
Pra-Bicara yang telah berlangsung pada pagi tadi Khamis 19 Jun 2008 di Kamar Hakim, Mahkamah Tinggi (Sivil) 2, Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan berjalan dengan lancar.
Peguam Wan Shahrizal yang mewakili pembeli telah masuk ke Kamar Hakim Dato' Alizatul Khair Bte Osman Khairuddin bersama dengan Peguam Yusman yang mewakili Bumi Circle dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Selangor Puan Aimi Hajar Binti Dato' Mohd Ridzwan tepat jam 10:50 pagi di Mahkamah Tinggi (Sivil) 2.
Bumi Circle yang masih lagi belum memfailkan Pembelaan seperti yang diminta oleh YA Hakim semasa tuntutan mendapatkan JID pada 5 Mac 2008 yang lalu, telah diarahkan sekali lagi oleh YA Hakim untuk memfailkan Pembelaan mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah di dalam tempoh 14 hari daripada tarikh hari ini. Walaupun kita amat kesal dengan kelewatan Bumi Circle memfailkan Pembelaan ini, namun peraturan mahkamah yang membenarkan penangguhan ini terpaksa diterima juga.Setelah meneliti segala dokumen dan penghujahan semua pihak, maka YA Hakim Dato' Alizatul telah menetapkan tarikh untuk Menetapkan Sebutan Kes bagi Pembeli Kumpulan-1 ini adalah pada Rabu 5 November 2008 nanti.
Walaubagaimanapun, sebelum itu, pihak Defendan Bumi Circle telah memfailkan pembelaan mereka terhadap Pembeli Kumpulan 2 dan Kumpulan 3 yang mana tarikh bagi menetapkan Sebutan Kes adalah pada 5 Ogos 2008 di Mahkamah Tinggi (Sivil) 1 nanti.
InsyaAllah, saya akan upload maklumat pembelaan Defendan Bumi Circle sedikit masa lagi di dalam laman "blog khas" untuk pengetahuan semua pembeli yang terlibat.





KUALA LUMPUR 14 Jun 2008 -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengadakan perbincangan dengan pihak bank agar kadar faedah yang dikenakan kepada pembeli rumah yang projeknya terbengkalai dapat dikurangkan. Timbalan Menteri berkenaan Datuk Hamzah Zainudin berkata langkah itu bagi mengurangkan beban pembeli rumah yang terpaksa menanggung pembayaran walaupun projek perumahan itu masih tergendala.
Lawatan ke Taman Lestari Permai turut dihadiri sekurang-kurangnya 150 pembeli rumah projek perumahan itu, yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila projek yang dijadual siap sepenuhnya pada 2006 masih terbengkalai. Sementara itu, Hamzah berkata kementerian akan mengetatkan lagi akta-akta yang terkandung di dalam Dasar Perumahan Negara (DPN) untuk mengelakkan berlakunya projek perumahan terbengkalai. "Apabila perkara itu mendapat persetujuan dari semua pihak yang terlibat dalam industri perumahan, ia akan kita (kementerian) kemukakan kepada jemaah menteri akhir tahun ini," katanya. 
Pembeli-pembeli Projek Pemberimilikan Tanah Terancang dan Projek Perumahan Desa Kerayong Indah adalah diingatkan untuk KALI TERAKHIR bahawa
Kumpulan ke-6 ini merupakan 

Putrajaya 4 Jun 2008 - Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan senarai harga baru bagi Petrol dengan pertambahan besar dari RM1.92 sekarang kepada RM2.70. Sementara harga minyak diesel pula naik daripada RM1.58 kepada RM2.58 berkuatkuasa mulai tengah malam ini. Kenaikan sebanyak 41 peratus bagi petrol dan 63.3 peratus bagi diesel.
Juga kepada Dr 

