
Selepas Selangor, Pulau Pinang melalui Timbalan Ketua Menterinya Mohammad Fairus Khairuddin telah melarang sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri pada tahun 2004 yang lalu. Beliau yang juga EXCO Hal-Ehwal Islam Pulau Pinang, berkata langkah negeri ini tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar. Islam Hadhari- JAKIM"konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam. Ajaran Islam sekarang sudah sempurna (seperti dinyatakan dalam al-Quran). Jadi, tidak perlu dibuat sebarang tokok tambah lagi," katanya lagi. [ Baca lagi ]
"Mana ada Islam hadhari, yang ada hadharah Islamiah (ketamadunan Islam). Kalau orang Arab datang ke Malaysia, dia pun tak faham maksudnya (Islam hadhari)" - Mohammad Fairus
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali sebelum itu berkata, semua masjid dan surau di Selangor diarah tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep Islam yang diperkenal sejak empat tahun lalu. Ajaran Islam yang sebenarnya akan disandarkan dan diamalkan untuk memerintah Selangor dan bukannya Islam Hadhari, katanya lagi semasa sessi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 26 Mei 2008 yang lalu. [ Baca lagi ]"Kita haramkan Islam hadhari di Selangor ini kerana Islam yang kita amalkan dulu dan hari ini tidak berubah dan sudah cukup" - Dr Hassan Ali
Artikel berkaitan :
Khalid: Bukan isu besar
Perak digesa ikut Selangor & Pulau Pinang
Teras alu-alukan hasrat Selangor tampilkan Islam sebenar
Undi Keputusan
Kelantan sudah lama tolak konsep Islam Hadhari
Khir Toyo marah haramkan Islam Hadhari





IPOH, 25 Mei 2008 -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan melaksanakan Dasar Perumahan Negara hanya selepas memperolehi maklum balas daripada orang ramai sehingga akhir tahun ini bagi mendapatkan input dalam merangka satu dasar yang lebih seimbang dan adil. Ini adalah bagi memastikan kepentingan pembeli rumah benar-benar dilindungi dan dalam masa yang sama tidak mahu dilihat sebagai terlalu banyak campur tangan kerajaan sehingga boleh 'melemaskan' industri perumahan negara serta pasaran bebas.


Kepimpinan negara secara jelas enggan mengakui bahawa kekurangan bukti, fakta kes dan kelemahan barisan Peguam yang berhujah telah menyebabkan kita kehilangan Pulau Batu Putih walaupun kedudukannya lebih hampir dengan Malaysia. Hanya dengan sepucuk surat yang ditulis oleh Pemangku Setiausaha Kerajaan negeri Johor bertarikh 21 September 1953 yang dianggap oleh Mahkamah sebagai bukti bahawa berlaku penyerahan kuasa dan kedaulatan terhadap pulau itu kepada Singapura. 
Alor Star, Kedah, Isnin 19 Mei 2008 - Mantan Perdana Menteri Malaysia yang pernah memegang tampuk pemerintahan selama hampir 22 tahun, hari ini secara rasmi mengumumkan
Mengulas perkara yang sama, Ahli Majlis Tertinggi UmNO (MT), Dato' Shahrir Samad juga tidak menolak kemungkinan akan adanya pilihanraya umum dalam masa terdekat sekiranya berlaku perubahan secara besar-besaran yang mana ramai Ahli Parlimen tampil menyahut seruan Dr Mahathir itu dengan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen. Barisan Nasional yang akan kehilangan mandat tiada pilihan selain memohon perkenan SPB Agung untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum bagi mengelakkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan sekiranya Ahli Parlimen menyertai Pakatan Rakyat.
Blogger dapat merasakan bahawa kebangkitan semula Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam arena politik tanahair selepas dipenjarakan selama 8 tahun telah banyak merubah senario politik tanahair dan yang paling kuat merasai tempiasnya adalah UmNO sendiri. Kerana UmNO (baru) hari ini ternyata tidak dapat membantu orang-orang Melayu sepertimana apa yang kita semua alami ekoran kegagalan Projek Pemilikan Tanah Terancang Desa Kerayong Indah ini.
Pegawai Khas EXCO Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Negeri, Sdr Khairuddin Othman berkata demikian ketika menghadiri majlis dialog bersama penduduk di perumahan PKNS Kampung Pasir. 

Kegagalan Pemaju dan Kerajaan Negeri Selangor menjaga kebajikan dan kepentingan pembeli telah mendorong pembeli-pembeli mengadakan demo di hadapan pintu masuk Bangunan SUK pada tahun 2006 yang lalu. Namun ianya langsung tidak dapat membuka pintu hati dan keperihatinan Kerajaan Negeri untuk mambantu pembeli-pembeli yang menagih simpati disebabkan kesengsaraan yang semakin mendesak terutamanya bagi mereka yang masih belum memiliki rumah kediaman sendiri. Ditambah pula dengan hutang dan tunggakan dengan pihak bank pembiaya.
Kemudiannya, pembeli yang marah dan kecewa telah mengadakan 
Kerajaan Selangor diberitakan akan berunding dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta pihak bank bagi menyelesaikan masalah pembeli yang terbabit di dalam projek rumah terbengkalai di Selangor ini (rujuk Sinar Harian Selasa 13 Mei 2008)
Kenyataan EXCO Iskandar Abdul Samad ini langsung tidak boleh dikaitkan dengan kes Projek Pembesaran Kampong Desa Kerayong Indah ini, kerana sejarah keujudan projek ini sejak dari awal telah terjerumus kearah kepentingan politik untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari individu dan pihak yang berkepentingan sendiri daripada membantu rakyat Selangor berketurunan Melayu 100% ini untuk memiliki rumah kediaman yang sempurna dengan wang sendiri di atas Tanah Rezab Melayu ini.
Pemaju seolah-olah dilayan sebagai anak emas, apabila mereka telah GAGAL untuk memfailkan Pembelaan yang kemudiannya diberitakan telah diminta agar hadir ke mahkamah pada hari yang sepatutnya kami semua mendapatkan 

Peguam Wan Shahrizal yang mewakili pembeli telah masuk ke Kamar Hakim Dato' Mariana Binti Hj. Yahya bersama dengan Peguam Yusman yang mewakili Bumi Circle dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Selangor Aimi Hajar Binti Dato' Mohd Ridzwan tepat jam 10:09 pagi di Mahkamah Tinggi 1.





