
Pra-Bicara yang telah ditetapkan pada Isnin 5 May 2008 ini akan berjalan seperti yang dijadualkan di dalam kes Tuntutan Gantirugi dan kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah di hadapan Yang Arif Hakim di Mahkamah Tinggi 1, Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Ini melibatkan writ-writ saman MT1-21-114-2007 dan MT1-21-139-2007 seperti yang telah dikeluarkan oleh pihak Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Sehubungan dengan itu, kita meminta kesemua pembeli yang telah memfailkan mahupun belum memfailkan tuntutan gantirugi agar dapat hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada jam 9:00 pagi Isnin 5 May 2008 nanti bagi mendengar seterusnya mengetahui perkembangan terhadap kes yang pertama kalinya akan disebut di hadapan Yang Arif Hakim.
Kehadiran lebih ramai pembeli diharap akan dapat memberikan kekuatan kepada kita semua untuk terus menuntut agar hak kita dikembalikan semula. Kita juga menjangkakan satu kejutan akan berlaku pada Pra-Bicara tersebut. InsyAllah.






Semalam 9 April 2008, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri, Ronnie Liu memaklumkan bahawa semua kes tindakan undang-undang kerajaan negeri Selangor tehadap individu di Selangor akan digugurkan.
Malahan kita difahamkan juga bahawa pihak kontraktor yang telah menyebabkan projek perumahan untuk rakyat tersebut terbengkalai telah memasuki kes semasa kita membuat permohonan untuk mendapatkan Penghakiman Dalam Kamar pada 5 Mac 2005, 3 hari sebelum PRU-12, seolah-olah cuba menafikan hak pembeli untuk mendapatkan penghakiman tersebut setelah kegagalan mereka memfailkan kehadiran dan juga pembelaan di mahkamah.
Mantan Menteri Besar Selangor Dato' Seri Mohamad Khir Toyo di dalam kenyataan memberitahu bahawa
Sementara itu, MB Selangor Tan Sri Abdul Khalid di dalam kenyataannya memaklumkan bahawa siasatan akan dan telahpun dijalankan bagi mengenalpasti jika terdapatnya unsur-unsur penyelewengan dan individu mahupun pihak luar. Hasil siasatan akan diumumkan pada 

