Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Tuesday, June 24, 2014

Berita Baik Tuntutan Gantirugi : Penyelesaian

Selasa 24hb. Jun 2014. Alhamdulillah, setelah menjalani Perbicaraan Pertama pada 13hb Jun 2014 di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kita telah dimaklumkan oleh pihak pemaju baru bahawa mereka telah bersedia untuk membuat penyelesaian Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah (TGDKWPDKI) di luar mahkamah.

Semua cadangan penyelesaian yang dimaklumkan kepada pemaju baru melalui surat rasmi peguam telah pada dasarnya diterima dan dipersetujui oleh pemaju baru dan akan membuat penyelesaian dengan segera bagi memastikan kes tuntutan di mahkamah tidak diteruskan.

Sehubungan dengan itu, Admin menyeru kepada rakan-rakan pembeli yang telah membuat keputusan untuk menyerahkan semula pemilikan rumah dan hartanah Desa Kerayong Indah dan seterusnya ingin menyertai tuntutan gantirugi ini secara perundangan, diminta untuk memberikan maklumat berikut sebelum tarikh akhir seperti dinyatakan di bawah ini :-

Tarikh Akhir Menyertai Tuntutan Gantirugi (TGDKWPDKI)
Tarikh : 30hb. Jun 2014
Hari : Isnin
Waktu : 11:59 malam


Tarikh Akhir ini terpaksa dibuat bagi memastikan urusan seterusnya iaitu Menandatangani Surat Tawaran Penyelesaian Tuntutan Gantirugi bagi Pembeli/Pemilik Kumpulan 7,8 dan 9. Bagi Pembeli/Pemilik Kumpulan 1-6 yang telah memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, mereka tidak perlu berbuat demikian tetapi disarankan agar mengemaskinikan butiran dan maklumat mereka (jika belum berbuat demikian) seperti yang diminta sebelum ini.

Sehubungan dengan itu, bagi Pembeli/Pemilik Desa Kerayong Indah yang baru sahaja mendapat pemakluman ini atau masih belum membuat keputusan agar SEGERA membuat keputusan dengan bijak sebelum TARIKH AKHIR seperti di atas. Sekiranya memilih untuk menyertai Tuntutan Gantirugi (TGDKWPDKI), sila berikan maklumat yang diperlukan dengan segera seperti di bawah ini :-

Maklumat Pemilik/Pembeli
Nama Penuh Pemilik/Pemilik Bersama :
No. Kad Pengenalan Pemilik/Pemilik Bersama :
Alamat Surat Menyurat :
Nombor Telefon :
Email (jika ada) :


Maklumat Desa Kerayong Indah
Nombor Lot Rumah/Tanah (No. PT) :
Nombor Fasa/Desa :
Jenis Rumah :
Nama Bank & Cawangan (Pinjaman) :


Semua maklumat yang diperlukan diatas boleh disalurkan ke :-
email : desakerayongindah@gmail.com
sms : 019-226 2125 (Sdr. Kamarol)


Sila pastikan anda menerima balasan email yang mengesahkan bahawa maklumat anda telah direkodkan dan dikemaskinikan.

Kegagalan membuat keputusan untuk menyertai tuntutan gantirugi ini akan menyebabkan Pembeli/Pemilik Desa Kerayong Indah tertakluk kepada 2 pilihan iaitu Meneruskan Pemilikan rumah serta menandatangani Perjanjian Baru dengan Pemaju (Baru) ATAU Menjualkan semula unit rumah/hartanah tersebut kepada Kerajaan Negeri melalui Pemaju (Baru) dengan harga yang akan ditetapkan oleh Pemaju (Baru).

Oleh yang demikian, Pembeli/Pemilik Desa Kerayong Indah yang tidak berhasrat untuk meneruskan pemilikan rumah di Desa Kerayong Indah, tetapi masih belum menyertai tuntutan gantirugi ini agar segera membuat keputusan yang bijak. Kegagalan membuat keputusan bijak akan menyebabkan kerugian yang berpanjangan kerana selepas daripada ini, kes tuntutan ini tidak boleh difailkan lagi di mahkamah.

Perlu diingatkan kepada Pembeli/Pemilik Desa kerayong Indah, bahawa pemilikan rumah di Desa Kerayong Indah ini adalah tertakluk kepada pra-syarat Desa Wawasan yang mana samada suka atau tidak, kita semua terpaksa akur kerana ianya adalah di bawah bidang kuasa MMKN Selangor yang mana mengguna-pakai KELULUSAN BERSYARAT.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan butiran yang diperlukan ini, boleh menghubungi J/Kuasa Tuntutan.

No comments: