
Blogger ingin menjawab beberapa persoalan yang seringkali bermain di fikiran kita semua bilamana Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Dato' Seri Mohd Khir Toyo telah beralih kepada gabungan Kerajaan Barisan Alternatif (BA) pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Ramai yang bertanya apakah implikasinya terhadap kes tuntutan gantirugi yang telah difailkan semasa era Kerajaan Barisan Nasional tersebut?
Kronologi kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor.
- Projek Pembesaran Kampung/Perumahan Desa kerayong Indah ini telah dimulakan pada seawal Jun 1999 semasa YAB Dato Abu Hassan Omar menjadi Menteri Besar Selangor.
- Kemudiannya pada tahun 2000, Dato Seri Mohd khir Toyo telah dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-13 menggantikan Dato Seri Abu Hassan Omar apabila kita memfailkan kes tuntutan di mahkamah.
- Pada 8 Mac 2008, apabila gabungan Barisan Alternatif (BA) memenangi pilihanraya umum ke-12, Tan Sri Khalid Ibrahim (PKR) telah dipilih menjadi Menteri Besar Selangor yang ke-14 setelah menerima perkenan DYM Sultan Selangor.
Oleh yang demikian, kita tidak perlu bimbang apa-apa kerana tidak akan berlaku peminggiran terhadap kes-kes mahkamah dan kita menjangkakan bahawa kes tuntutan ini akan berjalan dengan lancar dari segi perundangan. Ini ditambah dengan kemasukan Bumi Circle Sdn. Bhd. di dalam kes ini yang akan didengar di hadapan Hakim oleh Pengarah mereka sendiri (arahan mahkamah) pada Pengurusan Kes (Case Management) yang akan datang.

Ini ditambah dengan Bumi Circle yang selama ini dianggap sebagai anak emas semasa era pemerintahan Barisan Nasional yang lalu. Nah...sekarang macam mana? Dahan tempat mereka berpaut telah terkulai menyembah bumi.
Kita pasti, kekesalan mereka tidak terperi rasanya kerana apabila telah memasuki kes ini, mereka tidak lagi boleh melarikan diri dengan seribu macam alasan. Mereka menyangka bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan kekal berkuasa di Selangor ini, maka dengan sebab itu maka mereka telah memasuki kes ini tanpa berfikir panjang walaupun dah tak ada duit lagi atau ada pihak lain yang berada di belakang mereka. Kalau selama ini mereka tak kisah kalau Bumi Circle gulung tikar dan tanah seluas 216 ekar tersebut akan menjadi "freeze" sehinggalah Kerajaan Negeri "redeem" semula.
Tetapi bagi kita, apabila kes ini dibicarakan nanti, ianya akan menjadi tambah menarik bilamana Kerajaan Negeri dan Bumi Circle bukanlah dari pihak yang bersekutu sekarang ini. Segala rahsia dan kecurangan akan segera terbongkar di Mahkamah nanti. Majlis Daerah Kuala Selangor dan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Selangor juga akan mempunyai pimpinan yang baru yang kita jangkakan akan lebih telus.
JKKK Bukit Kerayong dan mereka-mereka yang terlibat sama, persiapkanlah diri sebelum kes bermula, kerana kita telah sepakat apabila dibicarakan dan di dapati adanya unsur-unsur korupsi, maka kalian semua akan dilaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). InsyaAllah.
NOTA : Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan anak kelahiran Jeram.
Wassalam
Blogger.
No comments:
Post a Comment