Kenaikan harga itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan untuk mengawal subsidi bagi menampung kenaikan petrol, diesel dan gas, yang dijangka berjumlah RM56 bilion tahun ini, katanya di sidang media di Putrajaya. [ Baca Lagi... ]
Inilah hadiah dan penghargaan kepada Hamba Rakyat yang 100% menyokong kepimpinan PM yang "tersohor" yang dibanggakan oleh pengampu-pengampu UmNO. Sejak PRU-12 yang lalu, rakyat semakin terhimpit dengan pelbagai kemelut yang tercetus seperti krisis makanan yang mencetuskan perbalahan dan pertikaian semua pihak termasuk krisis susu, tepung, gula, minyak masak dan yang terbarunya beras yang menjadi makanan utama rakyat Malaysia.
Sehari sebelum itu, PM dan Dato Shahrir berkata bahawa minyak tidak akan dinaikkan dalam masa yang terdekat dan menjangkakan kenaikan hanya berkuat-kuasa pada Ogos 2008 nanti. Tetapi hari ini, tak semena-mena PM dan Shahrir berbohong kepada rakyat apabila mengumumkan kenaikan secara tiba-tiba dan berkuat-kuasa pada 12:01 tengah malam 5 Jun 2008. Inilah contoh Islam Hadhari yang mereka perjuangkan dengan menonjolkan penipuan secara terang-terangan.
Manakala Akhbar pengampu UtusanM cuba mengalih tajuk berita dengan melaporkan pengguna masih meraih subsidi petrol, tetapi ditukar bentuk kepada rebat iaitu pemotongan terhadap cukai jalan kenderaan. Apa ni!!!! Toksah fikir lebih mendalam, macam mana dengan mereka yang tidak berkenderaan tetapi menggunakan petrol dan diesel seperti pemotong rumput, generator, pam air, mesin-mesin dan enjin-enjin, bengkel-bengkel kenderaan yang menggunakan petrol dan diesel dan macam-macam lagi industri.
Lihatlah nanti kesan-kesan yang bakal menyusul bilamana TNB telah diberikan kebenaran kenaikan tarif elektrik berkuatkuasa pada Julai 2008 ini, kenaikan resin (plastik), permintaan kenaikan tambang bas dan lain-lain lagi yang akan naik dan semakin naik... (Yang peliknya Selangor boleh beri air percuma kepada rakyat untuk 20 meter padu pertama)
Ekoran kenaikan harga bahanapi diperingkat antarabangsa bermakna Petronas juga meraih keuntungan berlipat kali ganda. Bukankan itu ada timbal balik kerana negara kita adalah pengeluar minyak tidak seperti Indonesia (telah tidak mengekspot minyak lagi), Singapura, Thailand dan lain-lain negara di Asia ini. Cuba tanya berapa harga minyak di negara-negara pengeluar minyak.... [Baca Lagi... ]
- Malaysia RM2.70
- Iran RM0.29
- Venezuela RM0.16
- Turkemenistan RM0.39
- Arab Saudi RM0.19
- Mesir RM0.81
Sehingga jam 11:59 malam ini (Rabu), deretan kenderaan masih kelihatan di stesen minyak sepertimana yang saya sendiri alami. Agaknya, warga Singapura tersenyum sendiri apabila menyaksikan fenomena dan ketaksuban rakyat Malaysia terhadap pemimpin mereka yang bergelar Perdana Menteri. Sekali umum, tiada siapa yang berani membantah...cakap belakang, boleh lah...Ingatkan warga Singapura yang merasai keperitan kenaikan kos bahanapi ini, tetapi yang menjadi mangsanya adalah rakyat sendiri.
Apakah kekalutan ini ada kena-mengena dengan PRU-12 atau isu Tun Dr Mahathir atau isu peralihan kuasa (DSAI) atau isu Pulau Batu Putih atau isu Sabah? Atau sememangnya pentadbiran PM terlalu lemah atau sememangnya UmNO semakin dayus dengan membiarkan rakyat semakin terhimpit sedangkan dalam masa yang sama mereka yang kaya semakin kaya. Marahkan nyamuk habis kelambu dibakar. Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan.
Artikel berkaitan :
Buletin Online
Cerita Disebalik Kenaikan Harga Minyakl
Minyak Naik Darahpun Naik
Minyak Naik - Hadiah Untuk Rakyat
No comments:
Post a Comment