Desas desus tentang tarikh pilihanraya umum ke 12 semakin kuat kedengaran bilamana pelbagai golongan masyarakat samada pemimpin mahupun rakyat setiap hari membincangkan topik pilihanraya ini. Adalah dijangkakan pilihanraya pada kali ini akan berlangsung dengan suasana sengit seperti pada tahun 1999 (PRU10).

Walaupun tidak lagi menjadi orang politik, beliau masih lagi disanjung dan mendapat tempat bilamana beliau telah dilantik sebagai Pro-Chancellor Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Kini beliau setelah mengundurkan diri daripada menjadi ADUN Jeram, beliau masih tersanjung dengan perlantikannya sebagai Ahli Majlis bagi Majlis Daerah Kuala selangor sessi 2006-2008. Kita amat kesal dan sedih, sepatutnya sebagai ADUN, sikap hanya lepas tangan daripada menunaikan tanggungjawab membantu pembeli yang teranaiya tidak patut diabaikan begitu sahaja.

Pada masa itu juga Pembeli-pembeli telah dibebankan dengan bermacam-macam bentuk cukai seperti cukai taksiran MDKS berjumlah lebih daripada RM500 yang sepatutnya belum lagi boleh dikenakan memandangkan rumah tersebut belum lagi siap dan kita belum lagi boleh mendudukinya.
Terlintas juga difikiran kita apabila kedua-dua wakil rakyat tersebut telah dilantik menjadi Ahli Majlis bagi Majlis Daerah Kuala Selangor. Apakah sebenarnya perjuangan mereka? Adakah untuk membantu anak bangsa yang semakin terhimpit di Bumi Selangor ini sedangkan dalam masa yang sama kaum lain telah diberikan dengan pelbagai keistimewaan?
Bagi kita pembeli yang telah terpaksa mengeluarkan hampir ratusan ribu ringgit, keperitan tidak hanya berhenti setakat disitu sahaja, bilamana saban hari, saban waktu kita dikejar dengan bayangan Bank-Bank yang menagih bayaran dengan CCRIS dan SAMAN sebagai balasan di atas kegagalan kita melunaskan bayaran ansuran tersebut. Perlukah kita sekadar hanya membiarkan kegagalan dan sikap enggan bertanggung jawab yang telah menyebabkan kita menghadapi situasi sedemikian?
Salah seorang pembeli telah memberitahu Blogger bahawa beliau telah GAGAL mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan lain lantaran masalah tunggakan bayaran ansuran pinjaman bank ataupun bayaran ansurannya tidak teratur seperti yang telah dijadualkan oleh pembiaya atau kerana beliau ada membuat re-schedule terhadap ansuran pinjaman perumahan tersebut. Bukan satu, tetapi sebanyak 4 institusi kewangan lain telah menolak permohonan beliau itu.
Kita percaya, apabila kes ini telah diselesaikan, segala permasalahan mahupun ketidakpuasan hati semua pihak akan terlerai dengan kebaikan. Kita cuma mahukan HAK kita dikembalikan.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita.
Wassalam
Blogger.
No comments:
Post a Comment