Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Friday, June 29, 2007

Akses Blog : Keputusan

Assalamualaikum

Ruangan "Jom Mengundi" telah ditutup pada 28hb. Jun 2007 jam 12:00 tengah malam yang lalu. Undian yang dijalankan ini adalah bagi tujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada kesemua Pembeli DKI samada yang telah/belum/tidak memfailkanTuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini berkenaan dengan cadangan untuk Laman Blog ini FREE AKSES ataupun MENGHADKAN AKSES hanya kepada Pembeli yang telah memfailkan tuntutan sahaja. Keputusan undian yang kita perolehi adalah seperti berikut :-

Adakah anda BERSETUJU laman blog ini dihadkan hanya kepada Pembeli DKI yang memfailkan Tuntutan Saman sahaja?

  • Bersetuju : 45 %
  • Tidak Bersetuju : 55 %

Daripada keputusan di atas, ramai dikalangan Pembeli-Pembeli yang melayari laman Blog ini tidak bersetuju supaya ianya dihadkan hanya kepada Pembeli yang telah memfailkan tuntutan sahaja. Oleh kerana itu, maka kita telah membuat keputusan iaitu Laman Blog ini akan KEKAL FREE AKSES. Sesiapa juga bebas untuk melayarinya tanpa apa-apa halangan.


Bukanlah niat kita untuk merahsiakan apa juga perkembangan yang berlaku di dalam proses Tuntutan Gantirugi ini,
namun disebabkan Tuntutan Gantirugi ini telah difailkan di Mahkamah dan telahpun memasuki fasa PEMBELAAN, maka ada maklumat-maklumat yang bersifat "confidential" yang tidak dapat dihebahkan secara terbuka kerana dikhuatiri ianya akan mengganggu proses tuntutan dan perbicaraan mahkamah nanti.

Namun begitu adalah menjadi HAK bagi setiap Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi ini untuk mengetahui perkembangan-perkembangan terkini yang sedang dan dijangkakan akan berlaku di masa hadapan. Oleh itu, kita telah memutuskan bahawa kesemua maklumat-maklumat yang bersifat "confidential" ini memerlukan "permission/invited" untuk membukanya dan HANYA Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi ini SAHAJA akan diberi "permission/invited" tersebut. Sila klik disini untuk mengetahui dan panduan memohon "invited" daripada Blogger.

Adalah diharapkan semua Pembeli-Pembeli DKI terutamanya kepada mereka yang Tidak Memfailkan Tuntutan ini agar dapat memahami dengan jelas mengapa kita tidak dapat menghebahkan secara terbuka maklumat-maklumat yang bersifat "confidential" ini.

Sekiranya Pembeli-Pembeli yang Tidak Memfailkan Tuntutan Gantirugi ini ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang maklumat tersebut, bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan penjelasan dan pemberitahuan dari masa ke semasa.

Wassalam
Blogger