Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Thursday, April 26, 2007

FAQ

SOALAN–SOALAN LAZIM

Soalan 1 : Kumpulan pertama seramai 130 orang Pembeli DKI telah memfailkan tuntutan di mahkamah pada 24hb. April 2007 yang lalu. Adakah saya masih boleh menyertai kumpulan ini untuk membuat tuntutan?
Jawapan 1 : YA. Anda masih boleh menyertai kami untuk membuat tuntutan selagi penghakiman belum diputuskan. Tiada istilah menutup pintu kepada sesiapa juga Pembeli untuk membuat tuntutan ini. Malahan harapan kami agar kesemua (anggaran 900 Pembeli) Pembeli memfailkan tuntutan ini secara bersama sekiranya mereka telah bersetuju untuk berbuat demikian.

Soalan 2 : Saya ingin turut serta untuk membuat tuntutan. Apa yang perlu saya lakukan?
Jawapan 2 : Berikut adalah proses-proses untuk membuat tuntutan :-
1. Sila sediakan SALINAN dokumen tuntutan – klik di sini
2. Sila kira/istihar tuntutan di dalam borang Tuntutan Pembeli – Mohon di sini
3. Hantar dokumen tersebut kepada Peguam di Bangsar/Sunway beserta dengan yuran guaman
4. Peguam failkan kes ke mahkamah (Shah Alam, Selangor)
5. Perbicaraan
6. Penghakiman

Soalan 3 : Apakah jenis-jenis tuntutan yang boleh saya buat?
Jawapan 3 : Tuntutan yang boleh dibuat adalah seperti berikut :-
1. Tuntutan Gantirugi Khas
Tuntutan ini melibatkan wang yang telah kita keluarkan daripada peringkat awal seperti bayaran 10% daripada harga rumah, Bayaran yuran guaman dan lain2 lagi.
2. Gantirugi Am
Tuntutan ini melibatkan suffer yang kita alami selamamana Pemaju/Kontraktor tidak dapat menyiapkan rumah tersebut untuk membolehkan kita tinggal atau menyewakan kepada orang lain. Selain daripada itu, kita juga menuntut bayaran “early settlement” bank bagi melepaskan liability kita dengan bank.
3. Lain-lain
Lain-lain tuntutan akan diputuskan berdasarkan kepada budibicara mahkamah seperti kos dll.

Soalan 4 : Berapakah kos guaman yang perlu dibayar kepada Peguam untuk kes tuntutan ini?
Jawapan 4 : Sila berhubung terus dengan Peguam untuk mendapatkan maklumat tentang yuran guaman yang telah ditetapkan.

Soalan 5 : Adakah saya boleh menuntut LAD ?
Jawapan 5 : Kebiasaannya LAD adalah untuk rumah yang telah siap dibina dan tarikhnya dikira selepas tamat Perjanjian Pembinaan tersebut sehingga tarikh penyerahan kunci rumah oleh pihak Pemaju/Kontraktor. Tetapi di dalam kes DKI, memandangkan rumah gagal disiapkan seperti yang telah termaktub di dalam Perjanjian Pembinaan tersebut, maka tuntutan kita adalah sewaan rumah yang terpaksa kita bayar selama mana kita tidak dapat mendiami atau menyewakan rumah DKI tersebut.

Contohnya :-
Perjanjian Pembinaan dengan Bumi Circle : 1hb. Januari 2000
Tempoh siap : 36 bulan (1hb. January 2003)
Jumlah lewat sehingga 30hb.April 2007 : 40 bulan
Tuntutan = Harga Sewaan x 40 bulan

Soalan 6 : Berapa lamakah kes ini akan selesai ?
Jawapan 6 : Bergantung kepada perbicaraan dan keputusan mahkamah.

Soalan 7 : Saya telah menerima surat saman oleh pihak bank kerana tunggakan sebanyak RM20K dan dikehendaki hadir ke mahkamah untuk sebutan kes pada bulan hadapan. Apa yang perlu saya lakukan?
Jawapan 7 : Mengikut undang-undang, anda dinasihatkan supaya hadir di mahkamah pada hari sebutan kes tersebut. Dikhuatiri, sekiranya anda gagal hadir, penghakiman tetap dijalankan. Pilihan lain, anda disarankan supaya menghubungi pihak bank anda untuk memastikan kesahihan saman tersebut dan mohon berbincang dengan mereka. Kami yakin, pihak bank akan memahami situasi yang anda hadapi. (tambahan pula kes kita ini telah difailkan ke mahkamah).

Soalan 8 :
Saya telah disaman oleh bank dan sedang di dalam proses perbicaraan. Adakah saya masih boleh menyertai tuntutan ini? Manalah tau , dapat wang tuntutan ini, bolehlah saya bayar kepada bank tersebut.
Jawapan 8 :
YA, anda masih boleh menyertai tuntutan ini.

Soalan 9 : Saya telah diistiharkan bankrap oleh mahkamah. Adakah saya boleh menyertai tuntutan ini ?
Jawapan 9 : Ya, anda masih boleh menyertai tuntutan ini. Sila berhubung dengan Peguam kita untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Soalan 10 : Siapakah patut saya hubungi untuk pertanyaan sekiranya saya menghadapi masalah?
Jawapan 10 : Sila hubungi kami untuk sebarang bantuan. Anda juga boleh menghubungi Peguam untuk mendapatkan nasihat dari segi perundangan. Sila dapatkan no. telefon Peguam daripada kami.

Soalan 11 : Mengapakah tidak kesemua Pembeli DKI ini yang membuat tuntutan gantirugi ini?
Jawapan 11 : Kita sebenarnya tidak boleh untuk memaksa sesiapa juga diantara Pembeli DKI untuk sama-sama membuat tuntutan gantirugi ini. Ada juga Pembeli yang masih mengharapkan pihak pemaju untuk meneruskan pembinaan rumah tersebut.
Setiap Pembeli mempunyai HAK masing-masing samada untuk membuat tuntutan ini ataupun tidak. Berbagai usaha telah kita lakukan sebelum ini untuk memberitahu tentang jalan terakhir melalui saluran undang-undang ini untuk mengembalikan HAK kita. Namun disebabkan oleh faktor tempoh masa yang terlalu panjang selepas kegagalan Kontraktor menyiapkan rumah seperti yang termaktub di dalam Perjanjian, maka sebilangan Pembeli GAGAL dihubungi secara terus. Ada yang telah bertukar nombor telefon atau berpindah ke tempat lain. Malahan ada beberapa orang Pembeli yang telah meninggal dunia. Oleh itu, kita mengharapkan agar pemberitahuan ini sampai kepada mereka ataupun waris-waris mereka.

Soalan 12 : Bolehkah kita mengadakan sessi perjumpaan atau perbincangan ataupun membuat ulasan tentang kes ini selepas difailkan di mahkamah?
Jawapan 12 : Selepas kes kita difailkan di mahkamah, kita tidak menggalakkan sebarang sessi perjumpaan seperti sebelum ini walaupun secara tertutup mahupun memberikan sebarang ulasan kes ini secara terbuka termasuk kepada pihak media cetak mahupun media elektronik kerana dikhuatiri ianya akan menjurus ke arah mendahului prosiding mahkamah. Biarlah pihak mahkamah yang membuat keputusan terhadap kes tuntutan kita ini.

Soalan 13 : Sekiranya saya ingin turut serta membuat tuntutan ini, adakah perlu saya membuat "Laporan Polis" ?
Jawapan 13 : Tidak Perlu.


No comments: