

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, pihaknya memandang serius perkara ini kerana ianya telah berlarutan sejak sekian lama. KPKT mempunyai kuasa untuk merampas mana-mana projek yang telah terbengkalai dan menyerahkannya kepada pihak ketiga tanpa merujuk kepada Menteri Kewangan. Namun tiada satupun projek yang dirampas oleh KPKT diberikan kepada pihak ketiga yang mampu melaksanakannya.
Tambahnya lagi, terdapat pemaju lain yang ingin meneruskan projek terbengkalai ini dengan membelinya daripada pemaju yang telah muflis. Namun pemaju baru menghadapi masalah kerana adanya cukai tertunggak daripada pemaju terdahulu yang perlu dijelaskan kepada pihak bank pembiaya.

Penilaian yang dibuat adalah berdasarkan kepada :-
- Projek diilhamkan oleh Jawatankuasa kemajuan dan keselamatan Kampong (JKKK). Siapa mereka?
- Sejarah keujudan syarikat Pemaju Kontraktor) yang bermodalkan RM2 untuk memajukan projek bernilai lebih RM100 juta.
- Pemilihan lot-lot tanah yang dikhaskan untuk VIP
- Pembeli dikenakan RM8 sekaki persegi tanah yang kononnya untuk kemudahan prasarana, sedangkan ianya adalah Projek Pemberimilikan Tanah Terancang yang perlu mendapat kelulusan EXCO Negeri. Pada hakikatnya wang sebanyak RM32,000 (4,000 kaki persegi) ini telah diserapkan ke dalam nilaian harga rumah yang terlalu tinggi pada masa itu. Dengan jumlah RM32,000 pada tahun 1999, pembeli sebenarnya mampu memiliki tanah seluas 20,000 kaki persegi.
- Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi sendiri tidak meluluskan pembinaan Individual Septic Tank (tangki najis) yang pasti akan mencemarkan alam sekitar.
- Pengambilalihan Projek oleh Pemaju baru tidak mendapat persetujuan daripada pembeli sendiri.
- Pihak Pemaju telah membuat tuntutan bayaran yang mana tidak setara dengan kerja-kerja yang dilakukan. Malahan adalah pembeli yang telah membayar (melalui bank) hampir 90~95% , sedangkan tiang rumah masih belum tertegak lagi.
- Pembeli digula-gulakan dengan janji-janji menjelang PRU-12
- Dan lain-lain lagi....
Kami telah lama menanggung kesusahan sejak 1999 lagi bilamasa terpaksa mengeluarkan wang dari keringat sendiri demi untuk memiliki sebuah kediaman yang sempurna. Bayaran ansuran kepada pihak bank menjangkau sehingga RM1200 sebulan membuatkan sebilangan pembeli telah diburu oleh pihak bank melalui tindakan saman. "Black List" memang telah tercatat sejak projek ini gagal disiapkan pada 2002 yang lalu. Malahan ada pembeli yang telahpun "kehilangan" wang sebanyak RM100,000 daripada wang saku sendiri.
Manakala dipihak JKKK, Pejabat Tanah, Kerajaan Negeri Selangor (terdahulu) dan Kontraktor seolah-olah membisu walaupun telah banyak mesyuarat demi mesyuarat diadakan dengan mereka. Namun bayangan rumah yang kami semua harapkan tidak kesampaian sehinggalah tindakan saman pemula difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24 April 2007 yang lalu. EXCO terdahulu pernah mengeluarkan kenyataan di dalam salah satu media ternama supaya kami semua menyaman mereka.

Pihak Pemaju masih lagi boleh tersenyum lebar walaupun masih belum memfailkan Pembelaan di Mahkamah, sedangkan kami yang telah memfailkan tuntutan lebih dari 1 tahun ini terpaksa menjalani hari-hari yang mendatang dengan bebanan yang semakin menghimpit biarpun berteduh di bawah Negeri Selangor yang Maju dan Makmur ini.
Apakah ini semua yang dikatakan keadilan? Kami tidak mahu nanti gajah sama gajah bertempur, pelanduk yang tersepit ditengah-tengah.
Tranung Kite
No2UmNO
1 comment:
Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via financialserviceoffer876@gmail.com whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thank
Post a Comment