
Walau terdapat sedikit masalah kecil dari segi teknikal berhubung dengan isi kandungan berkenaan dengan kebenaran mengambilalih projek Desa Kerayong Indah ini, namun pihak pemaju telah memaklumkan bahawa masalah ini akan diselesaikan dengan seberapa segera bersama pihak Majlis Daerah Kuala Selangor yang dikatakan akan memberikan surat Kebenaran Merancang dalam masa yang terdekat ini.
Pihak Pemaju dijangka akan mula memasuki tapak projek dalam masa yang terdekat untuk menyediakan kemudahan infrastruktur terlebih dahulu.
Panggilan TerakhirPembeli/Pemilik Desa Kerayong Indah yang MASIH BELUM membuat apa-apa tindakan samada Meneruskan Pemilikan Rumah atau Membuat Tuntutan Gantirugi agar SEGERA mendaftarkan dan memberikan butiran mereka untuk direkodkan dan memudahkan urusan pihak peguam untuk tindakan susulan.
Pilihan 1 : Menyerahkan Pemilikan dan Membuat Tuntutan Gantirugi
Dalam masa yang sama dan sepertimana yang telah dipersetujui sebelum ini melalui surat peguam, bagi Fasa 1 Penyelesaian (Pembeli yang Membuat Tuntutan Gantirugi), Pihak Pemaju dijangka akan mengadakan perbincangan dengan pihak bank dan pemberi pinjaman bagi pembeli/pemilik yang berkenaan untuk tujuan Penyelesaian Pinjaman.Selepas daripada Penyelesaian Fasa 1 ini, maka Fasa 2 akan diteruskan untuk menentukan jumlah gantirugi/pampasan yang akan diperolehi oleh setiap pembeli yang membuat tuntutan gantirugi.
Pilihan 2 : Meneruskan Pemilikan Rumah
Manakala bagi pembeli yang membuat pilihan untuk meneruskan pemilikan rumah Desa Kerayong Indah ini, pihak pemaju akan memberikan makluman terperinci berkenaan semua perkara-perkara yang berkaitan dengan pembinaan rumah tersebut. Pemakluman juga akan dibuat di dalam laman blog ini bertujuan untuk memudahkan pembeli mendapatkan informasi berkenaan dengan progres pembinaan rumah mereka.
Oleh yang demikian, kita juga akan mencadangkan kepada pembeli yang ingin meneruskan pemilikan rumah ini agar dapat bersama dengan Peguam kita bagi memastikan proses pemilikan dan membaikpulih rumah terbengkalai ini berjalan dengan lancar serta akan dapat meminimakan penambahan kos menyiapkan rumah mereka.

Sila berikan butiran dan maklumat yang diperlukan di bawah ini :-
Contoh :-

PILIHAN DESA KERAYONG INDAH (sila nyatakan) :
1. Menyerahkan Hartanah & Membuat Tuntutan Gantirugi, atau
2. Meneruskan Pemilikan Rumah bersama Pemaju Baru
Maklumat Pemilik/Pembeli
Nama Penuh Pemilik/Pemilik Bersama :
No. Kad Pengenalan Pemilik/Pemilik Bersama :
Alamat Surat Menyurat :
Nombor Telefon :
Email (jika ada) :
Maklumat Desa Kerayong Indah
Nombor Lot Rumah/Tanah (No. PT) :
Nombor Fasa/Desa :
Jenis Rumah :
Nama Bank & Cawangan (Pinjaman) :
Semua maklumat yang diperlukan diatas hendaklah disalurkan ke :-
email : romatech@streamyx.com dan/atau desakerayongindah@gmail.com
sms : 019-226 2125 (Sdr. Kamarol)
Sebarang pertanyaan berkenaan dengan butiran yang diperlukan ini, boleh menghubungi J/Kuasa Tuntutan.
InsyaAllah, semua urusan Tuntutan Penyelesaian di Luar Mahkamah ini akan diseliakan oleh Peguam kita bagi memastikan semua proses berjalan dengan lancar dalam mengembalikan HAK-HAK kita sebagai pembeli. Kita juga akan berusaha untuk memastikan setiap dari kita akan memperolehi kebaikan dan manafaat hasil daripada penyelesaian ini.
NOTA : Semua pembeli Desa Kerayong Indah akan dikehendaki untuk menandatangani borang/surat pengesahan terima tawaran/penyelesaian melalui peguam yang dilantik pada satu masa yang akan ditetapkan nanti.
Wassalam
Desa Kerayong Indah





Tanpa rumah, hutang dan tunggakan dengan pihak bank dan pemberi pinjaman yang bukan sedikit, malahan melebihi RM100,000.00 (mengambil kira kes wang yang telah dikeluarkan oleh penulis/admin). Tindakan saman oleh pihak bank/pembiaya dan ada diantara kita yang telah dijatuhi hukuman muflis. Malahan anda diantara kita yang belum sempat mendiami rumah impian, telah melalui pelbagai dugaan seperti perpisahan dunia dan lebih malang lagi terpaksa berpisah dengan insan yang tersayang yang telah pergi menemui Ilahi.






Pada PRU ke 12 yang lalu, kebanyakan pemilik/pembeli Desa Kerayong Indah telah bersependapat bahawa laungan Pakatan Rakyat meraih undi dan simpati pada ketika itu akan dapat membantu mereka untuk penyelesaian terhadap tuntutan saman dan juga merealisasikan impian untuk memiliki rumah di negeri Selangor ini.
Yang amat menyedihkan ialah ramai diantara pemilik/pembeli perumahan Desa Kerayong Indah ini yang telah meninggal dunia sebelum sempat merasai nikmat mendiami rumah sendiri. Bukan itu sahaja, bagi pembeli yang masih hidup, saban masa mereka diburu oleh pihak bank yang membuat tuntutan bayaran pinjaman sedangkan rumah yang dijanjikan masih tidak kelihatan. Ramai juga yang telah berjaya di mufliskan ekoran dari kegagalan membuat bayaran pinjaman.








Pemaju (Baru) yang dimaksudkan adalah Nusa Development Sdn Bhd yang bekerjasama dengan
Tn Haji Ibrahim Md Salleh yang mewakili Pihak Pemaju (baru) telah memberi penerangan berkenaan pengambilalihan Projek Pemulihan Desa Kerayong Indah ini daripada Probil Industri Sdn Bhd. Pemaju (baru) telah mendapat perkenan dan kelulusan daripada agensi-agensi Kerajaan negeri Selangor untuk projek memulihkan Desa Kerayong Indah yang termasuk di dalam kategori "tenat". Namun begitu terdapat satu agensi yang masih 

