Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Tuesday, November 11, 2008

Projek Rumah Terbengkalai-Kerajaan Negeri



SHAH ALAM, 11 Okt (Bernama)-- Pembeli rumah di projek perumahan Desa Kerayong Indah di sini yang terbengkalai sejak sembilan tahun lepas memohon bantuan kerajaan negeri Selangor supaya pembinaan rumah mereka dapat diteruskan dan disiapkan segera.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Pembeli, Kamarolzaman Ismail, 40 berkata pelbagai usaha telah dilakukan sejak sembilan tahun lepas untuk menyelesaikan masalah itu namun tidak berhasil.

"Pada masa yang sama pembeli yang kebanyakannya berpendapatan sederhana terpaksa membayar wang ansuran pinjaman rumah dengan pihak bank antara RM1,200 hingga RM1,300 sejak sembilan tahun lalu" - Kamarolzaman


"Kami sudah meminta bantuan daripada kerajaan negeri yang terdahulu serta pemaju projek itu Bumi Circle Sdn Bhd tetapi tiada perkembangan yang berlaku," katanya kepada Bernama di kawasan perumahan itu di sini petang tadi.

Beliau berkata antara alasan yang diberi oleh pihak kontraktor ialah kerja menggali tapak pembinaan diatas permukaan tanah yang berbatu dan di atas bukit menyebabkan kenaikan kos sehingga melebihi dari pengiraan asal dan menyebabkan projek tersebut tidak mampu diteruskan.

"Seramai 321 pembeli sudah pun memfailkan saman di mahkamah pada 24 April tahun lepas terhadap kerajaan negeri dan kontraktor terbabit pada 27 Febuari sebelum pilihan raya umum lepas, namun sehingga kini masih tiada jalan penyelesaian.

Gambar di tapak Projek Desa Kerayong Indah

Sumber Berita BERNAMA


1 comment:

financialserviceoffer said...

Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via financialserviceoffer876@gmail.com whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thank