
Fakta di atas adalah nilai keseluruhan Projek "Desa Wawasan" Desa Kerayong Indah bagi Projek Pembesaran Kampung, Kampung Bukit Kerayong, Mukim Jeram, Kuala Selangor yang bernilai hampir RM163 juta berdasarkan kepada dokumen/brosur yang telah diserahkan kepada pihak Blogger.
ANGGARAN DAN ANDAIAN
Perjanjian Pinjaman BC dengan Bank Rakyat = RM 62 juta
Anggaran amaun yang telah diberikan oleh Bank Rakyat (50%)
= 50% x RM 62 juta
= RM 30 juta
Nilaian Keseluruhan Projek = RM 163 juta
Anggaran min. yang telah dibayar oleh Pembeli (60%)
= 60 % x RM 163 juta
= RM 98 juta
Anggaran amaun yang diterima oleh BC
= RM 30 juta + RM 98 juta
= RM 128 juta
Andaian BC telah membayar balik pinjaman kepada Bank Rakyat (50%)
= 50 % x RM 30 juta
= RM 15 juta
Andaian amaun bersih yang masuk ke kantung BC
= RM 128 juta - RM 15 juta
= RM 113 juta
Nilaikanlah sendiri amaun sebanyak RM 113 juta tersebut telah dibelanjakan begitu sahaja dan telah menyebabkan Projek Desa Kerayong Indah ini terbengkalai separuh jalan dan dibiarkan sahaja yang akhirnya telah menyebabkan hakisan tanah, semak samun dan kecurian.
Persoalannya sekarang ke mana wang sebanyak RM 113 juta (andaian) tersebut telah dibelanjakan? Kereta mewah, rumah besar, melancung sakan...laburkan ke projek yang lain...atau apa-apa sahaja yang telah menyebabkan wang daripada keringat kita sendiri yang kita kumpul selama bertahun-tahun demi untuk memiliki sebuah rumah impian telah lebur begitu sahaja.
Apakah kemewahan yang mereka nikmati ini selama delapan tahun yang telah sudah mampu bagi kita untuk mengatakan "TAK PA". Biarkanlah.....
InsyaAllah, kita semakin pasti bahawa akan adanya perbicaraan di mahkamah. Kita akan seret kesemua yang terlibat di dalam Projek yang telah menghancurkan impian kita oleh mereka-mereka yang tidak dan enggan bertanggung jawab ini.
SAPINA
Nama-nama mereka telah terlibat sama di dalam Projek ini telahpun disenaraikan oleh Peguam untuk tujuan sapina tanpa mengira pangkat atau darjat mahupun kedudukan mereka berdasarkan bukti-bukti (evidance) yang telah dikumpulkan selama ini.
Pihak Peguam telahpun bersedia pada bila-bila masa untuk memfailkan Pembelaan Balas dan seterusnya memfailkan Pengurusan Kes dalam masa yang terdekat.
Jesteru itu juga, kita sekali lagi meminta kepada kesemua Pembeli Desa Kerayong Indah yang telahpun memfailkan tuntutan mereka di mahkamah agar dapat bersedia untuk menghadirkan diri pada masa hari sebutan kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam nanti. InsyaAllah.
Wassalam
Blogger.
3 comments:
Yang pastinya, kereta Mercedes baru sudah menjadi kepunyaan si Durjana DKI
Syabas saudara. Teruskan pembongkaran ini. Pokok kepada permasalah ini mudah sahaja. Apa yang patut dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah:- (1) pastikan rumah-rumah kita disiapkan segera, (2) Segerakan usaha membuat infra yang dikatakan menjadi masalah kawasan tersebut.
Akhirnya: kita pembeli bukan hendak apa-apa pun. Kita bukan hendak jadi kaya. Kita mahu rumah kita disiapkan sahaja. (Mas-kayro)
tu ler...saya pun salh seorg pembeli DKI ni..28/10/09 saye kene naik court pasal bank dh proceed..kena byr pinjaman bank..klu nampak hasilnye xperle..ni umah yg ade tiang je..mcmana nak byr loan kat bank??
Post a Comment