
Perhimpunan Agung UMNO bagi tahun 2007 baru sahaja bermula pada Hari Isnin 5 November 2007 yang lalu dengan di hadiri oleh 2,522 perwakilan dari 190 bahagian. Seperti kebiasaan ramai perwakilan membahaskan usul-usul menarik yang mewakili bahagian masing-masing.

Banyak yang kita dengar tentang tentang istilah dan perjuangan yang diketengahkan seperti "bangsa angkasa" yang didefinasikan oleh TPM iaitu bangsa yang sentiasa mempunyai impian tertinggi dan memiliki tamadun yang hebat untuk cemerlang dalam persaingan global. Bangsa kita yang sekian lama berkampung di hulu dan membumi di darat, perlu menerokai proses pengantarabangsaan dan pengangkasaan.
Katanya lagi, "budaya wiraswasta", iaitu bijak dan berkebolehan dalam mengusahakan perniagaan secara profesional serta karier sebagai usahawan, mesti dipupuk sejak di bangku sekolah lagi bagi meningkatkan ekonomi Melayu.
Tambah beliau lagi, masyarakat perlu memerangi jenayah dan saling ambil peduli kesengsaraan orang lain demi memastikan ketenteraman awam.

Kita kesal kerana Projek yang bernilai ratusan juta ringgit ini yang dimulakan dari orang Melayu untuk orang Melayu, di atas tanah rezab Melayu dengan Kontraktornya adalah Melayu, tetapi tidak mampu untuk membantu seramai hampir 1300 pembeli rumah yang kalau kita andaikan setiap isirumah mempunyai 5 penghuni (suami, isteri dan sekurang-kurangnya 3 orang anak), maka jumlah orang Melayu yang bakal menduduki Desa Kerayong Indah akan mencecah sehingga 6500 orang.
Kesempatan inilah yang GAGAL diambil peduli oleh pemimpin untuk membela nasib orang-orang Melayu di negeri dan negara sendiri sehingga kita terpaksa berjuang membawa kes tuntutan gantirugi ini ke mahkamah untuk diadili.
Apa yang amat kita kesalkan ada kalangan yang bergelar pemimpin tanpa segan silu pernah mengeluarkan kata-kata pada satu ketika dahulu supaya kita membawa kes ini ke mahkamah sekiranya tidak berpuashati. Malahan ianya disiarkan di salah sebuah rangkaian televisyen dan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia.

Pelbagai mesyuarat dan perjumpaan telah diadakan, malahan tanpa pengetahuan rasmi kita satu Kontraktor baru telah dilantik untuk mengambil-alih projek tersebut daripada Kontraktor lama. Apa yang kita bimbangi adalah tempoh dan hadmasa yang yang akan berakhir seawal Jun 2008 nanti yang mana secara automatiknya akan melenyapkan hak kita untuk membuat tuntutan.
Pengalaman daripada orang-orang yang terdahulu mengajar kita untuk lebih berhati-hati dan berjuang menuntut keadilan supaya wang kita dikembalikan bagi membolehkan kita mencari rumah kediaman baru tanpa perlu memikirkan apa kesudahan dengan Projek Desa Kerayong Indah ini.
Kita mengharapkan Perhimpunan Agung UMNO 2007 ini akan setidak-tidaknya mengambil peduli akan isu-isu orang Melayu yang terlibat di dalam Projek-projek rumah terbengkalai seperti Desa Kerayong Indah ini. Kita tidak mahu, masih ada orang-orang Melayu yang masih tidak memiliki rumah kediaman yang sempurna sedangkan dalam masa yang sama mereka sama-sama menabur bakti memajukan negeri dan negara yang tercinta ini. Tanpa rumah kediaman sendiri, bagaimana harus kita membina tamadun dan bangsa yang kuat dalam mengharungi masa-masa yang akan datang?
Wassalam
Blogger.
1 comment:
Saya menyokong penuh komen Blogger di atas rencana ini. Kita pun hairan, walaupun mereka gah melaung-laungkan membela bangsa Melayu; kita pembeli Melayu Desa Kerayong Indah(?) masih terkotak-katik dan terhegeh-hegeh nak mendapatkan rumah kita, yang hak bagi kita. Saya berharap mereka dalam Kerajaan ini lihat lah masalah-masalah ini sebelum nasi menjadi bubur pulak. Perkara kecil-kecil beginilah harus mereka perhatikan. Maskayro
Post a Comment