Panggilan Akhir (SAMAN DI MAHKAMAH)

Sila ambil perhatian kepada tentang tarikh akhir kepada pembeli-pembeli yang masih belum memfailkan Tuntutan agar segera berbuat demikian bagi mengelakkan daripada ketinggalan untuk membuat Tuntutan Gantirugi. Tiada apa yang dapat dilakukan lagi sekiranya anda tidak memfailkannya di dalam tempoh yang telah ditetapkan apatahlagi jika Tempoh dan Hadmasa telah berakhir.

Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Sunday, November 9, 2008

Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat : Komen



Blogger banyak menerima komen daripada pengunjung blog ini samada daripada orang perseorangan mahupun parti politik terhadap Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat. Alhamdulillah, walaupun ada komen yang agak kurang sopan, namun bagi kami yang menanggung kesusahan dan keperitan ekoran daripada kegagalan Kerajaan Negeri Selangor dan Kontraktor (bukan pemaju kerana kontraktor Bumi Circle adalah dilantik oleh Kerajaan Negeri) menunaikan janji untuk menyiapkan unit rumah yang dibeli, tetap akan kami teruskan perjuangan menuntut HAK kami.

Untuk pengetahuan pengunjung blog ini, Projek Desa Kerayong Indah ini adalah Projek Kerajaan Negeri Selangor dan disahkan sendiri oleh Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS). Soal samada Kerajaan Barisan Nasional yang buat masalah dan mengapa Pakatan Rakyat harus dibebankan adalah satu alasan yang tidak masuk akal. Ini adalah kerana sesiapa juga yang memerintah adalah menjadi tanggung jawab mereka untuk menyelesaikanya dan bukan menuding jaring kepada orang lain.

Maka sebab itulah maka rakyat Selangor telah memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU-12 kerana menyakini janji untuk membantu rakyat yang telah dianaiya oleh Barisan Nasional dan bukannya bila berhadapan dengan soal kediaman rakyat dan memerlukan kos, maka jawapannya SABAR...SABAR..SABAR. Tapi kalau soal yang melibatkan bangsa lain, mengapa begitu cepat sekali tindakannya. Apa erti sebuah perjuangan dan pemerintahan kalau tidak sanggup menerima kritikan?

Bukanlah kami semua tidak sabar untuk menunggu setelah berperit menunggu lebih 9 tahun yang lalu sejak Projek Pemberimilikan Tanah Terancang telah terbengkalai sepenuh. Apa yang kami kesalkan adalah JANJI yang acapkali disebut-sebut namun tiada apa-apa kesudahannya. Bertanyalah saudara pengunjung blog kepada Sdr Ibrahim Yaacob (Pejabat DSAI), berapa kali beliau membuat janji kepada kami?

Kita semua adalah orang Islam. Setiap janji (pertemuan) wajib ditunaikan dan bukannya sebagai bahan gurauan.

Namun begitu, Kami bersyukur dan berterima kasih kepada mereka-mereka yang menghulurkan tangan dan memberikan sokongan dan dorongan untuk kami meneruskan perjuangan ini seperti Pas Bukit Sentosa, Pas Anggerik, Sdr Urwah Saari, Dr Hilal dan lain-lain.


LAWAN TETAP LAWAN






Thursday, November 6, 2008

Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat



Pembeli-Pembeli Rumah Terbengkalai,
Desa Kerayong Indah
Mukim Jeram
Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
e-mail :desakerayongindah@gmail.com
URL : http://desakerayongindah.blogspot.com

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Dato’ Seri Paduka Wan Azizah Wan Ibrahim
Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Dato’ Seri Haji Abdul Haji Bin Haji Awang,
Presiden, Parti Islam seMalaysia (PAS)

Blogger-Blogger,

Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Per : Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat

Merujuk kepada perkara di atas, kami seramai lebih daripada 321 orang pembeli rumah Desa Kerayong Indah. Jeram, Kuala Selangor, Selangor ingin melahir rasa terkilan yang teramat di atas keengganan dan kegagalan pihak Pakatan Rakyat untuk meyelesaikan masalah kami ini.

Berikut adalah
Kronologi ringkas tentang permasalahan yang kami alami :-
  • 1999 – Mendapat surat tawaran Pemilikan Rumah Terancang (Desa Wawasan) daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor.
  • 2002- Pemaju gagal menyerahkan kunci rumah seperti yang dijanjikan.
  • 24 April 2007 – Kumpulan Pertama seramai 130 orang Pembeli Desa Kerayong Indah memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • 28 April 2007- Pilihanraya kecil Ijok dengan isu saman ini digunakan di dalam kempen pilihanraya sama melalui ceramah mahupun internet (Blogger).
  • 8 Mac 2008 – Pakatan Rakyat memenangi Piliharaya di Negeri Selangor.
  • 13 Julai 2008 – Menyerahkan surat rasmi di kediaman DSAI di Segambut, meminta untuk berjumpa dengan DSAI untuk merayu agar mempertimbangkan serta menyelesaikan masalah kami.
  • 13 Ogos 2008 – Menghubungi pejabat DSAI. Pembantu menjawab untuk menyiasat samada DSAI telah menerima surat tersebut.
  • 28 Ogos 2008 – Menghubungi Pejabat DSAI sekali lagi. Kali ini jawapan yang diberikan adalah tidak tahu dan meminta saya terus menghubungi PA DSAI Sdr Ibrahim Yaacob untuk bertanyakan tentang penyelesaian yang telah dibuat.
  • 2 September 2008 - PA DSAI meminta agar saya menghantar e-mail sekali lagi tentang isi kandungan surat tersebut.
  • 30 Oktober 2008 – Selepas menghubungi PA DSAI lebih dari sepuluh kali, serta janji-janji manis bahawa kami akan ditemukan dengan DSAI, SMS dihantar kepada PA Sdr Ibrahim Yaacob dan membatalkan sahaja pertemuan yang dicadangkan memandangkan telah terlalu lama (3 bulan) masa yang diambil untuk satu pertemuan antara rakyat dengan pemimpin.
Kami Pembeli yang 100% Melayu Islam ini masih tidak lagi mendapat pembelaan yang sewajarnya. Malahan YB Iskandar di dalam jawapan bertulisnya melalui e-mail kepada saya memaklumkan bahawa kerajaan negeri (PR) memerlukan sebanyak RM70 juta jika memutuskan untuk meneruskan projek tersebut.

Kami amat kesal kerana Pakatan Rakyat sejak mula memegang tampuk pemerintahan Negeri Selangor sejak Mac 2008 yang lalu terlalu asyik menumpukan kepada perkara-perkara untuk menonjolkan diri dan mencari populariti sehinggakan tidak langsung menampakkan tanda-tanda untuk membantu rakyat yang selama ini memberikan sokongan kepada mereka.

Kalau dahulu, janji yang dicurahkan untuk memegang kuasa pemerintahan barulah boleh membantu rakyat jelata. Sekarang apabila telah memerintah di Negeri Selangor ini, kami merasakan seolah-olah tertipu dengan janji-janji manis untuk membantu rakyat.

Umpama pepatah mengatakan, terlepas dari mulut harimau, masuk pula mulut buaya.

Mengapa terlalu sukar untuk berurusan dengan bangsa Melayu Islam seperti kami ini? Mengapa isu babi, isu pasir, isu PKNS, isu air dan sebagainya yang melibatkan bangsa lain cukup cepat untuk diselesaikan oleh Pakatan Rakyat?

YB EXCO Selangor Sdr Ronnie Liu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saman terhadap kerajaan negeri Selangor akan diselesaikan di meja rundingan. Kami merasakan ianya amat berbaloi dengan sokongan yang diberikan selama ini terhadap Pakatan Rakyat. Namun ianya berakhir disitu sahaja tanpa apa-apa tindakan susulan.

Malahan YAB Menteri Besar Selangor sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan semasa salah seorang pembeli yang hadir ke pejabat beliau semasa sessi bertemu rakyat dahulu dengan tegas menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak akan meneruskan projek tersebut dan meminta supaya kami yang teranaiya ini menarik balik saman yang dikemukakan.

Apakah erti semua ini? Dimanakah janji-janji Pakatan Rakyat yang selama ini heboh memperkatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan parti untuk merakyatkan ekonomi Selangor. Susah sangatkah untuk seorang pemimpin untuk bertemu dengan rakyat?

Perlukah kami menjemput media dan kemudian barulah Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk bertemu dengan rakyat?

Kalau di masa pemerintahan Barisan Nasional dahulu di Negeri Selangor ini, Pakatan Rakyat sering mencanangkan kepincangan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Tetapi kini apabila telah memegang tampuk pemerintahan, kami seolah-olah tidak lagi bermakna dan ingin melarikan diri daripada menyelesaikan masalah rakyat.

Malahan semasa Penamaan Calon PRU-12 di Stadium Sukan Kuala Selangor kami telah mengadakan demontrasi aman dan diberikan ruang di kem Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kegagalan Barisan Nasional menyelesaikan masalah kami.

Namun begitu apabila telah memenangi Piliharaya Umum ke-12 yang lalu bermula dari Mac 2008 sehingga Oktober 2008 (10 bulan) ini, kami langsung tidak nampak apakah jalan penyelesaian yang telah dan akan diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Malahan kami seolah-olah disekat untuk bertemu dengan pemimpin atau memang itulah amalan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Kami tambah terkilan apabila YAB MB Selangor telah sanggup hadir di Lobi Parlimen pada 6:15 petang 4 November 2008 yang lalu, walaupun sidang Dewan Rakyat telah berakhir dengan kesemua Pembangkang keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes. Mengapa beliau sanggup berada di Lobi Parlimen (sidang telah tamat)? Sedangkan untuk bertemu dengan rakyat beliau tidak mempunyai masa?

Seringkali alasan yang diberikan adalah Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor. Berikan kami (Pakatan Rakyat) masa untuk menyelesaikan masalah ini. DSAI sibuk dengan urusan 16 September. Kemudian selepas itu, DSAI sibuk di Parlimen, DSAI ada temu janji yang lebih penting. Janji sebegini telah lapuk.

Bagaimana dengan hutang kami kepada pihak bank yang perlu dijelaskan pada setiap bulan? Bergolok bergadai, suami isteri bergaduh telah lama kami alami akibat kegagalan Kerajaan Negeri Selangor menunaikan janji untuk menyiapkan sebuah rumah untuk kami.

Andai inilah kaedah dan kesombongan yang diguna pakai oleh pemimpin Pakatan Rakyat, bukanlah salah untuk kami semua rakyat untuk menyesali memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Wassalam
Rakyat yang teranaiya.
Desa Kerayong Indah.

Link :-
1. No2umno
2. Tranungkite

2. Pas Bukit Sentosa 2




Wednesday, June 4, 2008

Minyak Naik Lagi - Penipu Malaysia (PM)



Putrajaya 4 Jun 2008 - Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan senarai harga baru bagi Petrol dengan pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Sementara harga minyak diesel pula naik daripada RM1.58 kepada RM2.58 berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel.

Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya. [ Baca Lagi... ]

Inilah hadiah dan penghargaan kepada Hamba Rakyat yang 100% menyokong kepimpinan PM yang "tersohor" yang dibanggakan oleh pengampu-pengampu UmNO. Sejak PRU-12 yang lalu, rakyat semakin terhimpit dengan pelbagai kemelut yang tercetus seperti krisis makanan yang mencetuskan perbalahan dan pertikaian semua pihak termasuk krisis susu, tepung, gula, minyak masak dan yang terbarunya beras yang menjadi makanan utama rakyat Malaysia.

Sehari sebelum itu, PM dan Dato Shahrir berkata bahawa minyak tidak akan dinaikkan dalam masa yang terdekat dan menjangkakan kenaikan hanya berkuat-kuasa pada Ogos 2008 nanti. Tetapi hari ini, tak semena-mena PM dan Shahrir berbohong kepada rakyat apabila mengumumkan kenaikan secara tiba-tiba dan berkuat-kuasa pada 12:01 tengah malam 5 Jun 2008. Inilah contoh Islam Hadhari yang mereka perjuangkan dengan menonjolkan penipuan secara terang-terangan.

Manakala Akhbar pengampu UtusanM
cuba mengalih tajuk berita dengan melaporkan pengguna masih meraih subsidi petrol, tetapi ditukar bentuk kepada rebat iaitu pemotongan terhadap cukai jalan kenderaan. Apa ni!!!! Toksah fikir lebih mendalam, macam mana dengan mereka yang tidak berkenderaan tetapi menggunakan petrol dan diesel seperti pemotong rumput, generator, pam air, mesin-mesin dan enjin-enjin, bengkel-bengkel kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel dan macam-macam lagi industri.

Lihatlah nanti kesan-kesan yang bakal menyusul bilamana TNB telah diberikan kebenaran kenaikan tarif elektrik berkuatkuasa pada Julai 2008 ini, kenaikan resin (plastik), permintaan kenaikan tambang bas dan lain-lain lagi yang akan naik dan semakin naik... (Yang peliknya Selangor boleh beri air percuma kepada rakyat untuk 20 meter padu pertama)

Ekoran kenaikan harga bahanapi diperingkat antarabangsa bermakna Petronas juga meraih keuntungan berlipat kali ganda. Bukankan itu ada timbal balik kerana negara kita adalah pengeluar minyak tidak seperti Indonesia (telah tidak mengekspot minyak lagi), Singapura, Thailand dan lain-lain negara di Asia ini. Cuba tanya berapa harga minyak di negara-negara pengeluar minyak.... [Baca Lagi... ]
  • Malaysia RM2.70
  • Iran RM0.29
  • Venezuela RM0.16
  • Turkemenistan RM0.39
  • Arab Saudi RM0.19
  • Mesir RM0.81
Marah...memang kita patut marah lantaran pengumuman yang dilakukan adalah secara tergesa-gesa. Apa tidaknya, perlaksanaannya tidak sampai tempoh 24 jam selepas diumumkan. Sedangkan peraturan larangan pembelian petrol dan diesel kepada warga asing masih samar-samar terutamanya dari kenderaan warga Singapura yang masih lagi tidak dapat dilaksanakan walaupun larangan kepada kenderaan Thailand telahpun berkuat-kuasa. Kini Penipu Malaysia bercadang untuk menarik balik larangan tersebut. [ Baca Lagi... ]

Sehingga jam 11:59 malam ini (Rabu), deretan kenderaan masih kelihatan di stesen minyak sepertimana yang saya sendiri alami. Agaknya, warga Singapura tersenyum sendiri apabila menyaksikan fenomena dan ketaksuban rakyat Malaysia terhadap pemimpin mereka yang bergelar Perdana Menteri. Sekali umum, tiada siapa yang berani membantah...cakap belakang, boleh lah...Ingatkan warga Singapura yang merasai keperitan kenaikan kos bahanapi ini, tetapi yang menjadi mangsanya adalah rakyat sendiri.

Apakah kekalutan ini ada kena-mengena dengan PRU-12 atau isu Tun Dr Mahathir atau isu peralihan kuasa (DSAI) atau isu Pulau Batu Putih atau isu Sabah? Atau sememangnya pentadbiran PM terlalu lemah atau sememangnya UmNO semakin dayus dengan membiarkan rakyat semakin terhimpit sedangkan dalam masa yang sama mereka yang kaya semakin kaya. Marahkan nyamuk habis kelambu dibakar. Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.

Artikel berkaitan :
Buletin Online
Cerita Disebalik Kenaikan Harga Minyakl
Minyak Naik Darahpun Naik
Minyak Naik - Hadiah Untuk Rakyat




Monday, June 2, 2008

Kerajaan Negeri Sedia Jadi Penjamin

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor diberitakan bersedia menjadi penjamin bank kepada penghuni setinggan yang ingin membuat permohonan pinjaman bagi membeli kediaman sendiri. Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, pendekatan tersebut adalah langkah segera kerajaan negeri bagi mengatasi masalah setinggan sepenuhnya.

Menurut Iskandar lagi, berdasarkan bancian terakhir bertarikh 7 Mei lalu, lebih 10 penempatan setinggan dengan jumlah penduduk melebihi 2,000 direkodkan. Daripada jumlah itu, sebanyak 0.6 peratus yang masih berada di tapak kerana berhadapan masalah pinjaman bank dan penempatan sementara yang belum selesai. Menerusi pendekatan ini (menjadi penjamin), kerjaan negeri yakin usaha mengatasi masalah setinggan dapat diatasi peringkat demi peringkat, katanya kepada pemberita.

"Seramai 268 keluarga telah membawa kes mereka ke mahkamah sementara setinggan yang lain masih menunggu penyelesaian masing-masing" - Iskandar


Dalam masa sama, katanya, bantuan lain turut disalurkan termasuklah meneruskan pemberian elaun perpindahan seperti dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini (BN) berjumlah RM500 hingga RM2000. [
Seterusnya...]

Kita ingin memaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Negeri Selangor bahawa Pembeli-pembeli rumah Desa Kerayong Indah di atas rezab Melayu (diluluskan oleh EXCO) sebenarnya juga adalah berhak untuk mendapatkan penyelesaian terhadap apa yang telah Kerajaan Negeri perlakukan kepada kami semua yang 100% Melayu Islam ini.

Janganlah kerana yang melakukan angkara ini adalah pimpinan Kerajaan terdahulu yang menjadi seteru politik mereka, maka kami semua menjadi mangsa dek pertikaian untuk membuktikan siapa sebenar yang menjadi dalang merompak wang rakyat. Jangan terlalu berdolak dalik kerana perjuangan menuntut HAK tetap akan kami teruskan walau ada diantara kami yang tidak berkesempatan untuk merasai kejayaan ini yang telahpun pergi menemui Ilahi.

Kalau Kerajaan Negeri sanggup menjadi penjamin kepada setinggan, apa kurangnya Projek Desa kerayong Indah ini yang mana Kerajaan Negeri secara tidak langsung telah menjadi penjamin kepada projek tersebut bilamana Pejabat Tanah Kuala Selangor telah mengeluarkan surat tawaran pemilikan rumah secara bersyarat?

Juga kepada Dr Zulkefly Ahmad , Ahli Parlimen Kuala Selangor merangkap Pengarah Pusat Penyelidikan dan Pembangunan PAS agar janganlah hanya duduk diam merasai keselesaan bangku MP tanpa mengambil tahu masalah rakyat di bawah parlimen anda kerana 90 hari kejayaan yang dinikmati pasti akan berkubur dengan doa daripada rakyat yang menuntut HAK mereka. Mungkin anda lupa, tetapi sejarah tidak akan lupa.....




Wednesday, May 28, 2008

Selangor dan Pulau Pinang Haramkan Islam Hadhari



Selepas Selangor, Pulau Pinang melalui Timbalan Ketua Menterinya Mohammad Fairus Khairuddin telah melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri pada tahun 2004 yang lalu. Beliau yang juga EXCO Hal-Ehwal Islam Pulau Pinang, berkata langkah negeri ini tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar. Islam Hadhari- JAKIM

"konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam. Ajaran Islam sekarang sudah sempurna (seperti dinyatakan dalam al-Quran). Jadi, tidak perlu dibuat sebarang tokok tambah lagi," katanya lagi. [ Baca lagi ]

"Mana ada Islam hadhari, yang ada hadharah Islamiah (ketamadunan Islam). Kalau orang Arab datang ke Malaysia, dia pun tak faham maksudnya (Islam hadhari)" - Mohammad Fairus


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali sebelum itu berkata, semua masjid dan surau di Selangor diarah tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep Islam yang diperkenal sejak empat tahun lalu. Ajaran Islam yang sebenarnya akan disandarkan dan diamalkan untuk memerintah Selangor dan bukannya Islam Hadhari, katanya lagi semasa sessi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 26 Mei 2008 yang lalu. [ Baca lagi ]

"Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup" - Dr Hassan Ali



Artikel berkaitan :
Khalid: Bukan isu besar
Perak digesa ikut Selangor & Pulau Pinang
Teras alu-alukan hasrat Selangor tampilkan Islam sebenar
Undi Keputusan
Kelantan sudah lama tolak konsep Islam Hadhari

Khir Toyo marah haramkan Islam Hadhari



Saturday, May 24, 2008

Malaysia Gagal Tuntut Pulau Batu Putih



THE HAGUE (Belanda) Jumaat 23 Mei 2008 - Malaysia hari gagal di dalam perbicaraan bersama dengan negara kecil Singapura terhadap tuntutan Pulau Batu Putih yang selama ini menjadi pertikaian kedua-dua negara. Menteri Luar Dato' Seri Rais Yatim hari ini berkata, penjelasan yang yang diberikan oleh ICJ dalam keputusannya untuk memberikan kedaulatan adalah berdasarkan fakta bahawa bermula daripada 1850 hingga 1953, dari segi keterangan Malaysia tidak mengambil sebarang tindakan atau mempunyai asas yang boleh diterima sebagai bukti kedaulatan, baik dalam bentuk pekerjaan, menjalankan pemeriksaan atau ativiti pengawasan di Pulau Batu Puteh.

""Hakikat bahawa kita telah hilang Pulau Batu Puteh bukan disebabkan kelemahan penghujahan kita tetapi kekurangan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa (di pulau itu) untuk kira-kira 100 tahun" - Rais Yatim



Kepimpinan negara secara jelas enggan mengakui bahawa kekurangan bukti, fakta kes dan kelemahan barisan Peguam yang berhujah telah menyebabkan kita kehilangan Pulau Batu Putih walaupun kedudukannya lebih hampir dengan Malaysia. Hanya dengan sepucuk surat yang ditulis oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan negeri Johor bertarikh 21 September 1953 yang dianggap oleh Mahkamah sebagai bukti bahawa berlaku penyerahan kuasa dan kedaulatan terhadap pulau itu kepada Singapura. Seterusnya ...

Hari ini negara bukan sahaja kehilangan tanah, malahan tanah yang sedia ada sudahpun dimiliki oleh warga Singapura dengan keujudan Wilayah Iskandar di Johor. Rakyat asing bebas membeli hartanah di negara kita atas tiket pelaburan, sedangkan dalam masa yang sama rakyat sendiri masih teraba-raba dalam pencarian sebidang tanah seluas 4,000 kaki persegi. Siapa yang peduli dengan nasib yang kita alami, kalau bukan kita sendiri yang sama-sama berjuang menuntut HAK dan Keadilan.

Sebagai rekod: Sebelum ini negara seringkali tunduk kepada Singapura seperti kes keluarnya Singapura dari Malaysia, isu tanah KTM di Singapura, isu Kastam, isu air, isu ruang udara, isu tambak pantai dan isu Jambatan Bengkok. Baca lagi

Lagi berita Pulau Batu Putih :
Macam mana Nelayan kita nak ke laut
Aneh-Singapura dapat pulau, Malaysia dapat batu
Singapura dapat pulau, Malaysia dapat batu (Bahasa Malaysia)
Surat Pulau Batu Putih



Monday, May 19, 2008

Dr Mahathir Keluar UmNO

Alor Star, Kedah, Isnin 19 Mei 2008 - Mantan Perdana Menteri Malaysia yang pernah memegang tampuk pemerintahan selama hampir 22 tahun, hari ini secara rasmi mengumumkan keluar dari UmNO ekoran dari kekecewaannya terhadap kepemimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri yang gagal memimpin negara sehingga Barisan Nasional mengalami kekalahan yang besar di dalam Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 mac 2008 yang lalu.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis anjuran Dewan Perhimpunan Melayu kedah itu, Dr Mahathir dengan wajah kecewa berkata beliau terpaksa mengambil tindakan keluar Umno yang dianggotai sejak 1946 kerana berpendapat parti itu tidak lagi dapat berperanan sebagai sebuah parti politik sebenar untuk membela nasib Melayu, sepertimana hasrat sejarah penubuhannya.

Beliau menyatakan pendiriannya adalah jelas dan tidak akan menyertai UmNo selagi Dato' Seri Abdullah masih menjadi Perdana Menteri dan Presiden UmNO.

"Tunggulah hingga Abdullah letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti, dan kita boleh kembali semula kepada Umno" - Mahathir

Beliau juga menyeru ahli UmNo yang lain agar turut keluar daripada parti untuk menunjukkan tanda protes terhadap Dato' Seri Abdullah.

Mengulas perkara yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UmNO (MT), Dato' Shahrir Samad juga tidak menolak kemungkinan akan adanya pilihanraya umum dalam masa terdekat sekiranya berlaku perubahan secara besar-besaran yang mana ramai Ahli Parlimen tampil menyahut seruan Dr Mahathir itu dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen. Barisan Nasional yang akan kehilangan mandat tiada pilihan selain memohon perkenan SPB Agung untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum bagi mengelakkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan sekiranya Ahli Parlimen menyertai Pakatan Rakyat. Baca lagi...

Apapun, hakikat sebenarnya yang dapat dirasakan bukan sahaja pergolakan yang berlaku ini adalah disebabkan kekalahan Barisan Nasional adalah di dalam PRU-122 yang lalu dan kegagalan Dato' Seri Abdullah sahaja, malahan lebih dari itu seperti memperkenalkan Islam Hadhari yang secara tidak langsung memecah belahkan perpaduan umat Islam, gejala sosial yang semakin hari semakin bertambah parah seperti yang berlaku baru-baru ini di Port Dickson, kejadian jenayah, rogol, anak hilang, anak lari dari rumah, gejala rasuah yang semakin parah yang hanya di dalam ucapan berapi-api untuk membanterasnya.

Bukan itu sahaja, rakyat yang saban hari kian menderita ekoran kenaikan harga barangan secara mendadak, bekalan makanan seringkali terputus (masa zaman Dr mahathir jarang sekali kita dengar masalah ini), kenaikan gaji hanya tertumpu kepada kakitangan kerajaan sehingga mencecah 30% sedangkan pekerja di sektor swasta terpaksa berputih mata. Secara tidak langsung dengan kenaikan gaji dan elaun ini telah menyebabkan harga barangan meningkat naik termasuklah perbelanjaan persekolahan anak mencecah ribuan ringgit.

Apa yang lebih menariknya ekoran peristiharan Dr Mahatir ini adalah sebagai senario politik sepertimana Tunku Abdul Rahman yang keluar dari UmNO sebelum akhir hayatnya kerana kecewa dengan semasa era kepimpinan Dr Mahathir bilamana UMNO (Lama) telah diistiharkan sebagai sebuah pertubuhan yang tidak sah oleh mahkamah.

Blogger dapat merasakan bahawa kebangkitan semula Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam arena politik tanahair selepas dipenjarakan selama 8 tahun telah banyak merubah senario politik tanahair dan yang paling kuat merasai tempiasnya adalah UmNO sendiri. Kerana UmNO (baru) hari ini ternyata tidak dapat membantu orang-orang Melayu sepertimana apa yang kita semua alami ekoran kegagalan Projek Pemilikan Tanah Terancang Desa Kerayong Indah ini.

JKKK Melayu...Kontraktor Melayu...PBT Melayu... LPHS Melayu... ADUN Melayu... Ahli Parlimen Melayu...MB Melayu... PM Melayu.. Pembelipun Melayu 100%, tetapi tiada siapa yang datang membantu.

Terkini !!! Senarai keluar UmNO :-
1. Dr Mahathir Mohamad (No. keahlian :00000001)
2. Siti Hasmah (No. keahlian :00000002)
3. Sanusi Junid

Lagi berita tentang Dr Mahathir keluar UmNO :
Dalam Negara :
"Saya orang paling gembira di dunia"-Nik Aziz
Sanusi Junid ikut jejak Dr M keluar Umno
Keluar parti bukan jalan penyelesaian-Azalina
Duri dalam daging sudah terkeluar - Musa Hitam
Reaksi pemimpin UMNO

Luar Negara:
Mahathir quits Malaysia's governing party-Herald Tribune
Mahathir quits Malaysia party-Al-Jazeera
Malaysia's Mahathir quits ruling party
Malaysian former PM Mahathir quits ruling party UMNO




Sunday, May 18, 2008

Laporkan Masalah Perumahan Kepada EXCO

Sinar Harian
Selangor, Sabtu 17 Mei 2008 - Orang ramai yang mempunyai masalah perumahan diminta menyalurkan aduan mereka secara bertulis kepada EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri. Ini adalah bagi memudahkan EXCO terbabit untuk meneliti serta mengkaji perkara tersebut dalam jangkamasa yang ada sekarang ini.

Pegawai Khas EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Sdr Khairuddin Othman berkata demikian ketika menghadiri majlis dialog bersama penduduk di perumahan PKNS Kampung Pasir.
Pihaknya memahami rakyat ternanti-nanti dengan tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah rumah terbengkalai dan sebagainya dan pihaknya sedang berusaha untuk menangani masalah rakyat ini.


"Kami mendapat tahu lebih 140 projek rumah terbengkalai di negeri ini malah akan CUBA MENCARI JALAN menyelesaikannya" - Khairuddin


Malahan EXCO (Iskandar) terbabit telahpun mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak terbabit termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Namun pihaknya belum mendapat jawapan yang konkrit berkaitan dengan masalah rakyat di negeri Selangor ini.

ULASAN:
Apa yang pasti bagi Projek Pemberimilikan Tanah Terancang Desa kerayong Indah, kami tetap akan meneruskan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah (TGKWPDKI). Walaupun ditakdirkan pihak Kerajaan Negeri (kepimpinan baru) enggan membantu menyelesaikan tuntutan, kami masih mempunyai saluran untuk memperjuangkan HAK iaitu penghakiman di Mahkamah.



Friday, May 16, 2008

Rumah Terbengkalai-Sama Tapi Berbeza Layanan




Utusan Malaysia
Puchong 14 Mei 2008 - Jawatankuasa Bertindak Pembeli-Pembeli Perumahan Terbengkalai Taman Puncak Jalil Fasa 10A, Taman Saujana Puchong 9, Taman Lestari Permai, Taman Lestari Puchong, Taman Lestari Perdana dan Bandar Saujana Putra kini boleh sedikit tersenyum lebar apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Hamzah Zainudin campur tangan dengan menganjurkan mesyuarat di pejabatnya di Pusat Bandar Damansara Isnin lalu.



"Saya mengambil inisiatif sebab projek ini telah begitu lama terbengkalai. Menteri (Datuk Seri Ong Ka Chuan) arahkan saya untuk melihat dan mengambil inisiatif selesaikan dan memberi kebaikan kepada semua pihak" - Dato' Hamzah


Sebelum itu, kumpulan pembeli ini telah mengadakan Pertemuan dengan Timbalan Ketua Pengarah Perumahan, Dr G Parameswaran di bilik mesyuarat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan mendapat maklum balas yang positif bagi merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

Ini berbeza dengan Projek Pemilikan Tanah Terancang bagi Pembesaran Kampong di Desa kerayong Indah di dalam DUN JERAM, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan yang mana melibatkan penganugerahan tanah (sebenarnya tanah tersebut perlu dibeli) oleh Kerajaan Negeri Selangor yang bermula pada 1997 yang lalu bilamana Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah mengeluarkan brosur tentang projek ini. Projek yang bernilai melebihi RM100 juta ini dan menempatkan lebih 1100 buah rumah khas untuk 100% Bumiputera Melayu sepatutnya siap pada tahun 2002 seperti yang termaktub di dalam Perjanjian.

Kegagalan Pemaju dan Kerajaan Negeri Selangor menjaga kebajikan dan kepentingan pembeli telah mendorong pembeli-pembeli mengadakan demo di hadapan pintu masuk Bangunan SUK pada tahun 2006 yang lalu. Namun ianya langsung tidak dapat membuka pintu hati dan keperihatinan Kerajaan Negeri untuk mambantu pembeli-pembeli yang menagih simpati disebabkan kesengsaraan yang semakin mendesak terutamanya bagi mereka yang masih belum memiliki rumah kediaman sendiri. Ditambah pula dengan hutang dan tunggakan dengan pihak bank pembiaya.

Kemudiannya, pembeli yang marah dan kecewa telah mengadakan Protes semasa Penamaan Calon Pilihanraya PRU-12 pada 24 Februari 2008 yang lalu di hadapan Stadium Tertutup Kuala Selangor dengan harapan pihak-pihak yang sepatutnya berusaha untuk membantu pembeli akan tampil untuk menyelesaikan masalah rumah terbengkalai ini.

Namun ianya langsung tidak mendorong mereka untuk membantu. Malahan pembeli disogokkan dengan Majlis Taklimat yang diadakan di Kampus Induk UNISEL untuk mengabui mata pembeli agar memilih mereka lagi di dalam PRU-12 itu.

Inilah bezanya diantara Pembeli-pembeli yang 100% berketurunan Melayu di atas Tanah Rezab Melayu, Berkontraktor Melayu dan berpemimpin Melayu yang langsung tidak tidak mahu ambil kesah dengan kesusahan rakyat dengan Pembeli di kawasan eklusif ini.

Projek perumahan Desa Kerayong Indah ini telah terbengkalai sejak 6 tahun yang lalu sedangkan jika dibandingkan dengan Projek Perumahan di kawasan eklusif yang mana ada yang baru 2 atau 3 tahun sahaja terbengkalai telahpun diambil perhatian oleh KPKT terutamanya menteri yang terlibat.

"Malahan pihak Menteri telah bersetuju dan memaklumkan di dalam pasca kabinet untuk bahawa perumahan terbengkalai di kawasan ini akan segera diambil tindakan" - Dato' Hamzah


Di Selangor pula, Projek Kerajaan Negeri ini ternyata bukan sahaja GAGAL untuk disiapkan, malahan EXCOnya pula seolah-olah bermain tarik tali dengan pembeli untuk mengelak daripada dibebankan dengan masalah yang mereka sendiri cari sejak menggondolkan kawasan bukit yang merupakan tadahan air semulajadi anugerah Allah SWT.


Wednesday, May 14, 2008

Rundingan Untuk Selesai Projek Rumah Terbengkalai?





Kerajaan Selangor diberitakan akan berunding dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak bank bagi menyelesaikan masalah pembeli yang terbabit di dalam projek rumah terbengkalai di Selangor ini (rujuk Sinar Harian Selasa 13 Mei 2008)

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya memandang serius perkara ini kerana ianya telah berlarutan sejak sekian lama. KPKT mempunyai kuasa untuk merampas mana-mana projek yang telah terbengkalai dan menyerahkannya kepada pihak ketiga tanpa merujuk kepada Menteri Kewangan. Namun tiada satupun projek yang dirampas oleh KPKT diberikan kepada pihak ketiga yang mampu melaksanakannya.

Tambahnya lagi, terdapat pemaju lain yang ingin meneruskan projek terbengkalai ini dengan membelinya daripada pemaju yang telah muflis. Namun pemaju baru menghadapi masalah kerana adanya cukai tertunggak daripada pemaju terdahulu yang perlu dijelaskan kepada pihak bank pembiaya.

Kenyataan EXCO Iskandar Abdul Samad ini langsung tidak boleh dikaitkan dengan kes Projek Pembesaran Kampong Desa Kerayong Indah ini, kerana sejarah keujudan projek ini sejak dari awal telah terjerumus kearah kepentingan politik untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari individu dan pihak yang berkepentingan sendiri daripada membantu rakyat Selangor berketurunan Melayu 100% ini untuk memiliki rumah kediaman yang sempurna dengan wang sendiri di atas Tanah Rezab Melayu ini.

Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepada :-
  • Projek diilhamkan oleh Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan Kampong (JKKK). Siapa mereka?
  • Sejarah keujudan syarikat Pemaju Kontraktor) yang bermodalkan RM2 untuk memajukan projek bernilai lebih RM100 juta.
  • Pemilihan lot-lot tanah yang dikhaskan untuk VIP
  • Pembeli dikenakan RM8 sekaki persegi tanah yang kononnya untuk kemudahan prasarana, sedangkan ianya adalah Projek Pemberimilikan Tanah Terancang yang perlu mendapat kelulusan EXCO Negeri. Pada hakikatnya wang sebanyak RM32,000 (4,000 kaki persegi) ini telah diserapkan ke dalam nilaian harga rumah yang terlalu tinggi pada masa itu. Dengan jumlah RM32,000 pada tahun 1999, pembeli sebenarnya mampu memiliki tanah seluas 20,000 kaki persegi.
  • Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi sendiri tidak meluluskan pembinaan Individual Septic Tank (tangki najis) yang pasti akan mencemarkan alam sekitar.
  • Pengambilalihan Projek oleh Pemaju baru tidak mendapat persetujuan daripada pembeli sendiri.
  • Pihak Pemaju telah membuat tuntutan bayaran yang mana tidak setara dengan kerja-kerja yang dilakukan. Malahan adalah pembeli yang telah membayar (melalui bank) hampir 90~95% , sedangkan tiang rumah masih belum tertegak lagi.
  • Pembeli digula-gulakan dengan janji-janji menjelang PRU-12
  • Dan lain-lain lagi....
Oleh yang demikian, Pembeli-pembeli rumah bagi Projek Pemberimilikan Tanah Terancang Desa Kerayong Indah yang telah memfailkan tuntutan di mahkamah, tetap dengan pendirian untuk menuntut bayaran gantirugi daripada Kerajaan Negeri Selangor dan pihak-pihak yang terlibat dengan projek ini. Sekiranya ada perbicaraan di mahkamah nanti, InsyaAllah, kami akan berjuang habis-habisan demi untuk menuntut HAK kami semua tanpa mengambilkira siapa yang memegang tampuk pemerintahan negeri Selangor ini.

Kami telah lama menanggung kesusahan sejak 1999 lagi bilamasa terpaksa mengeluarkan wang dari keringat sendiri demi untuk memiliki sebuah kediaman yang sempurna. Bayaran ansuran kepada pihak bank menjangkau sehingga RM1200 sebulan membuatkan sebilangan pembeli telah diburu oleh pihak bank melalui tindakan saman. "Black List" memang telah tercatat sejak projek ini gagal disiapkan pada 2002 yang lalu. Malahan ada pembeli yang telahpun "kehilangan" wang sebanyak RM100,000 daripada wang saku sendiri.

Manakala dipihak JKKK, Pejabat Tanah, Kerajaan Negeri Selangor (terdahulu) dan Kontraktor seolah-olah membisu walaupun telah banyak mesyuarat demi mesyuarat diadakan dengan mereka. Namun bayangan rumah yang kami semua harapkan tidak kesampaian sehinggalah tindakan saman pemula difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 April 2007 yang lalu. EXCO terdahulu pernah mengeluarkan kenyataan di dalam salah satu media ternama supaya kami semua menyaman mereka.

Pemaju seolah-olah dilayan sebagai anak emas, apabila mereka telah GAGAL untuk memfailkan Pembelaan yang kemudiannya diberitakan telah diminta agar hadir ke mahkamah pada hari yang sepatutnya kami semua mendapatkan JID daripada Hakim Mahkamah Tinggi. Ini adalah bagi mengelakkan Pemaju daripada diistiharkan muflis dan seterusnya tanah seluas 216 ekar yang berstatuskan Rezab Melayu tersebut perlu ditebus semula oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Pihak Pemaju masih lagi boleh tersenyum lebar walaupun masih belum memfailkan Pembelaan di Mahkamah, sedangkan kami yang telah memfailkan tuntutan lebih dari 1 tahun ini terpaksa menjalani hari-hari yang mendatang dengan bebanan yang semakin menghimpit biarpun berteduh di bawah Negeri Selangor yang Maju dan Makmur ini.

Apakah ini semua yang dikatakan keadilan? Kami tidak mahu nanti gajah sama gajah bertempur, pelanduk yang tersepit ditengah-tengah.

Tranung Kite
No2UmNO



Thursday, April 10, 2008

Kes Saman DKI ke Meja Rundingan?




Semalam 9 April 2008, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri, Ronnie Liu memaklumkan bahawa semua kes tindakan undang-undang kerajaan negeri Selangor tehadap individu di Selangor akan digugurkan.

"Manakala tindakan undang-undang yang difailkan terhadap kita (kerajaan negeri), kita akan minta mereka tarik balik supaya semuanya diselesaikan di meja rundingan," katanya lagi. Beliau berkata demikian semasa ditemuramah oleh wartawan di pejabatnya di Shah Alam. Seterusnya...

Sehubungan dengan itu, kita Pembeli-pembeli rumah terbengkalai Desa Kerayong Indah di atas tapak projek Pembesaran Kampung, Kampung Bukit Kerayung, di dalam DUN Jeram, Kuala Selangor amat menyambut baik cadangan kerajaan negeri Selangor itu.

Apa yang amat diharapkan dengan pengumuman tersebut, maka penantian pembeli-pembeli rumah selama 9 tahun sejak 1999 yang lalu akan berkesudahan dengan jalan penyelesaian yang begitu harmoni yang diambil oleh pimpinan kerajaan negeri yang baru.

Kes tuntutan yang difailkan pada 24 April 2007 yang lalu, di bawah pimpinan mantan MB Dato' Seri Mohammad Khir Toyo yang sekarang ini diberitakan sedang mengerjakan umrah di Mekah, seolah-olah dipandang sepi. Tindakan menggula-gulakan pembeli yang teranaiya dengan mengadakan majlis taklimat pada 27 Februari 2008, 3 hari selepas hari penamaan calon bagi PRU-12 ternyata seperti cuba mempermainkan pembeli-pembeli rumah sepertimana yang berlaku ke atas pembeli-pembeli rumah Alam Perdana yang terletak di DUN Ijok.

Malahan kita difahamkan juga bahawa pihak kontraktor yang telah menyebabkan projek perumahan untuk rakyat tersebut terbengkalai telah memasuki kes semasa kita membuat permohonan untuk mendapatkan Penghakiman Dalam Kamar pada 5 Mac 2005, 3 hari sebelum PRU-12, seolah-olah cuba menafikan hak pembeli untuk mendapatkan penghakiman tersebut setelah kegagalan mereka memfailkan kehadiran dan juga pembelaan di mahkamah.

Oleh yang demikian, kesediaan kerajaan negeri Selangor pimpinan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyelesaikannya di meja rundingan menampakkan bahawa kerajaan negeri amat prihatin terhadap nasib rakyat yang telah teranaiya sejak sekian lama.

Link :
1. Tranung Kite


Saturday, April 5, 2008

Isu Tanah - Apakah DKI Terlibat Sama?




Isu penyelewengan tanah di Negeri Selangor semakin bertambah hangat bilamana banyak pihak saling menuding jari sesama mereka untuk mengelakkan daripada dipersalahkan. Nilaian penyelewangan tersebut dianggarkan mencecah ratusan jutaan ringgit.

Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj pernah menitahkan “Habis dah tanah negeri Selangor” sebagai menyatakan kekesalan baginda terhadap kemelut masalah penyelewengan tanah yang berlaku di Selangor ini. Ianya seakan telah menjadi satu barah yang tidak langsung mahu diselesaikan sejak sekian lama oleh mereka yang telah diberikan kuasa oleh rakyat jelata.

Mantan Menteri Besar Selangor Dato' Seri Mohamad Khir Toyo di dalam kenyataan memberitahu bahawa masalah penyelewengan tanah yang dilaporkan baru-baru ini adalah berpunca daripada masalah dalaman yang melibatkan pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) itu sendiri tanpa melibatkan mana-mana exco.

Tambah beliau lagi, kes penipuan berkaitan tanah melibatkan sindiket-sindekit dengan kakitangan atau Pegawai di Pejabat Tanah dan Daerah memalsukan nama-nama pada geran tanah. Malahan akuinya lagi bahawa perkara ini telah berlaku sejak sebelum beliau menjadi MB Selangor lagi.

Komen Blogger :
Kalau Mantan MB Selangor tersebut tidak melakukan apa-apa penyelewengan, tiada apa yang perlu dibimbangkan sehingga beriaya-iya benar menjelaskan kepada wartawan tentang bagaimana penyelewengan tersebut berlaku. Kalau dah tahu adanya penyelewengan, mengapa perlu disimpan fail tersebut? Apakah beliau sendiri tidak terlibat sama seperti
aduan rasuah oleh anggota UmNO Sungai Besar pada 14 Feb 2008 lalu. Aduan Sdr Ahmad Lutfi pada 23 Oktober 2001 di BPR Putrajaya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Bagaimana pula dengan kes seorang pegawai muda PTG yang baru berusia 26 tahun dan tak sampai 3 tahun bekerja telah memilik wang simpanan hampir setengah juta ringgit selain daripada harta dan kemewahan yang melebihi daripada kemampuannya? Adakah ia merupakan kes yang terpinggir juga sedangkan beliau sebagai ketua kerajaan negeri yang mempunyai kuasa untuk mengelakkan perkara yang seumpama ini daripada berlaku. Sehingga ke hari ini kita tidak mendengar apa-apa tentang kes tersebut. Mana perginya maruah kerajaan negeri yangmana tanah-tanah di Selangor begitu bebas diperdagangkan untuk kepentingan masing-masing?

Sementara itu, MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid di dalam kenyataannya memaklumkan bahawa siasatan akan dan telahpun dijalankan bagi mengenalpasti jika terdapatnya unsur-unsur penyelewengan dan individu mahupun pihak luar. Hasil siasatan akan diumumkan pada Isnin 7 April 2008 nanti. Katanya lagi, siasatan tersebut akan melibatkan kesemua tanah-tanah di Selangor yang melibatkan 9 buah Pejabat Tanah dan Daerah.

Komen Blogger :
Sekiranya tanah Rezab Melayu yang terlibat di dalam program Pembesaran Kampung, Desa Kerayong Indah seluas 216 ekar ini berlakunya unsur-unsur penipuan yang mana ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menukar milik tanah secara tidak sah, maka kita berharap Kerajaan Negeri dapat membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.

Saya masih ingat pada tahun 1999 yang lalu bilamana saya menanyakan tentang beberapa lot yang lebih besar daripada 4,000 kaki persegi seperti yang terdapat di dalam pelan
projek seluas 216 ekar tersebut. Kerani Bumi Circle memaklumkan kepada saya bahawa lot-lot tersebut yang terletak di puncak bukit telah ditandakan dan diperuntukkan KHAS untuk beberapa orang VIP. Inilah yang menguatkan lagi keyakinan saya bahawa projek seluas 216 ekar ini juga terlibat dengan penipuan demi penipuan termasuk juga beberapa lot yang masih belum ada sebarang binaan tetapi pihak Bumi Circle telah membuat tuntutan bayaran daripada pihak bank pembiaya.

Link :
1. Tranung Kite
2. No2UmNO


Thursday, March 13, 2008

Kerajaan Baru : Implikasi Kes Tuntutan




Blogger ingin menjawab beberapa persoalan yang seringkali bermain di fikiran kita semua bilamana Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Dato' Seri Mohd Khir Toyo telah beralih kepada gabungan Kerajaan Barisan Alternatif (BA) pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Ramai yang bertanya apakah implikasinya terhadap kes tuntutan gantirugi yang telah difailkan semasa era Kerajaan Barisan Nasional tersebut?

Kronologi kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor.
  • Projek Pembesaran Kampung/Perumahan Desa kerayong Indah ini telah dimulakan pada seawal Jun 1999 semasa YAB Dato Abu Hassan Omar menjadi Menteri Besar Selangor.
  • Kemudiannya pada tahun 2000, Dato Seri Mohd khir Toyo telah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 menggantikan Dato Seri Abu Hassan Omar apabila kita memfailkan kes tuntutan di mahkamah.
  • Pada 8 Mac 2008, apabila gabungan Barisan Alternatif (BA) memenangi pilihanraya umum ke-12, Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR) telah dipilih menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-14 setelah menerima perkenan DYM Sultan Selangor.
Sebenarnya kes tuntutan kita adalah terhadap Kerajaan Negeri Selangor (Defendan 1) dan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor (Defendan 2). Walau parti mana sekalipun yang memerintah Negeri Selangor ini, kes tuntutan yang sedang dan akan dibicarakan di mahkamah akan berjalan seperti biasa. Kerajaan yang baru (BA) adalah perlu meneruskan prosiding mahkamah sekalipun terdapat pertukaran kerajaan, SUK dan Penasihat Undang-Undang mereka.

Oleh yang demikian, kita tidak perlu bimbang apa-apa kerana tidak akan berlaku peminggiran terhadap kes-kes mahkamah dan kita menjang
kakan bahawa kes tuntutan ini akan berjalan dengan lancar dari segi perundangan. Ini ditambah dengan kemasukan Bumi Circle Sdn. Bhd. di dalam kes ini yang akan didengar di hadapan Hakim oleh Pengarah mereka sendiri (arahan mahkamah) pada Pengurusan Kes (Case Management) yang akan datang.

Bumi Circle yang telah menghilangkan diri sebaik sahaja Projek ini menemui kegagalan telah datang melalui Peguam mereka di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk mencelah bagi mengelakkan kita memperolehi JID pada 5 Mac 2008 yang lalu. Oleh yang demikian, walaupun kita gagal mendapatkan JID, tetapi sebenarnya ianya merupakan satu bonus untuk kita dan kita sebenarnya tidak perlu lagi mengeluarkan sapina terhadap mereka, kerana sekarang mereka telah datang menyerahkan diri.

Ini ditambah dengan Bumi Circle yang selama ini dianggap sebagai anak emas semasa era pemerintahan Barisan Nasional yang lalu. Nah...sekarang macam mana? Dahan tempat mereka berpaut telah terkulai menyembah bumi.

Kita pasti, kekesalan mereka tidak terperi rasanya kerana apabila telah memasuki kes ini, mereka tidak lagi boleh melarikan diri dengan seribu macam alasan. Mereka menyangka bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan kekal berkuasa di Selangor ini, maka dengan sebab itu maka mereka telah memasuki kes ini tanpa berfikir panjang walaupun dah tak ada duit lagi atau ada pihak lain yang berada di belakang mereka. Kalau selama ini mereka tak kisah kalau Bumi Circle gulung tikar dan tanah seluas 216 ekar tersebut akan menjadi "freeze" sehinggalah Kerajaan Negeri "redeem" semula.

Tetapi bagi kita, apabila kes ini dibicarakan nanti, ianya akan menjadi tambah menarik bilamana Kerajaan Negeri dan Bumi Circle bukanlah dari pihak yang bersekutu sekarang ini. Segala rahsia dan kecurangan akan segera terbongkar di Mahkamah nanti. Majlis Daerah Kuala Selangor dan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor juga akan mempunyai pimpinan yang baru yang kita jangkakan akan lebih telus.

JKKK Bukit Kerayong dan mereka-mereka yang terlibat sama, persiapkanlah diri sebelum kes bermula, kerana kita telah sepakat apabila dibicarakan dan di dapati adanya unsur-unsur korupsi, maka kalian semua akan dilaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). InsyaAllah.

NOTA : Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan anak kelahiran Jeram.

Wassalam
Blogger.


Tuesday, January 8, 2008

Peruntukan RM20 Juta Untuk Siapa?




Kedatangan 2008 begitu menggembirakan bagi mereka-mereka yang mendapat habuan yang begitu lumayan apabila Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk Pembinaan Pusat Kebudayaan Kaum India di seluruh negeri Selangor Darul Ehsan sepertimana yang telah diumumkan oleh YAB Menteri Besar Selangor pada sesi Perjumpaan dengan Pengerusi dan Setiausaha dari kuil-kuil yang terdapat di Selangor di Kelab Golf Templer Prangsang, Rawang, Selangor.

Peruntukan tersebut merangkumi keseluruhan 700 buah kuil yang terdapat di Negeri Selangor yang bertuah untuk mereka-mereka yang mendapat "ehsan" daripada Kerajaan Negeri. Alkisahnya bermula apabila berlakunya "peristiwa" Rimba Raya di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Tidak tergamak rasanya untuk Blogger mengulas dengan lebih lanjut apabila dibandingkan dengan kesusahan yang dihadapi oleh Pembeli-Pembeli Desa Kerayong Indah yang 100% adalah Bumiputera dan beragama Islam. Perbincangan demi perbincangan dan yang terakhirnya demontrasi di hadapan bangunan SUK langsung tidak mencuit hati mereka untuk membela nasib anak bangsa yang yang selama ini begitu cekal menjulang mereka dipersada kemasyhuran dan kegemilangan.

Toksah kata nak bantu, malahan bertemu dengan kitapun tidak pernah mahu diletakkan di dalam dairi harian mereka-mereka yang telah diberikan amanah dan tanggungjawab itu.

Maka dengan itu, tiada pertolongan yang lebih besar yang kita harapkan selain memohon kehadrat Ilahi agar apa yang kita tuntut ini akan beroleh kejayaan. Marilah kita bersama-sama bermohon di atas sejadah (di rumah sendiri) pada hari Rabu 9 Januari 2008 ini (30 Zulhijjah 1428H) tepat jam 7:45 malam untuk sama-sama kita membaca surah Yassin dan memohon ke Hadrat Ilahi untuk KEJAYAAN kita semua. Sampai-sampaikanlah pesanan ini kepada semua Pembeli yang belum mengetahuinya agar kita dapat sama-sama membaca Yassin tepat pada waktu yang disebutkan itu. InsyaAllah.


Wassalam
Blogger.


Monday, November 12, 2007

Agenda Melayu Dulu Kini dan Selamanya



Sedih....apabila Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2007 yang berakhir pada 9 November 2007 yang lalu langsung tidak ada seorangpun perwakilan yang menyentuh tentang Permasalahan Rumah Terbengkalai terutamanya Projek Pembesaran kampung, yang seringkali dihadapi oleh orang-orang Melayu yang sebahagian besarnya melibat rumah-rumah kos rendah dan sederhana.

Mengapa tidak ada seorangpun yang menyentuh tentang isu ini? Bagaimana untuk memastikan setiap projek perumahan untuk rakyat akan terlaksana dengan jayanya? Apakah kerana syarat-syarat yang longgar, maka pemilihan Kontraktor boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira latar belakang syarikat yang terbabit. Atau kerana projek yang melibatkan kroni, maka kelulusan amat mudah diberikan?

Apakah mereka tidak menyedari atau mengambil segala langkah yang perlu bagi mengelakkan kejadian rumah terbengkalai ini daripada berterusan yang sememangnya amat merugikan golongan pembeli dan pengguna seperti kita?

Untuk rekod, di Selangor sahaja antara projek-projek yang masih dikategorikan sebagai terbengkalai melibatkan 28 Projek Perumahan, 17 Projek Komersial, 5 Projek Pembesaran Kampung dan 1 Projek Industri.

Apakah kerana "ada udang di sebalik batu", maka mana-mana projek rumah terbengkalai dibiarkan begitu sahaja sehingga melewati "tempoh dan had masa" untuk Pembeli membuat sebarang tuntutan secara sah (legal). Maka seterusnya mereka memikirkan bagaimana pula untuk mendapat projek-projek lain daripada pihak-pihak yang bertanggung jawab meluluskan permohonan tersebut.

Kita melihat peraturan yang ada amatlah longgar bilamana Pengarah-Pengarah Syarikat yang terlibat di dalam Projek Terbengkalai ini masih lagi boleh tersenyum lebar walaupun projek tersebut gagal disiapkan sepertimana yang telah dijanjikan sedangkan golongan pembeli seperti kita ini terpaksa berhadapan dengan tindakan saman pemula daripada pihak pembiaya kerana gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanan atau sekurang-kurangnya nama kita disenarai-hitamkan daripada memohon apa-apa pinjaman daripada mana-mana pembiaya lain di Malaysia ini. Keadilan dan kesaksamaan inilah yang sepatutnya diperjuangkan oleh mereka-mereka yang telah diamanahkan dan mempunyai kuasa.

Kita juga melihat saranan bahawa Melayu memiliki ekuiti sehingga 30% menjelang 2020 seperti yang seringkali dilaung sejak sekian lama tidak akan terlaksana dengan jayanya sekiranya orang-orang Melayu seperti kita masih lagi tidak mampu memiliki rumah sendiri apatah lagi untuk memiliki sebuah syarikat. Mengapa tidak disarankan bahawa setiap orang Melayu memilik rumah kediaman sendiri? Tidaklah hanya menyewa rumah seperti yang banyak berlaku di Negeri Selangor ini.

Tanyalah kepada kaum lain seperti orang cina, berapa ramai di antara mereka yang masih tidak memiliki rumah sendiri? Berapa ramai yang memiliki lebih daripada sebuah rumah. Sebagai contohnya saya sendiri yang telahpun bekerja dan secara tak langsung memakmurkan Negeri Selangor yang tercinta ini selama lebih daripada 17 tahun tetapi masih belum memiliki rumah kediaman sendiri. Tidak seperti seorang wakil rakyat kita yang mampu memiliki sebuah banglo yang bernilai jutaan ringgit berbanding dengan kita rakyat biasa yang idamkan sebuah rumah sendiri serendah RM45,000.

Mengapa tidak ada satupun agenda yang disentuh oleh perwakilan PAU 2007 tentang perlunya memastikan setiap individu Melayu yang telah berumahtangga dan mempunyai rumah kediaman sendiri. Inilah sepatutnya agenda yang perlu diberi perhatian yang serius oleh mereka kerana secara tidak langsung dapat berjuang dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat seperti kita. Janganlah hanya terlalu memikirkan projek-projek mega, maka projek perumahan hanya dipandang sepi oleh mereka.

Kalau dahulu Tun Abd Razak begitu prihatin dengan nasib orang Melayu dengan mengujudkan FELDA yang mana orang-orang Melayu boleh memiliki rumah, tanah dan ladang untuk diusahakan secara percuma dan secara tidak langsung ianya telah mengangkat ekonomi dan martabat orang-orang Melayu dengan lebih tinggi lagi. Tetapi sekarang, jauh berbeza yang mana untuk memiliki rumah dan tanah seluas 4,000 kaki persegi, kita terpaksa menyediakan wang sehingga ratusan ribu ringgit, malahan itu juga bukanlah sebagai satu jaminan bahawa wang yang telah kita keluarkan selama ini akan menjelmakan sebuah rumah idaman setelah delapan tahun masa berlalu sejak 1999 lagi.

Saya tidak tahu kenapa mereka seolah-olah memekak telinga tentang isu perumahan terbengkalai yang melibatkan Projek Pembesaran kampung ini yang 100% melibatkan kaum Melayu seperti kita. Apabila ditanyakan kepada pemimpin-pemimpin yang bertanggung jawab, pelbagai alasan yang diberikan seperti "saya tidak tahu", "Ini bidang kuasa jabatan ...bla...bla.." dan jawapan yang paling murahan diberikan oleh mereka adalah "kita akan siasat".

Apakah mereka langsung tidak memikirkan bahawa isu perumahan juga tidak kurang penting untuk memperkasakan dan mengangkasakan bangsa Melayu itu sendiri?

Kenapa? Disebabkan oleh Melayu seperti kita yang mudah mengalah dan menerima bahawa keterbengkalainya rumah kita adalah Qada dan Qadar, maka kita terpaksa akur dengannya? Apakah kita hanya mampu berpeluk tubuh setelah melihat dengan jelas seolah-olah wang daripada keringat yang kita kumpulkan bertahun-tahun "dilarikan" oleh mereka begitu sahaja tanpa kita berusaha untuk menuntutnya daripada pihak-pihak yang bertanggung jawab?

Apa yang kita harapkan kes tuntutan Gantirugi dan kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini akan berjaya. Semoga Allah akan kabulkan doa kita ini. InsyaAllah.

Wassalam
Blogger.


Wednesday, November 7, 2007

Perhimpunan Agung UMNO dan Nasib Pembeli Melayu



Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2007 baru sahaja bermula pada Hari Isnin 5 November 2007 yang lalu dengan di hadiri oleh 2,522 perwakilan dari 190 bahagian. Seperti kebiasaan ramai perwakilan membahaskan usul-usul menarik yang mewakili bahagian masing-masing.

Datuk Seri Najib Razak ketika berucap merasmikan serentak persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, pelaburan terpenting sesebuah keluarga Melayu bukan sekadar memiliki tanah, rumah dan kereta besar, tetapi memastikan anak cucu menguasai ilmu dan berjaya dalam pendidikan setinggi mungkin.

Banyak yang kita dengar tentang tentang istilah dan perjuangan yang diketengahkan seperti "bangsa angkasa" yang didefinasikan oleh TPM iaitu bangsa yang sentiasa mempunyai impian tertinggi dan memiliki tamadun yang hebat untuk cemerlang dalam persaingan global. Bangsa kita yang sekian lama berkampung di hulu dan membumi di darat, perlu menerokai proses pengantarabangsaan dan pengangkasaan.

Katanya lagi, "budaya wiraswasta", iaitu bijak dan berkebolehan dalam mengusahakan perniagaan secara profesional serta karier sebagai usahawan, mesti dipupuk sejak di bangku sekolah lagi bagi meningkatkan ekonomi Melayu.

Tambah beliau lagi, masyarakat perlu memerangi jenayah dan saling ambil peduli kesengsaraan orang lain demi memastikan ketenteraman awam.

Persidangan dan usul-usul yang dibangkit sehingga ke hari ini lebih menjurus kepada isu-isu semasa yang langsung tidak menyentuh soal pokok bagaimana untuk membina masyarakat Melayu yang kuat dan mampu menyaingi bangsa-bangsa lain. Kekuatan orang Melayu pada dasarnya bermula dari rumah sendiri. Tanpa rumah dan kediaman yang sempurna, maka orang Melayu pasti akan semakin terpinggir di dalam arus kemodenan hari ini.

Kita kesal kerana Projek yang bernilai ratusan juta ringgit ini yang dimulakan dari orang Melayu untuk orang Melayu, di atas tanah rezab Melayu dengan Kontraktornya adalah Melayu, tetapi tidak mampu untuk membantu seramai hampir 1300 pembeli rumah yang kalau kita andaikan setiap isirumah mempunyai 5 penghuni (suami, isteri dan sekurang-kurangnya 3 orang anak), maka jumlah orang Melayu yang bakal menduduki Desa Kerayong Indah akan mencecah sehingga 6500 orang.

Kesempatan inilah yang GAGAL diambil peduli oleh pemimpin untuk membela nasib orang-orang Melayu di negeri dan negara sendiri sehingga kita terpaksa berjuang membawa kes tuntutan gantirugi ini ke mahkamah untuk diadili.

Apa yang amat kita kesalkan ada kalangan yang bergelar pemimpin tanpa segan silu pernah mengeluarkan kata-kata pada satu ketika dahulu supaya kita membawa kes ini ke mahkamah sekiranya tidak berpuashati. Malahan ianya disiarkan di salah sebuah rangkaian televisyen dan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia.

Bukanlah kita untuk mendakwa dan menghukum Kerajaan Negeri Selangor, tetapi apa yang kita tuntut ini adalah hak kita sendiri setelah berpenat lelah mengeluarkan puluhan ribu ringgit malahan ada yang telah mencecah ratusan ribu ringgit, semata-mata untuk memiliki sebuah rumah di atas Tanah Rezab Melayu. Kita telah berusaha dan memberikan cukup ruang dan masa untuk Kerajaan Negeri mengawasi dan memastikan Kontraktor yang telah dilantik menyiapkan rumah kita dalam masa yang telah ditetapkan sehingga penghujung tahun 2006 walaupun Projek tersebut sepatutnya siap pada tahun 2002.

Pelbagai mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan, malahan tanpa pengetahuan rasmi kita satu Kontraktor baru telah dilantik untuk mengambil-alih projek tersebut daripada Kontraktor lama. Apa yang kita bimbangi adalah tempoh dan hadmasa yang yang akan berakhir seawal Jun 2008 nanti yang mana secara automatiknya akan melenyapkan hak kita untuk membuat tuntutan.

Pengalaman daripada orang-orang yang terdahulu mengajar kita untuk lebih berhati-hati dan berjuang menuntut keadilan supaya wang kita dikembalikan bagi membolehkan kita mencari rumah kediaman baru tanpa perlu memikirkan apa kesudahan dengan Projek Desa Kerayong Indah ini.

Kita mengharapkan Perhimpunan Agung UMNO 2007 ini akan setidak-tidaknya mengambil peduli akan isu-isu orang Melayu yang terlibat di dalam Projek-projek rumah terbengkalai seperti Desa Kerayong Indah ini. Kita tidak mahu, masih ada orang-orang Melayu yang masih tidak memiliki rumah kediaman yang sempurna sedangkan dalam masa yang sama mereka sama-sama menabur bakti memajukan negeri dan negara yang tercinta ini. Tanpa rumah kediaman sendiri, bagaimana harus kita membina tamadun dan bangsa yang kuat dalam mengharungi masa-masa yang akan datang?

Wassalam
Blogger.


Friday, November 2, 2007

Isu Perumahan dan Nasib Pembeli

Assalamualaikum
Pada minggu lepas Blogger telah mengunjungi Pejabat Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi tujuan untuk mendapatkan surat pengesahan rumah terbengkalai bagi Projek Perumahan Desa Kerayong Indah ini. Alhamdulillah, selepas seminggu, barulah Blogger memperolehi surat pengesahan tersebut.

Adapun tujuan Blogger mendapatkan pengesahan tersebut (walaupun semua orang tahu bahawa Projek Desa Kerayong Indah ini memang telah terbengkalai sepenuhnya sejak sekian lama) adalah bagi tujuan untuk memohon kepada pihak bank/pembiaya supaya kadar faedah semasa yang dikenakan dapat dikurangkan bagi meringankan bebanan kerana kegagalan menduduki rumah tersebut sepertimana yang telah dijanjikan oleh pihak pemaju.

Pembeli-pembeli yang telah memfailkan tuntutan di mahkamah, tetapi masih meneruskan pembayaran kepada pihak bank atau pembiaya samada secara tunai ataupun potongan gaji berjadual, maka permohonan boleh dimajukan kepada pihak bank atau pembiaya untuk tujuan mendapatkan pengurangan kadar faedah semasa. Tahniah kepada anda kerana masih mematuhi perjanjian pinjaman walaupun terpaksa bersusah payah menjelaskan ansuran pinjaman tersebut pada setiap bulan.

Pembeli-pembeli yang tidak berupaya menjelaskan ansuran pinjaman boleh mengajukan permohonan penangguhan kepada pihak bank masing-masing.

Kajian menunjukkan Peminjam sistem konvensional tidak menghadapi masalah yang besar berhubung dengan kadar faedah ini kerana ianya dikira berdasarkan kepada amaun semasa. Ianya berbeza dengan Peminjam sistem Islamik yangmana kadar keuntungan (faedah) dikira berdasarkan kepada keseluruhan amaun yang telah diakadkan semasa menandatangani perjanjian pinjaman tersebut. Bebanan semakin bertambah sekiranya pembeli tidak membuat apa-apa pembayaran ansuran bulanan kepada pihak bank/pembiaya dan ianya akan meningkat dari bulan ke bulan.

Bagi pembeli yang ingin mengelakkan sebarang masalah seperti "senarai hitam" (black-list) kerana ketidakupayaan untuk meneruskan pembayaran ansuran bulanan yangmana ianya akan menyebabkan kesukaran kepada pembeli DKI ini untuk mendapatkan pinjaman lain daripada mana-mana institusi kewangan, maka boleh juga membuat pengeluaran daripada wang simpanan KWSP bagi tujuan tersebut.

Apapun yang berlaku, kita sebagai Pembeli dan Pengguna seringkali tersepit dan menjadi mangsa kepada keadaan yang mana kita terpaksa menanggung KERUGIAN yang besar di atas KEGAGALAN dan KERAKUSAN orang lain memerah WANG kita. Malahan setakat hari ini sahaja, Blogger sendiri telah terpaksa menghabiskan wang sebanyak lebih daripada RM100,000.00, tetapi impian untuk memiliki rumah sendiri semakin hilang daripada pandangan.

Apa yang kita harapkan agar pihak-pihak yang berkuasa dan mempunyai kuasa agar dapat melihat permasalahan pembeli dan pengguna seperti kita ini dan melakukan sesuatu bagi membendung masalah-masalah ini daripada berterusan menimpa kita semua sedangkan mereka-mereka yang terlibat dengan KEGAGALAN ini masih boleh tersenyum bilamana projek DKI ini diwar-warkan akan diambil alih oleh pihak lain seawal Mac 2007 yang lalu.

Kita telah meneliti dengan mendalam Draf Perjanjian Baru tersebut sebelum memfailkan tuntutan ini di mahkamah yangmana antara lainnya ia seolah-olah untuk menutup KEGAGALAN mereka dengan menyajikan sesuatu yang tidak menguntungkan apatahlagi menyebelahi kita semua. InsyaAllah, di dalam episod yang akan datang, kita "upload" butiran Draf Perjanjian tersebut untuk dinilai oleh semua pembeli.

Ingatlah, wahai segolongan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri, seandainya anda terlepas daripada hukuman dan undang-undang dunia, pasti hukuman daripada Yang Maha Esa di Akhirat nanti akan menanti anda. Itu janji Allah kepada setiap hambanya yang melakukan kemungkaran.

Wassalam
Blogger.


Thursday, September 20, 2007

Misteri Kehilangan Adik Nurin Jazlin




PETALING JAYA: Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak 20 Ogos 2007 yang lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas (17 September 2007).

Sementara itu, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33, seorang pemandu teksi enggan menerima keputusan DNA itu bahawa mayat kanak-kanak itu adalah anaknya.

Jazimin berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan DNA tersebut pada pukul 12.30 tengah hari oleh polis daerah Petaling Jaya dan diminta datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman semula mayat tersebut.

Sebelum ini, Jazimin dan isterinya Norazian Bistaman, 35 telah dipanggil untuk proses pengecaman di HKL pada Isnin lepas dan tidak mengaku mayat itu anaknya, Nurin berdasarkan kepada keadaan fizikal kanak-kanak yang ditemui itu.

“Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan bahawa anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kesedihan yang saya alami,” katanya dengan linangan air mata. Lihat gambar-gambar berkenaan dengan adik Nurin Jazlin disini.

Mengikut rekod polis, terdapat sekurang-kurangnya 16 ibu bapa di luar sana yang masih menanti penuh harap malah mungkin sudah bergolok-bergadai menjejaki anak masing-masing - kesemuanya hilang dalam usia mentah iaitu di bawah 9 tahun.

Komen Blogger :
Walau siapapun, namun peristiwa ini amat memilukan hati kita memandangkan ianya berlaku terhadap kanak-kanak yang sepatutnya dilindungi. Jadikanlah ianya satu pengajaran agar ianya tidak akan berlaku kepada anak-anak kita semua. Marilah kita sama-sama menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah, semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t.


Al-Fatihah
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Wassalam
Blogger
20 September 2007


Thursday, September 6, 2007

Rasuah - BPR Siasat Pegawai Pejabat Tanah Selangor

Panas! Panas!! Panas !!! Pejabat Tanah Mana?

Walaupun baru berusia 26 tahun dan tidak sampai tiga tahun berkhidmat, seorang pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) di Selangor memiliki wang tunai hampir setengah juta ringgit dalam akaun simpanan tetap dan dua kereta mewah.

Selain kereta mewah yang masing-masing berharga RM150,000 dan RM170,000 itu, pegawai kumpulan profesional dan pengurusan itu memiliki rumah berharga kira-kira RM150,000. Rumah berkenaan kini disita kerana dipercayai dimiliki hasil daripada rasuah, manakala harta lainnya dirampas mengikut Seksyen 26 Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Pengarah BPR Selangor, Mohd Jamidan Abdullah, berkata pegawai itu disiasat kerana disyaki menerima rasuah RM2 juta daripada sebuah syarikat pemaju sebagai ganjaran menyelesaikan urusan rasmi membabitkan agensi berkenaan termasuk meluluskan pembangunan tanah dan menukar status tanah.

"Kes ini disiasat mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997. Bagi kakitangan kerajaan yang disiasat kerana rasuah, BPR mempunyai kuasa menyita semua harta yang dipercayai diperoleh hasil daripada rasuah.

"Kami bagaimanapun belum menahan pegawai terbabit kerana masih dalam siasatan tetapi kami akan cuba menyiapkan siasatan dengan segera," katanya ketika ditemui selepas majlis penutup Pidato Pencegahan Rasuah Pra-universiti Piala Pusingan Menteri Besar Selangor 2007 di sini, semalam.

Mohd Jamidan berkata, BPR percaya pegawai terbabit mula menerima rasuah sejak akhir tahun lalu dan pihaknya masih menyiasat harta lain yang dimilikinya.

Kes itu disiasat selepas BPR menerima aduan orang awam yang curiga dengan kemewahan hidup pegawai terbabit kerana usianya masih muda, di samping risikan oleh kakitangan BPR.

Beliau berkata, kertas siasatan kes itu sudah hampir selesai dan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Selain pegawai berkenaan, 58 orang termasuk kakitangan kerajaan dan swasta ditahan BPR setakat akhir bulan lalu.

Rujukan : Sumber Berita Harian:5hb September 2007

Komen Blogger : Inilah yang berlaku jika WANG menguasai manusia tanpa memikirkan kesan yang berlaku ke atas orang lain.