Panggilan Akhir (SAMAN DI MAHKAMAH)

Sila ambil perhatian kepada tentang tarikh akhir kepada pembeli-pembeli yang masih belum memfailkan Tuntutan agar segera berbuat demikian bagi mengelakkan daripada ketinggalan untuk membuat Tuntutan Gantirugi. Tiada apa yang dapat dilakukan lagi sekiranya anda tidak memfailkannya di dalam tempoh yang telah ditetapkan apatahlagi jika Tempoh dan Hadmasa telah berakhir.

Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Tuesday, June 12, 2012

Perutusan Khas dan Doa Desa Kerayong Indah.


13hb. Jun 2012 : Mesyuarat Desa Kerayong Indah
14hb. Jun 2012 : Mesyuarat MTES (Majlis Tindakan Ekonomi Selangor)

Mohon kepada semua warga Desa Kerayong Indah (samada yang membuat tuntutan gantirugi atau tidak) agar dapat merendahkan diri dengan penuh keikhlasan membaca perutusan khas ini.

Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.




Seterusnya bacalah Doa di bawah ini (secara perlahan).

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami Pemilik dan Pembeli Rumah Desa Wawasan Desa Kerayong Indah Mukim Jeram Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan yang telah mengalami kesusahan dan kesengsaraan akibat rumah yang sepatutnya dapat memberikan tempat berlindung kepada isteri dan/atau anak-anak kami serta keluarga kami telah terbengkalai sejak lebih 13 tahun yang lalu.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,
Kami merasa amat sedih, susah hati dan berdukacita akibat dari kelewatan MB Selangor, Wakil-Wakil Rakyat Selangor serta Pegawai-Pegawai Kerajaan Selangor di dalam memberikan KELULUSAN untuk meneruskan membaik pulih Projek Rumah Terbengkalai ini bagi membolehkan kami mendiami rumah sendiri atau menerima tuntutan gantirugi bagi menyelesaikan semua permasalahan yang kami terpaksa tanggung sejak sekian lama.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,
Pada ketika dan saat ini, kami bermunajat kepadaMu memohon keampunanMu dan keredhaanMu.

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim,
Sekiranya MB Selangor, Wakil-Wakil Rakyat Selangor dan/serta Pegawai-Pegawai Kerajaan Selangor dengan SENGAJA melengah-lengah Projek Membaik Pulih Rumah Terbengkalai Desa Wawasan Desa Kerayong Indah ini dengan niat dan memberikan kebaikan kepada kami semua, maka kami mohon kepadaMu Ya Allah agar melimpahkan rahmat dan nikmat kepada
mereka berserta ahli keluarga mereka semua sebagai balasan melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas mereka.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Sekiranya MB Selangor, Wakil-Wakil Rakyat Selangor serta Pegawai-Pegawai Kerajaan Selangor dengan SENGAJA melengah-lengah Projek Membaik Pulih Rumah Terbengkalai Desa Wawasan Desa Kerayong Indah ini dengan niat dan tujuan yang TIDAK BAIK yang datang dari perasaan irihati, ego, tamak haloba dan kekotoran hati mereka, maka kami mohon kepadaMu, Ya Allah agar memberikan balasan yang setimpal dengan kezaliman yang mereka lakukan sebagaimana balasan dan azab yang ditimpakan ke atas pemimpin-pemimpin dan mereka-mereka yang telah terdahulu.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui akan segala kesusahan dan kesengsaraan yang kami alami selama ini.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim,
Kami memohon kepadaMu, bantulah kami keluar dari segala kesusahan yang sedang kami alami ketika ini.



Amin Ya Rabbal 'Alamin.

No comments: