Adakah anda BERSETUJU laman blog ini dihadkan hanya kepada Pembeli DKI yang memfailkan Tuntutan Saman sahaja?
- Bersetuju : 45 %
- Tidak Bersetuju : 55 %
Daripada keputusan di atas, ramai dikalangan Pembeli-Pembeli yang melayari laman Blog ini tidak bersetuju supaya ianya dihadkan hanya kepada Pembeli yang telah memfailkan tuntutan sahaja. Oleh kerana itu, maka kita telah membuat keputusan iaitu Laman Blog ini akan KEKAL FREE AKSES. Sesiapa juga bebas untuk melayarinya tanpa apa-apa halangan.
Bukanlah niat kita untuk merahsiakan apa juga perkembangan yang berlaku di dalam proses Tuntutan Gantirugi ini, namun disebabkan Tuntutan Gantirugi ini telah difailkan di Mahkamah dan telahpun memasuki fasa PEMBELAAN, maka ada maklumat-maklumat yang bersifat "confidential" yang tidak dapat dihebahkan secara terbuka kerana dikhuatiri ianya akan mengganggu proses tuntutan dan perbicaraan mahkamah nanti.
Namun begitu adalah menjadi HAK bagi setiap Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi ini untuk mengetahui perkembangan-perkembangan terkini yang sedang dan dijangkakan akan berlaku di masa hadapan. Oleh itu, kita telah memutuskan bahawa kesemua maklumat-maklumat yang bersifat "confidential" ini memerlukan "permission/invited" untuk membukanya dan HANYA Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi ini SAHAJA akan diberi "permission/invited" tersebut. Sila klik disini untuk mengetahui dan panduan memohon "invited" daripada Blogger.
Adalah diharapkan semua Pembeli-Pembeli DKI terutamanya kepada mereka yang Tidak Memfailkan Tuntutan ini agar dapat memahami dengan jelas mengapa kita tidak dapat menghebahkan secara terbuka maklumat-maklumat yang bersifat "confidential" ini.
Sekiranya Pembeli-Pembeli yang Tidak Memfailkan Tuntutan Gantirugi ini ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang maklumat tersebut, bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan penjelasan dan pemberitahuan dari masa ke semasa.
Wassalam
Blogger




Alhamdulillah, Dengan izin Allah s.w.t. , pada hari ini 15hb. Jun 2007 (Jumaat), kita telah menerima "Seal Copy" yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Kumpulan 2 yang terdiri daripada seramai 40 orang Pembeli ini telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah pada 31hb. Mei 2007 yang lalu melalui Peguam kita.
Sebagai panduan untuk semua Pembeli-Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah, di bawah ini adalah proses Undang-Undang yang akan dilalui sebelum berlangsungnya Perbicaraan yang sebenarnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. InsyaAllah, kita mengharapkan Kes Tuntutan ini akan berjalan dengan lancar sepertimana yang kita semua harapkan demi untuk mengembalikan semula HAK kita sebagai Pembeli.


