
Kes tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah telah memasuki fasa bilamana YA Hakim telah memerintahkan peguam kita untuk mendatangkan kepada mahkamah seramai 10 orang saksi.
Oleh yang demikian, kerjasama daripada rakan-rakan pembeli Desa Kerayong Indah untuk tampil secara sukarela menjadi saksi seterusnya mengesahkan kepada mahkamah berkenaan dengan tuntutan gantirugi (saman) ini.
YA Hakim ingin memastikan sendiri penjelasan daripada Plaintif (Pembeli Desa Kerayong Indah) mengenai hal yang berkaitan dengan tuntutan saman ini. Latihan sebagai saksi akan diberikan oleh peguam.
YA Hakim seterusnya akan membuat justifikasi samada kita perlu menjalani perbicaraan atau memutuskan kemenangan berpihak kepada kita.
Rakan-rakan yang sukarela untuk menjadi saksi diminta memberikan butiran kepada J/Kuasa tuntutan dengan seberapa segera :-
1. Nama penuh
2. No. telefon
Saksi-saksi ini diminta untuk menghadirkan diri ke mahkamah pada tarikh yang telah ditetapkan seperti berikut :-
Tarikh : 25hb. November 2013 (Isnin)
Masa : 9:00 pagi
Lokasi : Mahkamah Tinggi Shah Alam
untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan yang menjadi saksi nanti. InsyaAllah, pihak Media juga dijangkakan akan berada di sana pada hari tersebut.
Facebook Desa Kerayong Indah ... disini
Facebook Forum berkenaan ... disini
Hubungi Jawatan Kuasa Tuntutan ... di sini
Email terus kepada Admin ... di sini























Dalam masa yang sama dan sepertimana yang telah dipersetujui sebelum ini melalui surat peguam, bagi Fasa 1 Penyelesaian (Pembeli yang Membuat Tuntutan Gantirugi), Pihak Pemaju dijangka akan mengadakan perbincangan dengan pihak bank dan pemberi pinjaman bagi pembeli/pemilik yang berkenaan untuk tujuan Penyelesaian Pinjaman.
Manakala bagi pembeli yang membuat pilihan untuk meneruskan pemilikan rumah Desa Kerayong Indah ini, pihak pemaju akan memberikan makluman terperinci berkenaan semua perkara-perkara yang berkaitan dengan pembinaan rumah tersebut. Pemakluman juga akan dibuat di dalam laman blog ini bertujuan untuk memudahkan pembeli mendapatkan informasi berkenaan dengan progres pembinaan rumah mereka.



Tanpa rumah, hutang dan tunggakan dengan pihak bank dan pemberi pinjaman yang bukan sedikit, malahan melebihi RM100,000.00 (mengambil kira kes wang yang telah dikeluarkan oleh penulis/admin). Tindakan saman oleh pihak bank/pembiaya dan ada diantara kita yang telah dijatuhi hukuman muflis. Malahan anda diantara kita yang belum sempat mendiami rumah impian, telah melalui pelbagai dugaan seperti perpisahan dunia dan lebih malang lagi terpaksa berpisah dengan insan yang tersayang yang telah pergi menemui Ilahi.






Pada PRU ke 12 yang lalu, kebanyakan pemilik/pembeli Desa Kerayong Indah telah bersependapat bahawa laungan Pakatan Rakyat meraih undi dan simpati pada ketika itu akan dapat membantu mereka untuk penyelesaian terhadap tuntutan saman dan juga merealisasikan impian untuk memiliki rumah di negeri Selangor ini.
Yang amat menyedihkan ialah ramai diantara pemilik/pembeli perumahan Desa Kerayong Indah ini yang telah meninggal dunia sebelum sempat merasai nikmat mendiami rumah sendiri. Bukan itu sahaja, bagi pembeli yang masih hidup, saban masa mereka diburu oleh pihak bank yang membuat tuntutan bayaran pinjaman sedangkan rumah yang dijanjikan masih tidak kelihatan. Ramai juga yang telah berjaya di mufliskan ekoran dari kegagalan membuat bayaran pinjaman.







