Sebanyak 22 buah Institusi Bank dan Pemberi Pinjaman telah menerima surat pemakluman daripada peguam mengenai perbincangan penyelesaian pinjaman yang akan dilakukan oleh pihak Pemaju (Baru).
Oleh yang demikian, semua pembeli yang terlibat di dalam tuntutan gantirugi, diminta untuk memaklumkan kepada pihak bank (jika dihubungi oleh pihak bank) tentang penyelesaian pinjaman yang akan dibuat oleh Pemaju (Baru). Ini bagi memastikan bahawa mereka tidak dikenakan tindakan tuntutan termasuk saman daripada bank yang berkenaan.
Berikut adalah surat peguam kepada pihak bank/pemberi pinjaman. (Kepala Surat dan tandatangan peguam tidak dipamerkan atas sebab keselamatan/penyalahgunaan)






















Dalam masa yang sama dan sepertimana yang telah dipersetujui sebelum ini melalui surat peguam, bagi Fasa 1 Penyelesaian (Pembeli yang Membuat Tuntutan Gantirugi), Pihak Pemaju dijangka akan mengadakan perbincangan dengan pihak bank dan pemberi pinjaman bagi pembeli/pemilik yang berkenaan untuk tujuan Penyelesaian Pinjaman.
Manakala bagi pembeli yang membuat pilihan untuk meneruskan pemilikan rumah Desa Kerayong Indah ini, pihak pemaju akan memberikan makluman terperinci berkenaan semua perkara-perkara yang berkaitan dengan pembinaan rumah tersebut. Pemakluman juga akan dibuat di dalam laman blog ini bertujuan untuk memudahkan pembeli mendapatkan informasi berkenaan dengan progres pembinaan rumah mereka.



Tanpa rumah, hutang dan tunggakan dengan pihak bank dan pemberi pinjaman yang bukan sedikit, malahan melebihi RM100,000.00 (mengambil kira kes wang yang telah dikeluarkan oleh penulis/admin). Tindakan saman oleh pihak bank/pembiaya dan ada diantara kita yang telah dijatuhi hukuman muflis. Malahan anda diantara kita yang belum sempat mendiami rumah impian, telah melalui pelbagai dugaan seperti perpisahan dunia dan lebih malang lagi terpaksa berpisah dengan insan yang tersayang yang telah pergi menemui Ilahi.






Pada PRU ke 12 yang lalu, kebanyakan pemilik/pembeli Desa Kerayong Indah telah bersependapat bahawa laungan Pakatan Rakyat meraih undi dan simpati pada ketika itu akan dapat membantu mereka untuk penyelesaian terhadap tuntutan saman dan juga merealisasikan impian untuk memiliki rumah di negeri Selangor ini.
Yang amat menyedihkan ialah ramai diantara pemilik/pembeli perumahan Desa Kerayong Indah ini yang telah meninggal dunia sebelum sempat merasai nikmat mendiami rumah sendiri. Bukan itu sahaja, bagi pembeli yang masih hidup, saban masa mereka diburu oleh pihak bank yang membuat tuntutan bayaran pinjaman sedangkan rumah yang dijanjikan masih tidak kelihatan. Ramai juga yang telah berjaya di mufliskan ekoran dari kegagalan membuat bayaran pinjaman.








