Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Saturday, August 4, 2007

Pembelaan Defendan

Assalamualaikum,

InsyaAllah Defendan Pertama (Kerajaan Negeri Selangor) dan Defendan Kedua (Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Selangor) dijangka akan memfailkan Pembelaan mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan pada atau selewat-lewatnya 6hb. Ogos 2007 (Isnin) nanti.


Oleh itu kita akan bersabar menunggu sehingga ke tarikh tersebut untuk melihat dan meneliti apakah isi kandungan pembelaan mereka berhubung dengan kes tuntutan kita ini. Sebelum itu, kita telah membenarkan perlanjutan tempoh masa memfailkan pembelaan daripada 14 hari kepada 2 bulan ini setelah pihak Defendan membuat permohonan dan rayuan secara rasmi kepada kita melalui Penasihat Undang-Undang mereka dengan alasan tempoh masa perundangan selama 14 hari tersebut tidak mencukupi bagi mereka untuk menyediakan kesemua dokumentasi pembelaan yang melibatkan banyak jabatan yang berkaitan.

Sekiranya ada pembelaan difailkan pada atau sebelum tarikh tersebut, maka dari segi perundangan, kita akan ada mempunyai hak untuk menjawab kembali segala butiran pembelaan mereka melalui Peguam yang telah kita lantik.

Jika sekiranya, Defendan Pertama dan Kedua GAGAL memfailkan Pembelaan mereka pada atau sebelum tarikh tersebut, maka kita akan meneruskan proses berikutnya iaitu Penghakiman Engkar Pembelaan yang mana kita akan mempunyai peluang yang cerah untuk mendapat penghakiman dalam masa yang terdekat ini.

Sebenarnya kita mengamalkan sikap tolak-ansur dan bersabar di dalam menangani kes tuntutan ini walaupun kita di pihak yang mengalami kerugian lantaran KEGAGALAN mereka menunaikan apa yang sepatutnya mereka laksanakan seperti yang telah termaktub di dalam Surat Tawaran tersebut.

Apa yang kita tuntut ini sebenarnya adalah HAK kita sendiri sebagai seorang individu dan rakyat yang mana HAK kita senantiasa dilindungi oleh undang-undang negara. Mudah-mudahan tuntutan kita ini akan beroleh kejayaan sepertimana yang diharapkan oleh semua pembeli yang terlibat.

Wassalam.
Blogger.

1 comment:

financialserviceoffer said...

Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via financialserviceoffer876@gmail.com whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thank