
Perenggan 7 menyatakan bahawa Pembeli akan dikenakan Denda Lewat 10% sekiranya GAGAL menyerahkan Baki Kontrak (baki yang belum dilepaskan oleh Pembiaya@progress payment) kepada Kontraktor Baru dan dikira secara harian.

Pernyataan 9(a) menyatakan Kontraktor Baru akan menyiapkan rumah tersebut dalam masa 30 bulan (2 1/2 tahun) daripada tarikh penyambungan kerja-kerja pembinaan rumah tersebut. Ini bermaksud :-
- Sekiranya Perjanjian baru ditandatangani pada Disember 2007, ianya bukanlah satu kemestian rumah tersebut disiapkan selewat-lewatnya pada Jun 2010 kerana ianya bergantung kepada tarikh permulaan penyambungan kerja dilakukan oleh Kontraktor Baru. Andainya Kontraktor Baru lewat memulakan kerja, maka tarikh siap akan menjadi lewat dan tertunda lebih lama lagi.
- Kita menjangkakan jika ianya GAGAL disiapkan juga pada Jun 2010 nanti, maka Pembeli juga akan hilang HAK dan KELAYAKAN untuk membuat tuntutan terhadap apa juga pembayaran yang telah dibuat kepada Bumi Circle kerana ianya telah melepasi Tempoh dan Hadmasa yang sah dari segi perundangan. Bayangkan apa akan terjadi kepada Pembeli yang telah membuat pembayaran sehingga 95% kepada Bumi Circle? Sedangkan Kontraktor Baru hanya akan bertanggung jawab terhadap baki 5% sahaja seperti yang termaktub di dalam Perjanjian baru ini. Dalam masa yang sama, hutang dengan pihak Pembiaya (Bank) mesti dijelaskan, jika tidak, status muflis akan menjadi milik Pembeli apabila pihak Pembiaya membuat tuntutan undang-undang di mahkamah bagi mendapatkan semula wang yang telah dikeluarkan oleh Pembiaya. Bak kata pepatah, terlepas mulut harimau, masuk pula mulut buaya.
- Kita melihat ada sesuatu yang lebih besar yang tidak lebih dari gimik p*********a sahaja. Kalau mereka benar-benar ikhlas, mengapa tidak dari 2002 lagi apabila rumah tersebut telah menampakkan tanda-tanda kegagalan oleh Bumi Circle? Ini...kan Projek Perumahan Rakyat dari Rezab Melayu untuk Orang Melayu. Mengapa YB kita langsung tidak turun menjengok? Susah sangat ke nak bantu bangsa sendiri? Kita akan paparkan jaminan bertulis daripada YB semasa mempromosikan Projek ini pada 1998 yang lalu di dalam episod yang akan datang. Tunggu....
Harga rumah : RM128,000.00
Jumlah Pinjaman dengan Bank = RM115,200.00
Bank telah bayar kepada Bumi Circle 95% = RM109,440.00
Baki yang belum dilepaskan oleh Bank 5% = RM 5,760.00
Jumlah lewat siap (6 bulan) = 182 hari (sehingga Disember 2010).
Denda Lewat dibayar oleh Kontraktor = (182 x RM5,760)/365 x 5% = RM143.00
Sekarang Kita bandingkan pula dengan Sewaan Rumah yang terpaksa kita tanggung sejak 2002 :-
Sewaan bulanan = RM500.00
Jangkamasa sewaan dari Jan 2003 hingga Disember 2010 = 8 tahun = 96 bulan
Jumlah sewaan yang kena bayar = RM500 x 96 bulan = RM48,000.00
Jika dicampur Harga Rumah RM128,000.00 dengan Sewaan Rumah yang terpaksa kita tanggung, maka jumlah yang terpaksa kita keluarkan untuk mendapatkan rumah tersebut ialah RM176,000.00 iaitu peningkatan sebanyak 38% daripada harga rumah yang sebenarnya.
Siapa sebenarnya yang untung? Yang pasti Bumi Circle akan Selamat walaupun terpaksa gulung tikar, Kontraktor Baru hanya perlu Membayar Sedikit sahaja (itupun kalau pembeli failkan tuntutan di mahkamah) dan Kerajaan Negeri akan Terlepas Bebanan dan Tanggungjawab manakala mereka-mereka yang terlibat di dalam Projek ini akan Tidur Lena.
Itupun kalau rumah tersebut berjaya disiapkan. Bagaimana kalau rumah tersebut GAGAL disiapkan oleh Kontraktor Baru? Lihatlah apa yang terjadi dengan Projek Perumahan Tmn Senawang Jaya yang telah menunggu hampir 24 tahun tetapi masih belum menampakkan hasilnya. Siapa sebenarnya yang akan menanggung kerugian yang berlipat kali ganda ini? Risiko sebenilah yang akan ditanggung oleh Pembeli demi untuk mendapatkan sebuah kediaman yang sempurna di bumi Selangor ini.
Inilah diantara sebab-sebab utama mengapa kita memfailkan Tuntutan Gantirugi dan kembalikan Wang Pembeli Desa kerayong Indah ini. Apa yang kita perjuangkan senenarnya adalah HAK kita.
NOTA PENTING :-
- Pembeli/pembiaya lewat bayar progress payment, denda = 10%
- Kontraktor lewat siapkan rumah, denda LAD = 5%
- Rumah akan disiapkan dalam masa 30 bulan = sehingga Jun 2010
- Luputnya Tempoh dan Hadmasa = seawal Jun 2008
- Pembeli terus membayar sewaan rumah = RM48,000.00
...bersambung ke Siri-4
Wassalam
Blogger.













Kita melihat peraturan yang ada amatlah longgar bilamana Pengarah-Pengarah Syarikat yang terlibat di dalam Projek Terbengkalai ini masih lagi boleh tersenyum lebar walaupun projek tersebut gagal disiapkan sepertimana yang telah dijanjikan sedangkan golongan pembeli seperti kita ini terpaksa berhadapan dengan tindakan saman pemula daripada pihak pembiaya kerana gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanan atau sekurang-kurangnya nama kita disenarai-hitamkan daripada memohon apa-apa pinjaman daripada mana-mana pembiaya lain di Malaysia ini. Keadilan dan kesaksamaan inilah yang sepatutnya diperjuangkan oleh mereka-mereka yang telah diamanahkan dan mempunyai kuasa.
Kalau dahulu Tun Abd Razak begitu prihatin dengan nasib orang Melayu dengan mengujudkan FELDA yang mana orang-orang Melayu boleh memiliki rumah, tanah dan ladang untuk diusahakan secara percuma dan secara tidak langsung ianya telah mengangkat ekonomi dan martabat orang-orang Melayu dengan lebih tinggi lagi. Tetapi sekarang, jauh berbeza yang mana untuk memiliki rumah dan tanah seluas 4,000 kaki persegi, kita terpaksa menyediakan wang sehingga ratusan ribu ringgit, malahan itu juga bukanlah sebagai satu jaminan bahawa wang yang telah kita keluarkan selama ini akan menjelmakan sebuah rumah idaman setelah delapan tahun masa berlalu sejak 1999 lagi.
Saya tidak tahu kenapa mereka seolah-olah memekak telinga tentang isu perumahan terbengkalai yang melibatkan Projek Pembesaran kampung ini yang 100% melibatkan kaum Melayu seperti kita. Apabila ditanyakan kepada pemimpin-pemimpin yang bertanggung jawab, pelbagai alasan yang diberikan seperti "saya tidak tahu", "Ini bidang kuasa jabatan ...bla...bla.." dan jawapan yang paling murahan diberikan oleh mereka adalah "kita akan siasat".
Datuk Seri Najib Razak ketika berucap merasmikan serentak persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, pelaburan terpenting sesebuah keluarga Melayu bukan sekadar memiliki tanah, rumah dan kereta besar, tetapi memastikan anak cucu menguasai ilmu dan berjaya dalam pendidikan setinggi mungkin.
Persidangan dan usul-usul yang dibangkit sehingga ke hari ini lebih menjurus kepada isu-isu semasa yang langsung tidak menyentuh soal pokok bagaimana untuk membina masyarakat Melayu yang kuat dan mampu menyaingi bangsa-bangsa lain. Kekuatan orang Melayu pada dasarnya bermula dari rumah sendiri. Tanpa rumah dan kediaman yang sempurna, maka orang Melayu pasti akan semakin terpinggir di dalam arus kemodenan hari ini.
Bukanlah kita untuk mendakwa dan menghukum Kerajaan Negeri Selangor, tetapi apa yang kita tuntut ini adalah hak kita sendiri setelah berpenat lelah mengeluarkan puluhan ribu ringgit malahan ada yang telah mencecah ratusan ribu ringgit, semata-mata untuk memiliki sebuah rumah di atas Tanah Rezab Melayu. Kita telah berusaha dan memberikan cukup ruang dan masa untuk Kerajaan Negeri mengawasi dan memastikan
Pembeli-pembeli yang telah memfailkan tuntutan di mahkamah, tetapi masih meneruskan pembayaran kepada pihak bank atau pembiaya samada secara tunai ataupun potongan gaji berjadual, maka permohonan boleh dimajukan kepada pihak bank atau pembiaya untuk tujuan mendapatkan pengurangan kadar faedah semasa. Tahniah kepada anda kerana masih mematuhi perjanjian pinjaman walaupun terpaksa bersusah payah menjelaskan ansuran pinjaman tersebut pada setiap bulan.
Bagi pembeli yang ingin mengelakkan sebarang masalah seperti "senarai hitam" (black-list) kerana ketidakupayaan untuk meneruskan pembayaran ansuran bulanan yangmana ianya akan menyebabkan kesukaran kepada pembeli DKI ini untuk mendapatkan pinjaman lain daripada mana-mana institusi kewangan, maka boleh juga membuat pengeluaran daripada wang simpanan KWSP bagi tujuan tersebut.










