Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Wednesday, August 22, 2007

Pembelaan D1-D2

Assalamualaikum,

Perkembangan Pembelaan oleh Defendan 1 dan Defendan 2 sila rujuk disini


Wassalam.
Blogger.


Sunday, August 19, 2007

Pembelaan oleh Defendan 1 dan 2

Assalamualaikum,

InsyaAllah, Kita akan memaklumkan tentang perkembangan Pembelaan oleh Pihak Defendan 1 dan Defendan 2 di dalam masa sehari dua ini.

Seperti yang telah kita maklumkan sebelum ini, kita telahpun mengatur perancangan rapi terhadap tindakan yang akan kita lakukan demi untuk mengembalikan segala kerugian yang telah kita alami selama ini.

Apa yang diharapkan agar semua Pembeli Desa Kerayong Indah yang telahpun memfailkan tuntutan ini agar dapat bersama-sama dengan kita untuk menjayakan tuntutan ini atau sekurang-kurangnya dapat bersabar dengan tempoh masa yang diperlukan untuk kita mendapatkan kembali wang yang telah dilaburkan terhadap Projek Desa Kerayong Indah ini. InsyaAllah dengan IzinNYA, kita akan beroleh kejayaan sepertimana yang kita semua harapkan.

Wassalam.
Blogger.
19hb. Ogos 2007


Tuntutan Kumpulan 4

Assalamualaikum,

InsyaAllah, Kumpulan ke 4 dijangka akan memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam, Selangor, di dalam masa yang terdekat ini.

Pada masa sekarang, pihak Peguam sedang di dalam proses mengemaskinikan sejumlah dokumen tuntutan pembeli yang telahpun diserahkan ke Pejabat Peguam kita sebelum ini.

Oleh itu kita meminta kepada Pembeli yang ingin turut serta di dalam Kumpulan 4 ini agar menyegerakan penyediaan Dokumen-Dokumen Tuntutan yang diperlukan. Sila Klik disini untuk maklumat lanjut. Sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah berkenaan dengan tuntutan yang ingin dilakukan ini, bolehlah menghubungi kami untuk keterangan lanjut.

Wassalam.
Blogger.
19hb. Ogos 2007


Tuesday, August 14, 2007

Ucapan Takziah - Kemalangan Bas di Taiping


Semalam 13hb. Ogos 2007 kira-kira jam 4:40 pagi, negara dikejutkan dengan tragedi yang menyayatkan hati dan yang terburuk di dalam sejarah nahas jalanraya bila mana sebuah bas ekspress yang di dalam perjalanan dari Melaka ke Alor Star terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping, Perak Darul Ridzuan.

Seramai 20 orang telah disahkan maut di tempat kejadian manakala 9 orang lagi cedera di dalam kemalangan yang melibatkan bas milik Syarikat Kenderaan Bukit Gantang Sdn. Bhd. tersebut.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kita ingin merakamkan ucapan TAKZIAH kepada keluarga mangsa-mangsa yang terlibat. Marilah kita sama-masa sedekahkah Al-Fatihah kepada Allahyarham dan Allahyarhamah semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan di tempatkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Wassalam
Blogger.


Monday, August 13, 2007

Failkan Tuntutan vs Tunggu dan Lihat

Assalamualaikum,

Kita ingin menyeru kepada Pembeli-Pembeli yang belum memfailkan Tuntutan Gantirugi dan kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini agar tidak lagi mengambil sikap tunggu dan lihat kerana kes tuntutan kita ini telahpun menghampiri fasa yang akhir.

Seruan ini bukanlah semata-mata datangnya dari kita yang telah memfailkan tuntutan ini sahaja, malahan daripada "pihak yang tertentu" yang ingin melihat lebih ramai lagi Pembeli DKI mendapat apa yang mereka tuntut melalui saluran undang-undang.

Apa yang dikhuatirkan sekiranya anda masih lagi ingin melihat terlebih dahulu apakah keputusan yang akan diperolehi oleh Pembeli-Pembeli yang telah memfailkan tuntutan ini, samada berjaya mendapatkan kembali HAK mereka atau sebaliknya, samada melalui keputusan mahkamah atau sebaliknya, maka adalah dikhuatiri anda akan tergolong di dalam kategori yang terlewat.

Sekiranya ini berlaku, kita sebenarnya tidak dapat menjanjikan apa-apa kepada Pembeli yang tidak memfailkan tuntutan ini sekiranya keputusan yang bakal diambil oleh pihak Defendan-Defendan di dalam masa yang terdekat ini berpihak kepada kita, memandangkan telah ada tanda-tanda yang positif ke arah itu.

Berfikirlah dengan semasak-masaknya. Untuk apa ditunggu sesuatu yang kita sendiri belum pasti apakah rumah DKI itu yang pada suatu ketika dahulu menjadi rumah idaman kita semua akan berdiri megah di puncak bukit, semegah pelancarannya.

Untuk apa kita berterusan "Tunggu dan Lihat" seolah-olah menanti sesuatu keajaiban yang bukan tangan kita sendiri yang mengerjakannya? Mereka bukanlah segolongan 10 belia yang lantang diperkatakan oleh Pak Sukarno untuk meratakan tapak kediaman kita di puncak Bukit Kerayong. Kita sebenarnya tak lain hanya seorang rakyat yang terlalu mengharapkan ketelusan dan kejujuran mereka untuk menyediakan sebuah kediaman yang sempurna sepertimana yang terkandung di dalam Perjanjian Pembinaan tersebut.

Lantaran daripada kegagalan mereka mengotakan apa yang telah dipersetujui sebelum ini, maka adalah menjadi HAK kita untuk menuntut segala kerugian yang kita alami selama ini.

Marilah...wahai rakan-rakan sekalian, kesempatan sedikit masa yang ada ini, pergunakankanlah dengan sebaik-baiknya. Berfikirlah dengan semasak-masaknya kerana "Berfikir Itu Ibu Segala Penyelesaian"

Seperti yang telah kita perkatakan dahulu, "Jangan pula nanti bila telah ada segolongan yang beroleh kejayaan dan kemenangan, maka segolongan yang lain akan menyesali diri".

Marilah kita bersama-sama menuntut HAK kita.
Sila hubungi kami untuk keterangan lanjut bagaimana untuk menyertai tuntutan ini.

Wassalam
Blogger.


Friday, August 10, 2007

Update Terkini - 10hb. Ogos 2007

Assalamualaikum,

Tarikh akhir Memfailkan Pembelaan oleh Defendan 1 dan Defendan 2 iaitu Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor berakhir pada 6hb. Ogos 2007 (Isnin) yang lalu.

Maklumat lanjut tentang Pembelaan mereka boleh di dapati disini

Wassalam.
Blogger.


Saturday, August 4, 2007

Pembelaan Defendan

Assalamualaikum,

InsyaAllah Defendan Pertama (Kerajaan Negeri Selangor) dan Defendan Kedua (Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor) dijangka akan memfailkan Pembelaan mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada atau selewat-lewatnya 6hb. Ogos 2007 (Isnin) nanti.


Oleh itu kita akan bersabar menunggu sehingga ke tarikh tersebut untuk melihat dan meneliti apakah isi kandungan pembelaan mereka berhubung dengan kes tuntutan kita ini. Sebelum itu, kita telah membenarkan perlanjutan tempoh masa memfailkan pembelaan daripada 14 hari kepada 2 bulan ini setelah pihak Defendan membuat permohonan dan rayuan secara rasmi kepada kita melalui Penasihat Undang-Undang mereka dengan alasan tempoh masa perundangan selama 14 hari tersebut tidak mencukupi bagi mereka untuk menyediakan kesemua dokumentasi pembelaan yang melibatkan banyak jabatan yang berkaitan.

Sekiranya ada pembelaan difailkan pada atau sebelum tarikh tersebut, maka dari segi perundangan, kita akan ada mempunyai hak untuk menjawab kembali segala butiran pembelaan mereka melalui Peguam yang telah kita lantik.

Jika sekiranya, Defendan Pertama dan Kedua GAGAL memfailkan Pembelaan mereka pada atau sebelum tarikh tersebut, maka kita akan meneruskan proses berikutnya iaitu Penghakiman Engkar Pembelaan yang mana kita akan mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat penghakiman dalam masa yang terdekat ini.

Sebenarnya kita mengamalkan sikap tolak-ansur dan bersabar di dalam menangani kes tuntutan ini walaupun kita di pihak yang mengalami kerugian lantaran KEGAGALAN mereka menunaikan apa yang sepatutnya mereka laksanakan seperti yang telah termaktub di dalam Surat Tawaran tersebut.

Apa yang kita tuntut ini sebenarnya adalah HAK kita sendiri sebagai seorang individu dan rakyat yang mana HAK kita senantiasa dilindungi oleh undang-undang negara. Mudah-mudahan tuntutan kita ini akan beroleh kejayaan sepertimana yang diharapkan oleh semua pembeli yang terlibat.

Wassalam.
Blogger.


Wednesday, August 1, 2007

Afidavit Sokongan K1-BC

Assalamualaikum,

Pada 27hb Julai 2007 (Jumaat) bersamaan dengan 12hb. Rejab 1428H yang lalu Peguam telah memfailkan Afidavit Sokongan yang diperlukan (disyaratkan) untuk menyokong Tuntutan Penghakiman terhadap Bumi Circle Sdn. Bhd. di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Maklumat dan penjelasan lanjut berhubung dengan isi kandungan afidavit tersebut boleh didapati disini

Wassalam.
Blogger.


Monday, July 16, 2007

Pembelaan oleh Defendan

Assalamualaikum

Untuk pengetahuan semua Pembeli yang terlibat, pada masa ini kes Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah telah memasuki fasa Pembelaan oleh pihak Defendan-Defendan. Maklumat lanjut sila klik disini

Wassalam
Blogger
(16hb. Julai 2007)



Tuesday, July 10, 2007

Renungan dan Peringatan

Assalamualaikum

Pemberitahuan ini adalah sebagai peringatan berkenaan dengan Tempoh dan Had Masa yang perlu diketahui oleh Pembeli-Pembeli samada yang telahpun atau belum memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini. Adalah perlu untuk kita memahami dengan jelas HAK-HAK yang masih lagi ada walaupun harapan untuk memiliki sebuah kediaman yang sempurna telah hilang di telan waktu.

3 tahun (36 bulan) : Penyerahan Milikan Kosong oleh Bumi Circle Sdn. Bhd.
6 tahun : Tempoh dan Had Masa (perundangan) Perjanjian tamat.

  • Penyerahan Milikan Kosong rumah adalah 3 tahun (36 bulan) selepas menandatangani Perjanjian Pembinaan dengan Bumi Circle Sdn. Bhd.
  • Tempoh untuk mengambil tindakan undang-undang bermula dari hari pertama KEGAGALAN Pemaju menyiapkan rumah sehingga tempoh maksimum 6 tahun.
  • Sebarang Tuntutan Gantirugi tidak lagi boleh dilakukan melalui mana-mana tindakan undang-undang sekiranya anda tidak memfailkan Tuntutan Gantirugi terhadap pemaju setelah melepasi Had Masa 6 tahun ini.
  • Perjanjian Pembinaan yang telah ditanda tangani dengan Bumi Circle Sdn. Bhd. akan terbatal dengan sendirinya apabila telah melepasi Tempoh dan Had Masa ini.
Sekian harap maklum.

Wassalam
Blogger.



Sunday, July 8, 2007

Update 8hb Julai 2007

Assalamualaikum
Alhamdulillah, pada ketika ini proses Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini berjalan dengan lancar walaupun ada beberapa masalah kecil yang di hadapi oleh beberapa orang pembeli yang belum memfailkan tuntutan ini. Namun ianya telahpun diselesaikan dengan bantuan daripada peguam kita.

Kita bersyukur kerana Kumpulan Ke-3 yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi mereka pada 29hb. Jun 2007 telahpun memperolehi "Seal Copy" yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 6hb. Julai 2007. Jangkamasa pengeluaran "Seal Copy" bagi Kumpulan-3 iaitu selama 7 hari ini adalah lebih singkat berbanding dengan Kumpulan-1 (37 hari) dan Kumpulan-2 (15 hari). InsyaAllah, Peguam dijangka akan menyerahkan Writ Saman Kumpulan-3 kepada pihak Defendan-Defendan pada minggu ke-2 bulan Julai 2007 ini.

Bagi Proses Tuntutan Kumpulan-1, Peguam kita telahpun selesai menyiapkan dokumentasi untuk membolehkan Kumpulan-1 ini terus mendapatkan Judgement (penghakiman) terhadap salah satu Defendan.

Wassalam
Blogger.



Monday, July 2, 2007

Failkan Saman Kumpulan 4

Assalamualaikum
Bermula daripada 1hb. Julai 2007 ini, pengumpulan dokumen-dokumen tuntutan bagi Kumpulan Ke-4 sedang giat dijalankan bagi memberi peluang kepada Pembeli-Pembeli yang tidak berkesempatan untuk menyertai Kumpulan 1, 2 dan 3 yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini.

Kepada Pembeli-Pembeli rumah Desa Kerayong Indah yang masih belum memfailkan tuntutan mereka dan ingin berbuat demikian, anda adalah sangat dialu-alukan untuk menyertai Kumpulan yang telahpun memfailkan tuntutan mereka di mahkamah. Oleh itu, anda diminta segera menyediakan dokumen tuntutan yang diperlukan serta menyerahkannya kepada Peguam yang telah kita lantik bagi membolehkan Tuntutan Gantirugi anda difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam secepat yang mungkin.

Seperti yang telah kita maklumkan sebelum ini, ruang dan peluang untuk turut serta memfailkan Tuntutan Gantirugi ini masih terbuka luas kepada semua Pembeli-Pembeli Desa Kerayong Indah selagi kes kita ini belum diputuskan oleh mahkamah atau selagimana tempoh dan hadmasa yang sah untuk tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang telah gagal menyiapkan rumah kita itu belum berakhir. Lihatlah dan fikirkanlah dengan semasak-masaknya dengan mata hati kita sendiri untuk menilai apa yang telah kita lalui selama hampir 8 tahun ini masih mampu untuk kita sekadar melihat orang lain terlebih dahulu mengharunginya sebelum kita bertindak menyusurinya di belakang.

Marilah kita bersama-sama bergerak beriringan dengan satu kekuatan dan keyakinan akan apa yang kita tuntut ini adalah HAK kita sendiri. Kita telah melihat, bahawa harapan dan peluang untuk mendapatkan kembali HAK kita itu, InsyaAllah akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Alhamdulillah, pada masa sekarang perjalanan Tuntutan Gantirugi ini berjalan dengan lancar sepertimana yang kita harapkan sebelum ini di mana ianya sedang memasuki tahap PEMBELAAN oleh pihak defendan dan di satu pihak lagi sedang di dalam proses akhir judgement.
Maklumat lanjut boleh di dapati disini

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi kami.

Wassalam
Blogger.