Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Thursday, December 22, 2011

Makluman Dato MB Berkenaan Status Projek Desa Kerayong Indah

KUALA SELANGOR, 16 DIS 2011 : Kerajaan Selangor akan menggunakan pendekatan terbaik dalam usaha menyelesaikan projek perumahan terbengkalai di kawasan Desa Kerayong Indah Jeram yang membelenggu penduduk sejak sekian lama.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan negeri sedang membuat kajian berhubung perkara ini dan menunggu cadangan terbaik daripada kontraktor penyelamat yang dipilih sebelum dapat menyelesaikan isu berkenaan.

Katanya, cadangan itu kemudiannya akan diteliti sebaik mungkin sebelum dibentangkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk tindakan selanjutnya.

"Masalah utama projek ini adalah pemaju sebelum ini terlupa memasukkan beberapa perkara antaranya bekalan air dan kemudahan infrastruktur lain. Kos untuk membaikpulih atau menangani masalah itu adalah sebanyak RM51 juta.

"Bagaimanapun, satu kontraktor penyelamat telah datang kepada kerajaan negeri dan membentangkan beberapa cadangan. Cadangan itu akan diusulkan kepada Menteri Besar sebelum kita putuskan sama ada kontraktor penyelamat itu layak untuk mengendalikan projek itu ataupun tidak," katanya.

Penjelasan ini diberikan oleh Iskandar ketika bertemu kakitangan kerajaan dan wakil-wakil penduduk di Stadium Tertutup Kuala Selangor sempena Program Khas Mesra Rakyat Daerah Kuala Selangor bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Projek Desa Kerayong Indah melibatkan pembinaan sebanyak 1,012 unit rumah sederhana setingkat, 112 unit rumah berkembar setingkat, 142 rumah teres dan 28 unit rumah kedai di Kampung Bukit Kerayong.

Sementara itu, Menteri Besar berkata, kerajaan Selangor akan berusaha sebaik mungkin bagi menyelesaikan projek terbengkalai khususnya melibatkan projek perumahan di negeri ini secara berperingkat.

Beliau berkata, ia adalah bagi mengelakkan sebarang masalah timbul kelak terutamanya kepada masyarakat luar bandar yang tinggal di kawasan pedalaman.

"Terdapat banyak projek terbengkalai yang masih lagi perlu diselesaikan. Saya ingin mengingatkan penjawat awam dan masyarakat bahawa apabila projek itu terbengkalai, masalahnya lebih besar daripada membuat projek baharu.

"Oleh itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya memberi kelulusan projek perumahan terutama yang melibatkan masyarakat kampung kerana mereka tidak tahu akibatnya apabila projek itu terbengkalai," tegasnya.



Sumber : TV Selangor.com

11 comments:

shazlie said...

Kalau benar-benar ikhlas nak membantu baguslah..jangan sekadar nak menarik perhatian semata-mata menjelang PRU 13 ini.

Anonymous said...

"Masalah utama projek ini adalah pemaju sebelum ini terlupa memasukkan beberapa perkara antaranya bekalan air dan kemudahan infrastruktur lain. Kos untuk membaikpulih atau menangani masalah itu adalah sebanyak RM51 juta."

TERLUPA??? AIR? LONGKANG? ??

AGRA said...

Macam mana pemaju dulu boleh lupa tentang perkara asas untuk membina rumah... Aduh hampeh betoi pemaju lama

Lot Rumah pun Dah Lupa said...

Tak munasabah pemaju lama boleh terlupa elemen2 infrastrutur asas pembinaan ni. Tak masuk akal.

Tapi nak macam mana dah berlaku. Saya ada kesangsian mungkin ini hanya strategi mendapat undi PR13. Takpe, undi adalah rahsia.

Apa2 pun saya sokong apa juga langkah yang positif. agipun undi adalah rahsia.

CTOS Superstar said...

Kalau dikira kira cincai kos 51 juta tu di lambakkan kepada pembeli rumah yang seramai 1100 orang, kos tambahan setiap pembeli kena tanggung ialah RM46,000 lebih kurang.

Ada betul ka cikgu?

Said said...

Shoutmix free is currently available? Semua kerja nak tipu orang, macam Bumicircle.

Said said...

Shoutmix free is currently available? Semua kerja nak tipu orang, macam Bumicircle.

Said said...

.... Unavailable...

Anonymous said...

Kenapa ye baru skarang nak bagi perhatian kat rumah terbengkalai ni...kenapa tak sebelom2 ni....bila nak raih undi baru la nak cuba janji macam2...lepas tu janji tinggal janji !

financialserviceoffer said...

Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via financialserviceoffer876@gmail.com whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thank

Braderfiq said...

salam semua, ada ke dekat sini tuan2 rumah yang dah pernah cuba untuk jual tanah di Desa Kerayung Indah ni ?? jika ada, boleh share2 di sini berapa market value untuk tanah tu ye?