Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Wednesday, February 27, 2008

Alam Perdana - Apakah DKI Juga Senasib?




Pilihanraya kecil N11 DUN Ijok telah berlangsung sejak hampir 1 tahun lalu iaitu pada 28 April 2007 selepas kematian wakil rakyatnya Datuk K.Sivalingam pada 4 April 2007 akibat serangan sakit jantung di Lapangan Terbang Chennai, India. Kerusi tersebut telah dimenangi oleh calon MIC, K. Parthiban yang juga seorang bekas guru yang berhadapan dengan bekas CEO Kumpulan Guthrie Bhd., Tan Sri Khalid Ibrahim yang mewakili PKR.

Kempen Pilihanraya Ijok 2007
Semasa kempen pilihanraya Ijok 2007, terlalu banyak peruntukan untuk "pembangunan" telah disalurkan ke kawasan DUN Ijok yang menjangkau RM 36 juta dan ianya telah dihabiskan di dalam masa 2 minggu tempoh berkempen tersebut.

Bagi pembeli-pembeli rumah Bandar Alam Perdana yang melibatkan unit-unit rumah pangsa dan rumah teres , aduan demi aduan telah dilakukan kepada pihak yang bertanggungjawab dengan melahirkan keluhan mereka bilamana projek tersebut telah terbengkalai dan sering bertukar pemaju.

Mereka juga telah mengadakan satu protes semasa hari penamaan calon pada 19 April 2007 semasa kehadiran TPM Dato' Seri Najib untuk menyampaikan mesej kekecewaan mereka dengan harapan TPM dapat membantu pembeli-pembeli yang teranaiya ini.


Apa yang menariknya, tempias pilihanraya Ijok turut dapat dirasai sekejap oleh hampir 4000 orang pembeli-pembeli rumah di Bandar Alam Perdana di bawah DUN Ijok yang telah menandatangani perjanjian pada pertengahan tahun 2000 bilamana "mereka" berjanji untuk menyiapkan rumah yang telah terbengkalai tersebut di dalam kempen "mereka".

Namun begitu kegembiraan tersebut hanyalah berpihak kepada pembeli rumah pangsa kos rendah sahaja bilamana Syarikat Perumahan Negara Sdn. Bhd. hanya bersetuju untuk mengambilalih projek rumah pangsa tersebut.

Mesyuarat SPNB dan pembeli yang pada mulanya dijadualkan pada Mei 2007 akhirnya ditangguhkan pada Julai 2007 dan diadakan di Stadium Shah Alam, Shah Alam, Selangor.

Apa yang malangnya, sehingga ke hari ini (27 Februari 2008) iaitu selepas 10 bulan pengambilalihan projek tersebut oleh SPNB, masih lagi tidak menampakkan tanda-tanda mahupun adanya kerja-kerja pembinaan dilakukan dengan alasan belum mencapai sasaran 70% pembeli yang menandatangani perjanjian yang baru tersebut.

Kini diberitakan pula, projek tersebut dijanjikan untuk dimulakan pada bulan Mac 2008 ini bersesuaian dengan Demam Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) ini.

Apakah pembeli-pembeli rumah terbengkalai Desa Kerayong Indah juga akan terpedaya dengan janji-janji manis pilihanraya pada kali ini?

Gambar-gambar terkini rumah pangsa Alam Perdana diambil pada 23 Feb 2008.





3 comments:

Anonymous said...

i'm one of the buyer... frustrated giler toksah cakap dah laa, dah bosan dengar pemaju janji dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun... huh, bengang. my family suffers for years as i must pay back the bank loan, siap masuk mahkamah lagi pasal lambat bayar a few months, apa nak buat -bank tu pun sama mangsa, so dua mangsa masuk mahkamah... but what happens to the pemangsa? the pemaju... tu dia dato paduka khairuddin kita happy ngan umi aida dia, lepas tu nak saman menteri besar pulak, huh keja tak siap nak saman orang konon, sedo la sikit aku bayo dah, pemaju sedap lengggang kangkung

Anonymous said...

i'm one of the buyer to..baru je dapat saman tapi tak sempat nak pegi..is there anybody outhere can help me what to do with the summons..any persatuan pembeli rumah or who i can ask for help..really hates these situation..damm developer..shit!

earth_angel@yahoo.com.my

selvaraj said...

i'm one of the buyer ..... bengang betul, sudah 10 tahun tak dapat rumah lagi,skrg pulak black list dgn bank ,sebab tak bayar duit bunga,nak beli rumah lain tak pulak......


selva_d@hotmail.com