Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Thursday, December 22, 2011

Makluman Dato MB Berkenaan Status Projek Desa Kerayong Indah

KUALA SELANGOR, 16 DIS 2011 : Kerajaan Selangor akan menggunakan pendekatan terbaik dalam usaha menyelesaikan projek perumahan terbengkalai di kawasan Desa Kerayong Indah Jeram yang membelenggu penduduk sejak sekian lama.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri sedang membuat kajian berhubung perkara ini dan menunggu cadangan terbaik daripada kontraktor penyelamat yang dipilih sebelum dapat menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya, cadangan itu kemudiannya akan diteliti sebaik mungkin sebelum dibentangkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tindakan selanjutnya.

"Masalah utama projek ini adalah pemaju sebelum ini terlupa memasukkan beberapa perkara antaranya bekalan air dan kemudahan infrastruktur lain. Kos untuk membaikpulih atau menangani masalah itu adalah sebanyak RM51 juta.

"Bagaimanapun, satu kontraktor penyelamat telah datang kepada kerajaan negeri dan membentangkan beberapa cadangan. Cadangan itu akan diusulkan kepada Menteri Besar sebelum kita putuskan sama ada kontraktor penyelamat itu layak untuk mengendalikan projek itu ataupun tidak," katanya.

Penjelasan ini diberikan oleh Iskandar ketika bertemu kakitangan kerajaan dan wakil-wakil penduduk di Stadium Tertutup Kuala Selangor sempena Program Khas Mesra Rakyat Daerah Kuala Selangor bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Projek Desa Kerayong Indah melibatkan pembinaan sebanyak 1,012 unit rumah sederhana setingkat, 112 unit rumah berkembar setingkat, 142 rumah teres dan 28 unit rumah kedai di Kampung Bukit Kerayong.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, kerajaan Selangor akan berusaha sebaik mungkin bagi menyelesaikan projek terbengkalai khususnya melibatkan projek perumahan di negeri ini secara berperingkat.

Beliau berkata, ia adalah bagi mengelakkan sebarang masalah timbul kelak terutamanya kepada masyarakat luar bandar yang tinggal di kawasan pedalaman.

"Terdapat banyak projek terbengkalai yang masih lagi perlu diselesaikan. Saya ingin mengingatkan penjawat awam dan masyarakat bahawa apabila projek itu terbengkalai, masalahnya lebih besar daripada membuat projek baharu.

"Oleh itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kelulusan projek perumahan terutama yang melibatkan masyarakat kampung kerana mereka tidak tahu akibatnya apabila projek itu terbengkalai," tegasnya.



Sumber : TV Selangor.com


Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432H-2011M


InsyaAllah, beberapa hari yang akan datang, semua umat Islam akan merayakan Hari Raya Aidil Fitri 1432H. Dikesempatan ini, kami ingin mengucapkan :-

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf Zahir dan Bathin

kami memohon maaf sekiranya ada keterlanjuran bicara di dalam laman blog ini yang telah menyakitkan hati semua pihak dalam masa kita semua menuntut pengembalian hak kita semua.

Mudahan Aildil Fitri ini akan membawa sinar keceriaan kepada kita semua. InsyaAllah.






Thursday, August 4, 2011

Perbincangan Penyelesaian Luar Mahkamah


Khamis 4hb. Ogos 2011. Alhamdulillah, Perbincangan berkenaan penyelesaian di luar mahkamah bagi Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah (TGDKWPDKI) yang berlangsung di DePalma Inn Shah Alam pada Rabu 3hb. Ogos 2011 jam 9:15 malam berjalan dengan baik.

JawatanKuasa Tuntutan
Sdr Kamarol
Sdr Sabri
Sdr Zulhaizan
Sdr Azwan
Sdri Kamariah
Peguam TGDKWPDKI

Fasilitator Task Force - Pengerusi Majlis Perjumpaan
En. Zulkipli Abdullah - RSS PMC

Pemaju (Baru)
Tn. Haji Ibrahim Md Salleh
En. Mohd Hafiz - Pengarah Nusa Development
En. Mohd Syed - Pengurus Besar Nusa Development
En. Mohd Farid Omar - Peguam

Isi kandungan perbincangan :-

  1. Pengenalan Pembangunan Projek DKI oleh Pemaju (baru).
  2. Persetujuan dan Kelulusan Pengambilalihan Projek DKI oleh Agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan.
  3. Penyelesaian terhadap tuntutan dan pampasan
  4. Isu-isu berbangkit


Siapa Pemaju (Baru)
Pemaju (Baru) yang dimaksudkan adalah Nusa Development Sdn Bhd yang bekerjasama dengan KLIA Premiers Sdn Bhd untuk mengambilalih dan seterusnya memulihkan Projek Pembesaran Kampong Bukit Kerayong (Desa Kerayong Indah), Mukim Jeram, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan. Pemaju (Baru) telah mengambilalih projek Desa Kerayong Indah daripada Probil Industries Sdn Bhd melalui Perjanjian Usahasama yang telah dimaterai pada 14hb. April 2011 yang lalu.


Pengenalan Pembangunan Projek DKI oleh Pemaju (baru)

Tn Haji Ibrahim Md Salleh yang mewakili Pihak Pemaju (baru) telah memberi penerangan berkenaan pengambilalihan Projek Pemulihan Desa Kerayong Indah ini daripada Probil Industri Sdn Bhd. Pemaju (baru) telah mendapat perkenan dan kelulusan daripada agensi-agensi Kerajaan negeri Selangor untuk projek memulihkan Desa Kerayong Indah yang termasuk di dalam kategori "tenat". Namun begitu terdapat satu agensi yang masih tidak dapat dan tidak akan memberikan kelulusan kepada Pemaju (baru) untuk meneruskan Projek Pemulihan Desa Kerayong Indah ini walaupun diberitakan bahawa pihak Pemaju (baru) telahpun mengeluarkan perbelanjaan (initial cost) seperti pengambilalihan projek, pembinaan pagar dan lain-lainnya.

Agensi tersebut telah menetapkan bahawa selagi Kes Tuntutan Gantirugi dan kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah (TGDKWPDKI) tidak diselesaikan, maka Pemaju (baru) tidak dibenarkan samasekali untuk meneruskan projek pemulihan tersebut waima memasuki tapak projek yang pada masa sekarang telah di"palang" oleh agensi penguatkuasa lain di atas arahan agensi yang tidak memberikan kelulusan tersebut.

Kita menghormati kesungguhan pihak Pemaju (baru) untuk mengadakan pertemuan walaupun 2 pertemuan yang dirancangkan sebelum ini tidak kesampaian. Sessi pertemuan pada 3hb Ogos 2011 lalu (semalam) diadakan dalam suasana yang penuh harmoni yang bertujuan untuk mencapai kesepakatan.

Walaupun kelebihan adalah berpihak kepada kita (TGDKWPDKI) yang mana tanpa persetujuan kita, pihak Pemaju (baru) tidak dapat meneruskan projek tersebut, namun kita perlu akur bahawa masih terdapat pembeli-pembeli yang masih berminat dengan pemilikan rumah di Desa Kerayong Indah walaupun kita tidak pasti apakah Harga Baru bagi setiap unit rumah yang akan ditetapkan oleh Pemaju (baru). Kita menjangkakan bagi setiap unit rumah lot baglo harga akan mencecah sekurang-kurangnya 3 kali ganda berbanding dengan harga yang asal (Tahun 1999).

Namun begitu, Pemaju (baru) prihatin diatas ketidakmampuan pembeli untuk meneruskan pemilikan rumah tersebut. Oleh yang demikian, maka bagi pembeli yang tidak termasuk di dalam TGDKWPDKI ini, maka mereka akan ditawarkan untuk menjualkan unit-unit rumah kepada Pemaju (baru) pada harga semasa yang akan dimaklumkan oleh Pemaju (baru) nanti.

Bagi seramai 321 orang Pembeli yang berada di dalam TGDKWPDKI ini, maka berikut adalah penyelesaian awal yang telah dibincangkan di dalam sessi pertemuan tersebut :-

  1. Pemaju (baru) bersetuju untuk Menyelesaikan Pinjaman Bank Pembeli. Pemaju akan berusaha mendapatkan pembiayaan "anchor" bank dan mendapatkan pelarasan (hair-cut) daripada pihak bank untuk memudahkan urusan penyelesaian kes.
  2. Pemaju (baru) bersetuju untuk Mempertimbangkan Tuntutan sepertimana yang telah difailkan di mahkamah. 2 salinan Jadual Tuntutan telah diserahkan kepada Pemaju (baru).
  3. Pemaju (baru) bersetuju secara bersama untuk Menyelesaikan Kes Diluar Mahkamah. Masa yang ditetapkan ialah selewat-lewatnya 6 bulan daripada tarikh surat peguam (perkara 4). Jumlah pampasan yang akan diterima oleh Pembeli yang telah mengemukakan saman akan dibincangkan secara bersama diantara Pemaju (baru), J/Kuasa TGDKWPDKI dan pihak peguam pada masa yang akan ditetapkan nanti. Pihak Pemaju telah diperingatkan bahawa jumlah tuntutan bagi setiap pembeli yang terlibat adalah tidak sama dan perlu penelitian bagi setiap kes. Apa yang paling penting adalah setiap pembeli akan menerima pampasan pada kadar yang paling munasabah.
  4. Pihak Peguam TGDKWPDKI akan mengeluarkan surat persetujuan untuk withold (bukan withdraw) kes saman di mahkamah (surat ini amat diperlukan oleh Pemaju (baru)). Isi kandungan surat tersebut akan didraftkan terlebih dahulu oleh peguam dan ditunjukkan kepada J/Kuasa Tuntutan sebelum diserahkan kepada Pemaju (baru). Surat ini adalah sahlaku dalam masa 6 bulan daripada tarikh ianya dibuat.
  5. Pemaju menerima surat persetujuan dan dimajukan kepada agensi kerajaan negeri untuk kelulusan.
  6. Pemaju menjangkakan dapat memasuki tapak projek dan memulakan kerja pembinaan infrastruktur selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti. Perkara utama yang akan mereka laksanakan adalah penyediaan infrastruktur utama iaitu jalan masuk ke tapak projek serta kemudahan lain seperti bekalan air dan elektrik.
Alhamdulillah, kita bersyukur dengan kesediaan Pemaju (baru) untuk berbincang dengan kita dan menyelesaikannya di luar mahkamah. InsyaAllah, setiap Pembeli yang berada di dalam Kumpulan 1 hingga Kumpulan 6 akan memperolehi semula gantirugi/pengembalian wang mereka dalam masa yang telah ditetapkan seperti di dalam perbincangan.

Apabila ia semua telah diselesaikan, maka seperti yang dipersetujui, Tuntutan Saman di Mahkamah akan ditarik balik bagi memberi laluan untuk kerja-kerja pemulihan projek dijalankan dengan lancar.

Mudah-mudahan segala tuntutan kita akan dipermudahkan dan menemui jalan penyelesaian yang terbaik untuk kebaikan semua pihak. Wassalam.

KOMEN : Sebenarnya apa yang kita tuntut ini adalah hak kita. kalaupun jumlahnya tidak akan dapat membawa kita kembali ke tahun 1999 yang mana pada masa itu kita tiada bebanan, sekurang-kurangnya apabila telah menerima pampasan ini, maka kita akan dapat melabuhkan tirai Desa Kerayong Indah, kita tak perlu menjawab lagi gangguan bank yang saban hari menuntut hutang. Tidur kita akan lebih lena. Selepas daripada ini, kita tidak lagi perlu memikirkan samada Pemaju (baru) dapat menyempurnakan projek Desa Kerayong Indah atau tidak.




Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H


InsyaAllah umat Islam di negara kita dijangka akan mula berpuasa pada hari Isnin 1hb. Ogos 2011 ini nanti.

Mudah-mudahan segala tuntutan kita akan dipermudahkan dan menemui jalan penyelesaian yang terbaik unttuk kebaikan semua pihak. Wassalam

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak.


Tuesday, July 26, 2011

Update Terkini : Julai 2011


Update Terkini. 26hb Julai 2011
Surat rasmi berhubung dengan pengambilalihan Projek Pembesaran Kampong Desa Kerayong Indah ini telah diterima secara rasmi oleh Peguam dan telah diterima oleh Jawatankuasa Tuntutan Pembeli. Surat yang bertarikh 14hb. Julai 2011 ini memaklumkan tentang pengambilalihan Projek tersebut daripada Probil Industri Sdn Bhd bagi tujuan untuk memulihkan semula projek yang telah terbengkalai sejak tahun 2002 yang lalu.

Sehubungan dengan itu satu sessi pertemuan dijadualkan akan diadakan pada Khamis 28hb. Julai 2011 ini diantara Pihak Pemaju (Baru), Fasilitator Task Force, Peguam dan JawatanKuasa Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang pembeli Desa Kerayong Indah bagi memperolehi persetujuan kita terhadap penyelesaian yang mereka cadangkan melalui Jawatankuasa Task Force.

Tanpa persetujuan kita (penarikbalikan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam), pihak Pemaju (baru) tidak dapat menjalankan kerja-kerja pemulihan projek.

Sehubungan dengan itu, semua pembeli yang telah memfailkan tuntutan di Mahkamah (Kumpulan 1, 2, 3, 4, 5 dan 6) tidak perlu bimbang, kerana apa yang kita perjuangkan sejak hari pertama memfailkan tuntutan di Mahkamah, iaitu menuntut pengembalian semula wang kita, tetap akan kita pertahankan. Pun begitu, bagi memberi laluan kepada pembeli-pembeli yang ingin terus memiliki rumah di Desa Kerayong Indah ini, kita akan berusaha untuk mencapai persetujuan sekurang-kurangnya pada kedudukan "win-win situation".

InsyaAllah, satu perjumpaan dan taklimat akan diadakan dengan semua pembeli yang telah memfailkan tuntutan selepas perjumpaan ini. Oleh yang demikian, harap makluman ini dapat diwar-warkan kepada semua sahabat-sahabat yang tidak mempunyai akses ke internet.


InsyaAllah, kami akan memberikan makluman selepas sessi pertemuan tersebut. Pembeli-pembeli yang mempunyai kemudahan akses ke FaceBook, boleh online untuk mengikuti perkembangan terkini dengan lebih cepat lagi disini disini




Friday, May 20, 2011

RM40 juta Siapkan Rumah Terbengkalai Alam Perdana : Posting Dihilangkan

Terkejut.....?

Tapi inilah hakikatnya sebenarnya... Hanya gambar yang dapat membayangkan betapa kelam kabutnya mereka menarik balik posting di dalam SelangorKini tentang "Peruntukan RM40 juta" yang kononnya untuk membuktikan bahawa prihatin untuk membantu rakyat memiliki rumah, tapi dalam masa yang sama gelojoh membelanjakan wang kerajaan negeri Selangor (wang rakyat Selangor) ......

Projek SWASTA dibantu (dibiayai) sedangkan Projek Desa Wawasan (Pemberimilikan Tanah Terancang) dianaktirikan....

Baca entri sepenuhnya kenyataan YAB MB kepada media selepas sessi dialog dengan Pembeli Rumah Terbengkalai Alam Perdana di Stadium Tertutup Kuala Selangor pada 14hb. Mei 2011 ... disini

Berkaitan Alam perdana :

RM40 juta untuk Alam Perdana
Blog Alam Perdana
Posting Lama





Carian di Google Search


Laporan SelangorKini : Lesap



Blog MP Kuala Selangor

Tranung Kite





Ni berita mereka bising pasal RM40 juta jugak... banyak tu ..... 3-5 keturunan tak habis makan....





Berkata BENAR ... Walaupun Pahit....

Sunday, May 15, 2011

RM40 Juta Untuk Projek Terbengkalai Alam Perdana


KUALA SELANGOR 14 Mei - Kerajaan negeri Selangor memperuntukkan sejumlah RM40 juta dari Tabung Projek Terbengkalai bagi menyiapkan pembinaan perumahan Alam Perdana yang terbengkalai sejak tahun 2002.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menjangkakan projek tersebut akan siap menjelang Disember ini. seterusnya ... disini

Komen : Sebab apa Projek Perumahan Alam Perdana diperuntukkan RM40 juta? Desa Kerayong Indah yang bermula sejak 1998 dibiarkan sedangkan Alam Perdana bermula sekitar tahun 2000... Inilah antara jawapannya ...
  1. Projek Perumahan Alam Perdana berada di dalam kawasan DUN Ijok --- YAB MB adalah dari DUN Ijok. Sedangkan Desa kerayong Indah di dalam DUN Jeram, YB dari BN, tetapi Parlimen Kuala Selangor diwakili oleh YB Pakatan Rakyat yang pandai bercakap, tetapi kawasan sendiri langsung tak diendahkan. Nak komplen dengan MP tersebut memang susah, nantikan kita pulak didoakannya yang tidak baik... Ini pengalaman salah seorang pembeli DKI ini sendiri.
  2. Pilihanraya Umum semakin hampir, setiap wakil rakyat akan berusaha menambat hati pengundi di kawasan masing-masing.
  3. Pembeli rumah Alam Perdana adalah bukan kesemuanya MELAYU (ISLAM). Sudah tentu kerajaan negeri berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada pelbagai bangsa untuk kekal berkuasa pada penggal yang akan datang tidak seperti Desa kerayong Indah yang 100% pembelinya adalah MELAYU-ISLAM... Sebab bangsa melayu seperti kita ini mudah diperdayakan dengan janji-janji manis, baik BN atau PR.
  4. Kita hairan, bagaimana secara tiba-tiba sahaja ada peruntukan sebanyak RM40 juta (duit kerajaan negeri) untuk mengambil alih projek Alam Perdana yang kita sendiri tahu ianya adalah projek SWASTA, sedangkan Desa kerayong Indah adalah Projek Desa Wawasan (Pemberimilikan Tanah Terancang) dibawah kerajaan Negeri Selangor? Adakah ianya dibenarkan oleh peruntukan undang-undang? Atau ianya projek untuk kroni untuk membelanjakan wang kerajaan negeri...?
  5. Banyak lagi isu sensitif yang tak dapat disiarkan di dalam blog ini, kerana ia pasti akan mengundang sensitiviti samada dari segi kaum mahupun undang-undang...
Walaubagaimanapun, kita mengucapkan tahniah kepada semua Pembeli Rumah Alam Perdana kerana perjuangan mereka telah mula menampakkan hasil. Mudahan mereka akan dapat menduduki rumah tersebut selewat-lewatnya Disember 2011 ini seperti yang dijanjikan.

Berkaitan Alam perdana :
Blog Alam Perdana
Posting Lama


Sunday, January 30, 2011

Update Terkini 30hb Januari 2011


Update Terkini.
Menurut sumber daripada pihak peguam, Kerajaan Negeri Selangor telah memberikan "lampu hijau" bagi menyelesaikan masaalah Projek Perumahan Terbengkalai Desa kerayong Indah ini.

Berdasarkan kepada perbincangan terkini diantara fasilitator kepada Jawatankuasa Bertindak (Task Force) Projek Perumahan Terbengkalai yang ditubuhkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dengan pihak Peguam kita, secara asasnya mereka telah bersetuju untuk memenuhi tuntutan utama kita iaitu menyelesaikan pinjaman bank sediada sebelum memulakan langkah seterusnya untuk memulihkan Projek Perumahan Desa Kerayarong Indah yang telah terbengkalai ini sejak 2002 yang lalu.



Kita sebenarnya bukan tidak yakin untuk Kerajaan Negeri dan Pemaju Baru untuk menyiapkan Projek ini. Apa yang perlu kita tekankan ialah adakah setelah menandatangani Perjanjian Baru, mereka akan dapat menyiapkan projek ini dalam masa yang ditetapkan, atau ianya akan terbengkalai lagi sepertimana yang seringkali berlaku di dalam projek pemulihan rumah terbengkalai di negara kita ini?

Jika ini berlaku, maka harapan kita untuk mendapatkan hak terhadap rumah tersebut akan tidak kesampaian lagi dan dalam masa yang sama, hak dari segi perundangan untuk membuat tuntutan akan terbatal kerana ianya telah melangkau Tempoh dan Hadmasa 6 tahun daripada tarikh asal untuk membuat tuntutan.

Inilah yang JawatanKuasa Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Rumah Desa Kerayong Indah dan kita semua perjuangkan selama ini bukan sahaja untuk mendapatkan jaminan kejujuran mereka membantu rakyat, tetapi juga demi untuk mendapatkan hak kita yang selama ini dinafikan. Atau setidak-tidaknya kita mendapat keputusan "win-win situation".

Kita dimaklumkan bahawa tindakan yang akan diambil oleh mereka terhadap tuntutan kita dan menyelesaikan kes rumah terbengkalai ini adalah :-
  • Mendapatkan dana daripada "anchor bank" (senaraian 2 bank utama)
  • Menyelesaikan Pinjaman Bank sediaada
  • Menyediakan Pembiayaan Baru dengan bank yang dilantik.
  • Memberi pilihan kepada pembeli samada untuk terus memiliki rumah tersebut atau menjualkannya kepada Pemaju yang baru dengan harga yang akan dipersetujui oleh kedua belah pihak.
  • Menandatangani surat Penamatan Kontrak dengan Bumi Circle Sdn Bhd.
  • Menyiapkan projek perumahan tersebut (projek mesti diteruskan) dalam masa 2-3 tahun dengan penambah-baikan dari segi kualiti rumah kepada 3 fasa (biasa, pertengahan dan atasan)
  • Membina semula lebih 60 buah rumah yang mengalami kerosakan teruk.
  • Menaik taraf rumah kepada rumah 2 tingkat bagi unit-unit yang terpilih.





Insyaallah, fasilitator kepada Task Force dijangka akan mengadakan "presentation" pada bulan Mac 2011. Semua pembeli (yang menyertai saman atau tidak) disarankan menghadirkan diri untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut tentang penyelesaian yang akan diadakan ini nanti. Kerajaan negeri melalui Task Force dijangka akan mengeluarkan surat jemputan kepada semua pembeli dalam masa yang terdekat.

Jika ini menjadi kenyataan, kita amat bersyukur kerana sekurang-kurangnya pihak kerajaan negeri Selangor ini telah mula menunjukkan keprihatinan mereka terhadap masaalah kita. Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah yang telah difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 April 2007 yang lalu setidak-tidaknya telah menjadikan penentu kepada keputusan yang bakal mereka buat, yakni mereka telah bersetuju pada asasnya untuk menyelesaikan pinjaman bank yang telah tertunggak sejak sekian lama.

Namun begitu, sepertimana yang telah kita sedia maklum dan dipersetujui sebelum ini bahawa proses-proses yang akan dijalankan itu nanti akan hanya dilangsungkan (termasuk menandatangani perjanjian) apabila mereka telah melangsaikan semua hutang-piutang kita dengan pihak bank sedia ada. Jika ini gagal dilaksanakan, maka proses Tuntutan Mahkamah akan diteruskan seperti biasa.

Oleh yang demikian semua plaintif diminta untuk merujuk kepada pihak peguam sekiranya terdapat sebarang keraguan berkenaan dengan tawaran yang dikeluarkan oleh mereka.

Mudahan Allah mempermudahkan tuntutan kita.