
"Seramai 268 keluarga telah membawa kes mereka ke mahkamah sementara setinggan yang lain masih menunggu penyelesaian masing-masing" - Iskandar
Dalam masa sama, katanya, bantuan lain turut disalurkan termasuklah meneruskan pemberian elaun perpindahan seperti dilaksanakan kerajaan negeri sebelum ini (BN) berjumlah RM500 hingga RM2000. [ Seterusnya...]
Kita ingin memaklumkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan Negeri Selangor bahawa Pembeli-pembeli rumah Desa Kerayong Indah di atas rezab Melayu (diluluskan oleh EXCO) sebenarnya juga adalah berhak untuk mendapatkan penyelesaian terhadap apa yang telah Kerajaan Negeri perlakukan kepada kami semua yang 100% Melayu Islam ini.
Janganlah kerana yang melakukan angkara ini adalah pimpinan Kerajaan terdahulu yang menjadi seteru politik mereka, maka kami semua menjadi mangsa dek pertikaian untuk membuktikan siapa sebenar yang menjadi dalang merompak wang rakyat. Jangan terlalu berdolak dalik kerana perjuangan menuntut HAK tetap akan kami teruskan walau ada diantara kami yang tidak berkesempatan untuk merasai kejayaan ini yang telahpun pergi menemui Ilahi.
Kalau Kerajaan Negeri sanggup menjadi penjamin kepada setinggan, apa kurangnya Projek Desa kerayong Indah ini yang mana Kerajaan Negeri secara tidak langsung telah menjadi penjamin kepada projek tersebut bilamana Pejabat Tanah Kuala Selangor telah mengeluarkan surat tawaran pemilikan rumah secara bersyarat?

1 comment:
Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via financialserviceoffer876@gmail.com whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thank
Post a Comment