Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Monday, May 5, 2008

Pra-Bicara 5 May 2008 (MT1)




Assalamualaikum,

Pra-Bicara yang telah berlangsung pada pagi tadi 10:10 pagi Isnin 5 May 2008 di Kamar Hakim, Mahkamah Tinggi 1 (Sivil), Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan berjalan dengan lancar dengan kehadiran sebahagian daripada pembeli-pembeli yang telah dan belum memfailkan tuntutan gantirugi.

Peguam Wan Shahrizal yang mewakili pembeli telah masuk ke Kamar Hakim Dato' Mariana Binti Hj. Yahya bersama dengan Peguam Yusman yang mewakili Bumi Circle dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Selangor Aimi Hajar Binti Dato' Mohd Ridzwan tepat jam 10:09 pagi di Mahkamah Tinggi 1.

Bumi Circle yang masih belum memfailkan Pembelaan seperti yang diminta oleh Hakim Dato' Alizatul Khair Binti Osman Khairuddin semasa tuntutan mendapatkan JID pada 5 Mac 2008 yang lalu, telah diarahkan oleh YA
Dato' Mariana Binti Hj. Yahya untuk memfailkan Pembelaan mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah di dalam tempoh 2 minggu dari tarikh 5 May 2008 ini.

Setelah meneliti segala dokumen dan penghujahan semua pihak, maka YA Hakim Dato Mariana telah menetapkan tarikh untuk Sebutan Kes adalah pada Selasa 5 Ogos 2008 nanti.

Selepas selesai penghujahan, Peguam Wan Shahrizal telah memberikan taklimat kepada pembeli-pembeli yang hadir dan ditemuramah oleh wartawan yang hadir membuat liputan. New Straits Times , MStar

InsyaAllah, selepas ini kita akan mengetahui apakah Pembelaan yang akan difailkan oleh Bumi Circle untuk menyelamatkan mereka yang selama ini banyak bergantungan dengan Kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional.

Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pembeli yang hadir memberikan sokongan kepada Peguam Wan Shahrizal.





2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sekadar tumpang kesedihan dengan masalah projek perumahan yang telah tuan hadapi.

Untuk pengetahuan, tuan, sila juga layari web site, nuarrual hilal, pensyarah undang-undang UUM, di www.nuarrualhilal.wordpress.com, beliau banyak mengkaji masalah projek perumahan terbengkalai.

Beliau juga sudi untuk memberikan sedikit nasihat bagi meringankan masalah yang pihak tuan hadapi

Terima kasih

Nuarrual Hilal Md. Dahlan
Pensyarah Undang-undang
Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa,
UUM
Sintok, Kedah Darul Aman

financialserviceoffer said...

Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via financialserviceoffer876@gmail.com whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thank