Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Thursday, April 10, 2008

Kes Saman DKI ke Meja Rundingan?




Semalam 9 April 2008, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri, Ronnie Liu memaklumkan bahawa semua kes tindakan undang-undang kerajaan negeri Selangor tehadap individu di Selangor akan digugurkan.

"Manakala tindakan undang-undang yang difailkan terhadap kita (kerajaan negeri), kita akan minta mereka tarik balik supaya semuanya diselesaikan di meja rundingan," katanya lagi. Beliau berkata demikian semasa ditemuramah oleh wartawan di pejabatnya di Shah Alam. Seterusnya...

Sehubungan dengan itu, kita Pembeli-pembeli rumah terbengkalai Desa Kerayong Indah di atas tapak projek Pembesaran Kampung, Kampung Bukit Kerayung, di dalam DUN Jeram, Kuala Selangor amat menyambut baik cadangan kerajaan negeri Selangor itu.

Apa yang amat diharapkan dengan pengumuman tersebut, maka penantian pembeli-pembeli rumah selama 9 tahun sejak 1999 yang lalu akan berkesudahan dengan jalan penyelesaian yang begitu harmoni yang diambil oleh pimpinan kerajaan negeri yang baru.

Kes tuntutan yang difailkan pada 24 April 2007 yang lalu, di bawah pimpinan mantan MB Dato' Seri Mohammad Khir Toyo yang sekarang ini diberitakan sedang mengerjakan umrah di Mekah, seolah-olah dipandang sepi. Tindakan menggula-gulakan pembeli yang teranaiya dengan mengadakan majlis taklimat pada 27 Februari 2008, 3 hari selepas hari penamaan calon bagi PRU-12 ternyata seperti cuba mempermainkan pembeli-pembeli rumah sepertimana yang berlaku ke atas pembeli-pembeli rumah Alam Perdana yang terletak di DUN Ijok.

Malahan kita difahamkan juga bahawa pihak kontraktor yang telah menyebabkan projek perumahan untuk rakyat tersebut terbengkalai telah memasuki kes semasa kita membuat permohonan untuk mendapatkan Penghakiman Dalam Kamar pada 5 Mac 2005, 3 hari sebelum PRU-12, seolah-olah cuba menafikan hak pembeli untuk mendapatkan penghakiman tersebut setelah kegagalan mereka memfailkan kehadiran dan juga pembelaan di mahkamah.

Oleh yang demikian, kesediaan kerajaan negeri Selangor pimpinan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menyelesaikannya di meja rundingan menampakkan bahawa kerajaan negeri amat prihatin terhadap nasib rakyat yang telah teranaiya sejak sekian lama.

Link :
1. Tranung Kite

2 comments:

Anonymous said...

Saya slh seorg pembeli di Desa Kerayong Indah. Minta bantuan utk mnyertai tindakan mahkamah, harap dapat hubungi saya MOHD FADDILLAH AMAT h/p 019-2360995 e-mail : mfaddillah@maybank.com.my

Anonymous said...

Saya salah seorg pembeli DKI. Minta tlg utk menyertai tindakan mahkamah sila hubungi saya MOHD FADDILLAH AMAT h/p 019-2360995 @ e-mail : mfaddillah@maybank.com.my.