Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Monday, April 27, 2015

Majlis Taklimat Penyelesaian Desa Kerayong Indah 2015

Isnin 27hb. April 2015. Satu Majlis Taklimat berkenaan Penyelesaian Perumahan Desa Kerayong Indah, Mukim Jeram, Kuala Selangor akan diadakan di Dewan MBSA Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Taklimat ini adalah bagi memberi penerangan secara terperinci kepada semua pembeli dan pemilik Desa Kerayong Indah berkenaan dengan formula penyelesaian yang telah dicapai bersama pemaju baru yang bersedia untuk membaikpulih projek perumahan terbengkalai Desa Kerayong Indah ini.

Sehubungan dengan itu, Admin menyeru kepada rakan-rakan pembeli/pemilik Desa Kerayong Indah samada yang INGIN MELEPASKAN PEMILIKAN DKI (mendapat pampasan) mahupun yang INGIN MENERUSKAN PEMILIKAN RUMAH/HARTANAH DKI agar HADIR untuk mendengar taklimat penyelesaian seterusnya membuat keputusan. Maklumat taklimat adalah seperti berikut :-

Maklumat Majlis Taklimat
Tarikh : 3 Mei 2015
Hari : Ahad
Masa : 9:00 pagi-1:00 petang
Tempat : Dewan Teratai, Jln Gelora 19/46, Seksyen 19, Shah Alam, Selangor

Dewan Teratai : GPS 3.049421, 101.532508

Pihak White Knight (Pemaju Baru) yang telahpun memperolehi jaminan pembiayaan (fund) daripada Amanah International Finance (AIF) akan memberikan penerangan berkenaan dengan persetujuan yang telah dicapai hasil daripada beberapa siri perbincangan dengan Peguam yang mewakili pembeli/pemilik Desa Kerayong yang telah telah memfailkan saman bagi menuntut gantirugi dan pampasan terhadap pihak yang terbabit yang dinamakan di dalam tuntutan.

Berkenaan dengan isu keperluan khidmat peguam adalah kerana terdapatnya kes tuntutan sivil di Mahkamah Rayuan dan bagi memastikan proses penyelesaian ini berjalan dengan baik dan pemaju baru mematuhi persetujuan penyelesaian secara undang-undang.


SEMUA Pembeli/Pemilik Desa Kerayong Indah yang HADIR di dalam sessi taklimat ini PERLU mengisi borang PILIHAN TAWARAN PENYELESAIAN (samada melepaskan pemilikan atau meneruskan pemilikan DKI) yang ada disediakan di kaunter pendaftaran di dalam dewan.

Bagi melancarkan urusan, SEMUA Pembeli/Pemilik Desa Kerayong Indah disarankan HADIR BERSAMA MAKLUMAT PEMILIKAN Desa Kerayong Indah seperti di bawah ini :-

Maklumat Pemilik/Pembeli
Nama Penuh Pemilik/Pemilik Bersama :
No. Kad Pengenalan Pemilik/Pemilik Bersama :
Alamat Surat Menyurat :
Nombor Telefon :
Email (jika ada) :


Maklumat Desa Kerayong Indah
Nombor Lot Rumah/Tanah (No. PT) :
Nombor Fasa/Desa :
Jenis Rumah :
Nama Bank & Cawangan (Pinjaman) :


Kegagalan membuat sebarang keputusan akan menyebabkan Pembeli/Pemilik Desa Kerayong Indah tertakluk kepada pra-syarat Kurnia Milik program Pemberimilikan Tanah Terancang sepertimana yang terkandung di dalam Surat Tawaran daripada tersebut kepada Kerajaan Negeri Selangor.



Sebarang pertanyaan berkenaan majlis taklimat ini, boleh menghubungi J/Kuasa Tuntutan.