Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Friday, May 16, 2008

Rumah Terbengkalai-Sama Tapi Berbeza Layanan




Utusan Malaysia
Puchong 14 Mei 2008 - Jawatankuasa Bertindak Pembeli-Pembeli Perumahan Terbengkalai Taman Puncak Jalil Fasa 10A, Taman Saujana Puchong 9, Taman Lestari Permai, Taman Lestari Puchong, Taman Lestari Perdana dan Bandar Saujana Putra kini boleh sedikit tersenyum lebar apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Hamzah Zainudin campur tangan dengan menganjurkan mesyuarat di pejabatnya di Pusat Bandar Damansara Isnin lalu.



"Saya mengambil inisiatif sebab projek ini telah begitu lama terbengkalai. Menteri (Datuk Seri Ong Ka Chuan) arahkan saya untuk melihat dan mengambil inisiatif selesaikan dan memberi kebaikan kepada semua pihak" - Dato' Hamzah


Sebelum itu, kumpulan pembeli ini telah mengadakan Pertemuan dengan Timbalan Ketua Pengarah Perumahan, Dr G Parameswaran di bilik mesyuarat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan mendapat maklum balas yang positif bagi merealisasikan impian mereka untuk memiliki rumah kediaman sendiri.

Ini berbeza dengan Projek Pemilikan Tanah Terancang bagi Pembesaran Kampong di Desa kerayong Indah di dalam DUN JERAM, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan yang mana melibatkan penganugerahan tanah (sebenarnya tanah tersebut perlu dibeli) oleh Kerajaan Negeri Selangor yang bermula pada 1997 yang lalu bilamana Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah mengeluarkan brosur tentang projek ini. Projek yang bernilai melebihi RM100 juta ini dan menempatkan lebih 1100 buah rumah khas untuk 100% Bumiputera Melayu sepatutnya siap pada tahun 2002 seperti yang termaktub di dalam Perjanjian.

Kegagalan Pemaju dan Kerajaan Negeri Selangor menjaga kebajikan dan kepentingan pembeli telah mendorong pembeli-pembeli mengadakan demo di hadapan pintu masuk Bangunan SUK pada tahun 2006 yang lalu. Namun ianya langsung tidak dapat membuka pintu hati dan keperihatinan Kerajaan Negeri untuk mambantu pembeli-pembeli yang menagih simpati disebabkan kesengsaraan yang semakin mendesak terutamanya bagi mereka yang masih belum memiliki rumah kediaman sendiri. Ditambah pula dengan hutang dan tunggakan dengan pihak bank pembiaya.

Kemudiannya, pembeli yang marah dan kecewa telah mengadakan Protes semasa Penamaan Calon Pilihanraya PRU-12 pada 24 Februari 2008 yang lalu di hadapan Stadium Tertutup Kuala Selangor dengan harapan pihak-pihak yang sepatutnya berusaha untuk membantu pembeli akan tampil untuk menyelesaikan masalah rumah terbengkalai ini.

Namun ianya langsung tidak mendorong mereka untuk membantu. Malahan pembeli disogokkan dengan Majlis Taklimat yang diadakan di Kampus Induk UNISEL untuk mengabui mata pembeli agar memilih mereka lagi di dalam PRU-12 itu.

Inilah bezanya diantara Pembeli-pembeli yang 100% berketurunan Melayu di atas Tanah Rezab Melayu, Berkontraktor Melayu dan berpemimpin Melayu yang langsung tidak tidak mahu ambil kesah dengan kesusahan rakyat dengan Pembeli di kawasan eklusif ini.

Projek perumahan Desa Kerayong Indah ini telah terbengkalai sejak 6 tahun yang lalu sedangkan jika dibandingkan dengan Projek Perumahan di kawasan eklusif yang mana ada yang baru 2 atau 3 tahun sahaja terbengkalai telahpun diambil perhatian oleh KPKT terutamanya menteri yang terlibat.

"Malahan pihak Menteri telah bersetuju dan memaklumkan di dalam pasca kabinet untuk bahawa perumahan terbengkalai di kawasan ini akan segera diambil tindakan" - Dato' Hamzah


Di Selangor pula, Projek Kerajaan Negeri ini ternyata bukan sahaja GAGAL untuk disiapkan, malahan EXCOnya pula seolah-olah bermain tarik tali dengan pembeli untuk mengelak daripada dibebankan dengan masalah yang mereka sendiri cari sejak menggondolkan kawasan bukit yang merupakan tadahan air semulajadi anugerah Allah SWT.

2 comments:

Anonymous said...

boleh ke kerajaan baru tolong selesaikan masalah ini? apa berkembangan terbaru? kalau menang kat mahkamah boleh dapat duit ke? ada apa-apa harapan ke? tak boleh ke buat laporan BPR atau polis kerana pecah amanah atau tipu?

Mamat Chokia said...

1. Kita tidak pasti samada kerajaan baru ini boleh menolong untuk menyelesaikan masalah kita. Yang pasti, Kerajaan terdahulu tidak berbuat apa2 melainkan menunggu untuk tempoh dan hadmasa berakhir pada Jun 2008. Then buyers will have no more rights.

2. Perkembangan terbaru seperti yang dimaklumkan di dalam blog ini.

3. Kalau menang dgn Kerajaan Negeri di mahkamah, pasti akan dapat duit tsbt. Kerajaan Negeri tidak akan bankrap.

4. Harapan? Tentulah ada...sebab tu kita failkan tuntutan ini. Then what are the other choice do we have?

5. Laporan ke BPR akan dilakukan jika ianya dibuktikan di mahkamah nanti.