanpa membantu rakyat sendiri.
Sebab-Sebab mengapa mesti menolak Barisan Nasional
- Pembohongan fakta
- BN mahu sangat Kelantan kerana sumber Gas Ali yang baru dijumpai yang cukup untuk menampung 7 generasi rakyat Kelantan (500 tahun lamanya). Sekiranya Kelantan berjaya dikuasai oleh BN, maka kroni-kroni akan rakus mengisi ke kantung masing-masing.
- Gagal mengurus ekonomi dengan baik.
- Gagal membendung gejala rasuah.
- Maksiat dan perjudian berleluasa.
- Kekayaan negara untuk kroni-kroni dan suku sakat sedangkan rakyat terpaksa menanggung beban.
- Pemimpin memiliki kediaman bak mahligai sedangkan rumah untuk rakyat dibiarkan terbengkalai.
- Minyak petrol akan naik lagi daripada RM1.92 seliter kepada hampir RM2.50 seliter sekiranya mereka menang dalam PRU12 memandangkan harga bahanapi tersebut telah meningkat lebih USD100 setong dan tiada jaminan di dalam manifesto BN bahawa harga bahanapi itu akan dikekalkan.
- Harga barangan keperluan dapur telah meningkat secara mendadak sejak 2006. Yang merasa kesengsaraannya adalah rakyat jelata terutamanya yang berpendapatan rendah sedangkan pemimpin sibuk mencanang seluruh pelusuk negara agar rakyat memahami trend kenaikan harga barangan.
- BN adalah sinonim dengan Barang Naik.
- TOL tak pernah turun walaupun syarikat konsensi untung besar.
Sebab-Sebab mengapa mesti memilih Barisan Alternatif (PAS,PKR dan DAP)
- Manifesto PAS Selangor untuk setiap rakyat memiliki kediaman sendiri.
- Manifesto PAS sekiranya membentuk Kerajaan Malaysia yang baru.
- Manifesto Parti Keadilan Rakyat.
- Manifesto DAP.
Negara kita tidak akan muflis dengan memberikan semua itu kepada rakyat jelata kerana negara mempunyai sumber kekayaan hasil bumi anugerah Allah SWT yang begitu banyak :-
- Petroleum
- Gas Asli
- Emas
- Hasil Pertanian seperti Getah, Kelapa Sawit dan sebagainya.
- Hasil Galian terbaik dunia yang belum dikhabarkan.
SELAMAT MENGUNDI....Buatlah pilihan dengan bijak.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment