Pembeli-pembeli Desa Kerayong Indah adalah dijemput untuk turut sama menghadirkan diri pada hari tersebut bagi menyaksikan dan mengetahui status terkini Kes Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini. Mudahan Allah SWT akan mempermudahkan urusan kita nanti. InsyaAllah.
Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa
Thursday, July 24, 2008
Penetapan Tarikh Sebutan Kes K2K3
InsyaAllah, Penetapan Tarikh Sebutan Kes bagi Pembeli Kumpulan 2 dan Kumpulan 3 dijadualkan pada hari Selasa 5 Ogos 2008 yang akan datang di Mahkamah Tinggi (Sivil) 1, Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Pihak Peguam kita dan Defendan dijangka akan mengemukakan dokumen-dokumen yang relevan kepada YA Hakim. Seterusnya YA Hakim akan menentukan dan menetapkan Tarikh Bagi Sebutan Kes untuk Perbicaraan bermula.
Pembeli-pembeli Desa Kerayong Indah adalah dijemput untuk turut sama menghadirkan diri pada hari tersebut bagi menyaksikan dan mengetahui status terkini Kes Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini. Mudahan Allah SWT akan mempermudahkan urusan kita nanti. InsyaAllah.
Pembeli-pembeli Desa Kerayong Indah adalah dijemput untuk turut sama menghadirkan diri pada hari tersebut bagi menyaksikan dan mengetahui status terkini Kes Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini. Mudahan Allah SWT akan mempermudahkan urusan kita nanti. InsyaAllah.
Monday, July 7, 2008
Pernyataan Pembelaan Bumi Circle
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, pihak Defendan Ketiga, Bumi Circle Sdn. Bhd. telahpun memfailkan Pembelaan mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 17 Jun 2008 yang lalu. Maklumat lanjut berkenaan dengan isi kandungan pembelaan mereka boleh didapati disini
(Nota: Anda perlu mempunyai "permission" untuk memasuki Blog Khas ini, panduannya disini.. )
InsyaAllah, selepas daripada ini, kita akan memasuki fasa seterusnya iaitu penentuan untuk menetapkan Tarikh Sebutan Kes yang akan berlangsung pada 5 Ogos 2008 nanti di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)