Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Thursday, November 6, 2008

Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat



Pembeli-Pembeli Rumah Terbengkalai,
Desa Kerayong Indah
Mukim Jeram
Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
e-mail :desakerayongindah@gmail.com
URL : http://desakerayongindah.blogspot.com

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum, Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Dato’ Seri Paduka Wan Azizah Wan Ibrahim
Presiden, Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Dato’ Seri Haji Abdul Haji Bin Haji Awang,
Presiden, Parti Islam seMalaysia (PAS)

Blogger-Blogger,

Tun/Tan Sri/Puan Sri/Dato’ Seri/Datin Seri/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Per : Surat Terbuka Kepada Pakatan Rakyat

Merujuk kepada perkara di atas, kami seramai lebih daripada 321 orang pembeli rumah Desa Kerayong Indah. Jeram, Kuala Selangor, Selangor ingin melahir rasa terkilan yang teramat di atas keengganan dan kegagalan pihak Pakatan Rakyat untuk meyelesaikan masalah kami ini.

Berikut adalah
Kronologi ringkas tentang permasalahan yang kami alami :-
  • 1999 – Mendapat surat tawaran Pemilikan Rumah Terancang (Desa Wawasan) daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor.
  • 2002- Pemaju gagal menyerahkan kunci rumah seperti yang dijanjikan.
  • 24 April 2007 – Kumpulan Pertama seramai 130 orang Pembeli Desa Kerayong Indah memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
  • 28 April 2007- Pilihanraya kecil Ijok dengan isu saman ini digunakan di dalam kempen pilihanraya sama melalui ceramah mahupun internet (Blogger).
  • 8 Mac 2008 – Pakatan Rakyat memenangi Piliharaya di Negeri Selangor.
  • 13 Julai 2008 – Menyerahkan surat rasmi di kediaman DSAI di Segambut, meminta untuk berjumpa dengan DSAI untuk merayu agar mempertimbangkan serta menyelesaikan masalah kami.
  • 13 Ogos 2008 – Menghubungi pejabat DSAI. Pembantu menjawab untuk menyiasat samada DSAI telah menerima surat tersebut.
  • 28 Ogos 2008 – Menghubungi Pejabat DSAI sekali lagi. Kali ini jawapan yang diberikan adalah tidak tahu dan meminta saya terus menghubungi PA DSAI Sdr Ibrahim Yaacob untuk bertanyakan tentang penyelesaian yang telah dibuat.
  • 2 September 2008 - PA DSAI meminta agar saya menghantar e-mail sekali lagi tentang isi kandungan surat tersebut.
  • 30 Oktober 2008 – Selepas menghubungi PA DSAI lebih dari sepuluh kali, serta janji-janji manis bahawa kami akan ditemukan dengan DSAI, SMS dihantar kepada PA Sdr Ibrahim Yaacob dan membatalkan sahaja pertemuan yang dicadangkan memandangkan telah terlalu lama (3 bulan) masa yang diambil untuk satu pertemuan antara rakyat dengan pemimpin.
Kami Pembeli yang 100% Melayu Islam ini masih tidak lagi mendapat pembelaan yang sewajarnya. Malahan YB Iskandar di dalam jawapan bertulisnya melalui e-mail kepada saya memaklumkan bahawa kerajaan negeri (PR) memerlukan sebanyak RM70 juta jika memutuskan untuk meneruskan projek tersebut.

Kami amat kesal kerana Pakatan Rakyat sejak mula memegang tampuk pemerintahan Negeri Selangor sejak Mac 2008 yang lalu terlalu asyik menumpukan kepada perkara-perkara untuk menonjolkan diri dan mencari populariti sehinggakan tidak langsung menampakkan tanda-tanda untuk membantu rakyat yang selama ini memberikan sokongan kepada mereka.

Kalau dahulu, janji yang dicurahkan untuk memegang kuasa pemerintahan barulah boleh membantu rakyat jelata. Sekarang apabila telah memerintah di Negeri Selangor ini, kami merasakan seolah-olah tertipu dengan janji-janji manis untuk membantu rakyat.

Umpama pepatah mengatakan, terlepas dari mulut harimau, masuk pula mulut buaya.

Mengapa terlalu sukar untuk berurusan dengan bangsa Melayu Islam seperti kami ini? Mengapa isu babi, isu pasir, isu PKNS, isu air dan sebagainya yang melibatkan bangsa lain cukup cepat untuk diselesaikan oleh Pakatan Rakyat?

YB EXCO Selangor Sdr Ronnie Liu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa saman terhadap kerajaan negeri Selangor akan diselesaikan di meja rundingan. Kami merasakan ianya amat berbaloi dengan sokongan yang diberikan selama ini terhadap Pakatan Rakyat. Namun ianya berakhir disitu sahaja tanpa apa-apa tindakan susulan.

Malahan YAB Menteri Besar Selangor sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan semasa salah seorang pembeli yang hadir ke pejabat beliau semasa sessi bertemu rakyat dahulu dengan tegas menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor tidak akan meneruskan projek tersebut dan meminta supaya kami yang teranaiya ini menarik balik saman yang dikemukakan.

Apakah erti semua ini? Dimanakah janji-janji Pakatan Rakyat yang selama ini heboh memperkatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah gabungan parti untuk merakyatkan ekonomi Selangor. Susah sangatkah untuk seorang pemimpin untuk bertemu dengan rakyat?

Perlukah kami menjemput media dan kemudian barulah Pakatan Rakyat akan bersetuju untuk bertemu dengan rakyat?

Kalau di masa pemerintahan Barisan Nasional dahulu di Negeri Selangor ini, Pakatan Rakyat sering mencanangkan kepincangan kerajaan pimpinan Barisan Nasional. Tetapi kini apabila telah memegang tampuk pemerintahan, kami seolah-olah tidak lagi bermakna dan ingin melarikan diri daripada menyelesaikan masalah rakyat.

Malahan semasa Penamaan Calon PRU-12 di Stadium Sukan Kuala Selangor kami telah mengadakan demontrasi aman dan diberikan ruang di kem Pakatan Rakyat untuk menunjukkan kegagalan Barisan Nasional menyelesaikan masalah kami.

Namun begitu apabila telah memenangi Piliharaya Umum ke-12 yang lalu bermula dari Mac 2008 sehingga Oktober 2008 (10 bulan) ini, kami langsung tidak nampak apakah jalan penyelesaian yang telah dan akan diambil oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Malahan kami seolah-olah disekat untuk bertemu dengan pemimpin atau memang itulah amalan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Kami tambah terkilan apabila YAB MB Selangor telah sanggup hadir di Lobi Parlimen pada 6:15 petang 4 November 2008 yang lalu, walaupun sidang Dewan Rakyat telah berakhir dengan kesemua Pembangkang keluar dari Dewan Rakyat sebagai tanda protes. Mengapa beliau sanggup berada di Lobi Parlimen (sidang telah tamat)? Sedangkan untuk bertemu dengan rakyat beliau tidak mempunyai masa?

Seringkali alasan yang diberikan adalah Pakatan Rakyat baru memerintah Selangor. Berikan kami (Pakatan Rakyat) masa untuk menyelesaikan masalah ini. DSAI sibuk dengan urusan 16 September. Kemudian selepas itu, DSAI sibuk di Parlimen, DSAI ada temu janji yang lebih penting. Janji sebegini telah lapuk.

Bagaimana dengan hutang kami kepada pihak bank yang perlu dijelaskan pada setiap bulan? Bergolok bergadai, suami isteri bergaduh telah lama kami alami akibat kegagalan Kerajaan Negeri Selangor menunaikan janji untuk menyiapkan sebuah rumah untuk kami.

Andai inilah kaedah dan kesombongan yang diguna pakai oleh pemimpin Pakatan Rakyat, bukanlah salah untuk kami semua rakyat untuk menyesali memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Wassalam
Rakyat yang teranaiya.
Desa Kerayong Indah.

Link :-
1. No2umno
2. Tranungkite

2. Pas Bukit Sentosa 2



6 comments:

kalbun said...

Salam,

dari 2002 hingga April 2007 blh plak kamu bersabar dgn BN. skrg ni xsampai 1 thn pn dah xsabar dgn PR. betul ke cara anda? mesti sokong PR sebab hendakkan sesuatu. byk tanda tanya ????????

Urwah bin Saari said...

Perumahan merupakan satu masalah besar di negeri Selangor dan ianya satu jihad besar yang dipertanggungjawabkan kepada kerajaan PR, terutama exco dari PAS.
Saya memahami keperitan sdr2 semua,
harap terus bersabar kerana tempoh PR mengetuai Selangor masih baru, masih banyak benda2 yang dirahsiakan kepada pimpinan samada oleh agensi2 dan jabatan kerajaan.
Jika sdr2 semua membuat keputusan berani menolak BN diatas kelalaian dan kezaliman mereka 50 tahun, sdr2 harus berani bersama kerajaan PR menempuh cabaran2 yg saya katakan tadi.
Insya Allah jalan kemenangan kepada rakyat akan menemui cahaya.
Saya turut panjangkan posting sdr2 ini kepada YB Saari Sungib (Hulu Kelang) yg turut berada dlm special task YB Iskandar menangani isu perumahan ini.

Anonymous said...

Pejuang NGO Muslim.

Fikir lah dengan iman, ilmu, akhlak mulia, tanpa nafsu dan minda yang adil.

1-bertahun2 dianiaya, anda tahan. Tak sampai setahun , anda dah menyalak. Tahukah anda, berpuluh2 tempat perumahan lain lebih deritanya.., tapi mereka tidak seperti anda.

2-Cara anda menulis, memang anda ada ilmu.Justeru, fikirlah pepatah "lain yang bengkak, lain yang bernanah". Jadi lah muslim yang berfikiran dengan adil.

3-Boleh ditunaikan hasrat anda dan mangsa yang lain itu-secepat mungkin. Tapi PR akan juga dikutuk oleh kelompok perumahan lain yang terbengkalai dan dikatakan tidak adil kerana budget 70 juta itu sangat besar.Duit disalahguna pada yang tidak tepat....Pasti itu kata mereka.

4-PR sekarang menguruskan hutang2 dan bala bencana kepincangan serta penyelewengan oleh BN yang menguruskan 50 tahun. Adilkah suruh PR uruskan hutang2, penipuan dokumen2, salahguna kuasa, dana yang dihabiskan,dll itu dalamasa yang singkat.Kalau anda jadi MB pun, sama.Takkan boleh uruskan.Masih ingatkah bagaimana isteri bekas MB pindahkah duit2 balkis? Tahukah anda, semua budget ADUN Selangor telah habis 90% walhal baru bulan March??

5-Setidak2nya, bila PR menang kita tidak nampak balaci2 PR (samada PAS, DAP, KeADILan, dll) tidak hidup mewah?Bahkan mereka makin kurus, kereta buruk, keluarga pun tetap naif kerana sibuk bantu ADUN2 PR yang menang membantu program rakyat.Ini berbeza dengan BN, kalau menang pasti 2,3 bulan kemudian kita boleh tengok balaci2 BN mewah, kereta baru, rumah diubahsuai, makan angin, dapat tapak kedai, mewah makan minum di kedai dan berlongok tak pergi kerja.mana mereka dapat wang??Itu lah wang anda, wang rakyat yang didapati dari komisen/proksi/rasuah demi bagi projek pada Cina.Sebab mereka tak ada modal.ambil tunai atas angin sahaja.

Semoga anda fikir lah.., minta pertunjuk pada Allah.kalau tak puas hati, undilah pemimpin lain dalam PRU13 nanti. Kemudian terimalah balasan Allah diakhirat samada baik atau buruk. saya pun tak boleh menentukan samada BN/PR akan tunaikan 100% kehendak anda.

Anda ada ilmu, akal, roh, tangan yang memegang pen. pangkah lah undi demi hidup anda didunia ini.

salam kekeluargaan dari bekas Ketua Pemuda UMNO cawangan, Selangor.

Anonymous said...

Saya sangat setuju dengan apa yg dikatakan oleh anon 7:53.

Saya rasa ada maklumat yang tidak diberi sepenuhnya. Pengadu 'not telling the whole truth!'. Pergi lah cari pemaju yang telah melarikan wang anda. Mesti ada orang dah kenyang makan duit atas angin. Yang disalahkan, yang disalak-salakkan kerajaan PR yg tidak ada kena mengena dengan 'deal' ini. Yang kamu semua pergi sign tu apa pasal? Silap2 ada juga kontraktor yg suruh awak semua bising-bising.

Hmm.. tu lah dia orang melayu. Awak semua ni mesti orang UMNO kan... Kalau tak UMNO tak dapat tawarn camni kan? Rasakan.. Orang tamak selalu rugi.

Mak nenek.

Anonymous said...

Salam kita rujuk harian Sinar jumaat 6 mac 09 Sabar sikit Insaaalah kerajaan PR dpt mengatasi isu rumah terbengkalai di Selangor ini.Kita jangan mudah buat keputusan yg tak rasional.Mana ada kerajaan negeri dlm dunia ni terutama dlm kategori di negara membangun dpt menyelesaikan masalah yg di tinggalkan oleh kerajaan berwibawa Khir Toyo dgn hampir 139 projek perumahan terbengkalai melibatkan kos billion ringgit.Harap pihak pencacai kerajaan Khir Toyo buka la minda serta berlapang dada ttg isu ini jangan hanya tahu menyalah org saja silap hari lembu utk hari raya korban pun jadi mangsa hey brother world is so advance now jangan jadi penghuni katak di bawah tempurong or jaguh kampung .

Osman raheem said...

Hello Semua orang,
Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah Meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman Telah dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan Tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Kerana saya Telah terkejut i adalah yang pertama untuk menjadi mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda yang terletak di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menyentuh Mr Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com

BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
Nama pertama ......
Nama tengah .....
2) Jenis Kelamin: .........
3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
4) Tempoh Pinjaman: .........
5) Negara: .........
6) Alamat Rumah: .........
7) Nombor Telefon: .........
8) Alamat e-mel ..........
9) Pendapatan Bulanan: .....................
10) Pekerjaan: ...........................
11) Yang laman web adakah anda di sini tentang kami .....................
Terima kasih dan salam mesra.
E-mel Derek osmanloanserves@gmail.com