Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Sunday, May 18, 2008

Laporkan Masalah Perumahan Kepada EXCO

Sinar Harian
Selangor, Sabtu 17 Mei 2008 - Orang ramai yang mempunyai masalah perumahan diminta menyalurkan aduan mereka secara bertulis kepada EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri. Ini adalah bagi memudahkan EXCO terbabit untuk meneliti serta mengkaji perkara tersebut dalam jangkamasa yang ada sekarang ini.

Pegawai Khas EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Sdr Khairuddin Othman berkata demikian ketika menghadiri majlis dialog bersama penduduk di perumahan PKNS Kampung Pasir.
Pihaknya memahami rakyat ternanti-nanti dengan tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah rumah terbengkalai dan sebagainya dan pihaknya sedang berusaha untuk menangani masalah rakyat ini.


"Kami mendapat tahu lebih 140 projek rumah terbengkalai di negeri ini malah akan CUBA MENCARI JALAN menyelesaikannya" - Khairuddin


Malahan EXCO (Iskandar) terbabit telahpun mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak terbabit termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Namun pihaknya belum mendapat jawapan yang konkrit berkaitan dengan masalah rakyat di negeri Selangor ini.

ULASAN:
Apa yang pasti bagi Projek Pemberimilikan Tanah Terancang Desa kerayong Indah, kami tetap akan meneruskan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah (TGKWPDKI). Walaupun ditakdirkan pihak Kerajaan Negeri (kepimpinan baru) enggan membantu menyelesaikan tuntutan, kami masih mempunyai saluran untuk memperjuangkan HAK iaitu penghakiman di Mahkamah.


2 comments:

pembeli desa 3 said...

macam mana nak jumpa dengan exco perumahan ni?

Mamat Chokia said...

Maklumang tentang EXCO Perumahan yang baru boleh didapati di http://chempaka21.blogspot.com/

Sekiranya Pembeli Desa 3 tidak memfailkan tuntutan di mahkamah, anda berhak untuk mengadakan pertemuan dengan beliau atas kapasiti sebagai pembeli rumah.

Sekiranya telah memfailkan tuntutan, anda disyorkan agar menghubungi Sdr Kamarol, Sdr Sabri, Sdr Azwan, Sdr Zul atau Sdri Kamariah ataupun pihak peguam untuk mendapatkan pandangan dan nasihat terlebih dahulu sebelum mengadakan pertemuan yang FORMAL.