Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Thursday, November 14, 2013

Saksi Diperlukan di Mahkamah Tinggi Shah Alam


Kes tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah telah memasuki fasa AKHIR bilamana YA Hakim telah memerintahkan peguam kita untuk mendatangkan kepada mahkamah seramai 10 orang saksi.

Oleh yang demikian, kerjasama daripada rakan-rakan pembeli Desa Kerayong Indah untuk tampil secara sukarela menjadi saksi seterusnya mengesahkan kepada mahkamah berkenaan dengan tuntutan gantirugi (saman) ini.

YA Hakim ingin memastikan sendiri penjelasan daripada Plaintif (Pembeli Desa Kerayong Indah) mengenai hal yang berkaitan dengan tuntutan saman ini. Latihan sebagai saksi akan diberikan oleh peguam.

YA Hakim seterusnya akan membuat justifikasi samada kita perlu menjalani perbicaraan atau memutuskan kemenangan berpihak kepada kita.

Rakan-rakan yang sukarela untuk menjadi saksi diminta memberikan butiran kepada J/Kuasa tuntutan dengan seberapa segera :-

1. Nama penuh

2. No. telefon


Saksi-saksi ini diminta untuk menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut :-

Tarikh : 25hb. November 2013 (Isnin)

Masa  : 9:00 pagi

Lokasi : Mahkamah Tinggi Shah Alam


Rakan-rakan pembeli Desa Kerayong Indah yang tidak terlibat sebagai saksi, DIMINTA untuk menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang menjadi saksi nanti. InsyaAllah, pihak Media juga dijangkakan akan berada di sana pada hari tersebut.

Facebook Desa Kerayong Indah ... disini
Facebook Forum berkenaan ... disini
Hubungi Jawatan Kuasa Tuntutan ... di sini
Email terus kepada Admin ... di sini



No comments: