Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Thursday, June 7, 2012

Desa Kerayong Indah : Sokongan Membawa Rebah II


Projek Membaikpulih rumah terbengkalai Desa Wawasan Desa Kerayong Indah Mukim Jeram Kuala Selangor, Selangor nampaknya masih tidak dapat direalisasikan biarpun Pilihan Raya Umum ke 13 semakin hampir hanya disebabkan oleh karenah Menteri Besar Selangor.

Projek yang diideakan oleh JKKK Bukit Kerayong dan dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Dato Seri Abu Hassan Omar pada 1999 yang lalu telah disahkan telah terbengkalai oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) pada tahun 2003. Ini berikutan Kontraktor asal yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor, Bumi Circle Sdn Bhd telah gagal menyiapkan projek tersebut yang mengandungi lebih daripada 1,000 unit rumah kediaman termasuk rumah kedai.

Sebilangan besar Pemilik dan Pembeli Desa Kerayong Indah yang merasakan telah tertipu dengan kelewatan penyerahan unit kediaman tersebut telah memfailkan tuntutan saman meminta gantirugi dan pengembalian wang terhadap kerajaan negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional, Pejabat Tanah Kuala Selangor dan Kontraktor Bumi Circle Sdn Bhd pada May 2007. Ini juga bagi memastikan bahawa hak pemilik/pembeli tidak termansuh bila mana Tempoh dan Hadmasa melepasi 6 tahun dari tempoh yang dibenarkan oleh undang-undang

Pada PRU ke 12 yang lalu, kebanyakan pemilik/pembeli Desa Kerayong Indah telah bersependapat bahawa laungan Pakatan Rakyat meraih undi dan simpati pada ketika itu akan dapat membantu mereka untuk penyelesaian terhadap tuntutan saman dan juga merealisasikan impian untuk memiliki rumah di negeri Selangor ini.

Namun sebaliknya berlaku bilamana Pakatan Rakyat memenangi PRU12 pada 2008 lalu yang dipimpin oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid telah GAGAL menunaikan janji walaupun mereka sibuk mencanangkan di seluruh negara tentang Rumah Mampu Milik dan dalam masa yang sama langsung tidak mengendahkan perumahan Desa Kerayong Indah ini.

Yang amat menyedihkan ialah ramai diantara pemilik/pembeli perumahan Desa Kerayong Indah ini yang telah meninggal dunia sebelum sempat merasai nikmat mendiami rumah sendiri. Bukan itu sahaja, bagi pembeli yang masih hidup, saban masa mereka diburu oleh pihak bank yang membuat tuntutan bayaran pinjaman sedangkan rumah yang dijanjikan masih tidak kelihatan. Ramai juga yang telah berjaya di mufliskan ekoran dari kegagalan membuat bayaran pinjaman.

Pelbagai usaha telah dijalankan termasuk yang terkini mempersembahkan surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor bagi menggesa LPHS dan Kerajaan Negeri menyegerakan pemberian locus kepada Pemaju Baru yang telah bersedia pada bila-bila masa untuk melunaskan pembayaran pampasan kepada pemilik/pembeli yang membuat tuntutan gantirugi.

Namun begitu, Menteri Besar Selangor, yang pada ketika ini masih ENGGAN memberikan kelulusan (locus) walaupun pihak LPHS, Pejabat Tanah, Majlis Daerah dan agensi lain telahpun memberikan lampu hijau bahawa projek membaikpulih rumah terbengkalai ini boleh diteruskan bersama dengan Pemaju Baru.

Persoalan yang timbul bilamana Menteri Besar Selangor ENGGAN memberikan locus kepada Pemaju Baru adalah berkemungkinan disebabkan oleh :-

  • Karenah politik diantara parti yang mana DUN Jeram dan Parlimen Kuala Selang or adalah di bawah wakil parti PAS yang mana beberapa ketika dahulu YB Dato Dr Hassan Ali pernah bertelingkah dengan MB Selangor.
  • Desa Kerayong Indah adalah 100% Melayu Islam. Oleh yang demikian, berkemungkinan MB Selangor berpendapat bahawa orang Melayu mudah ditipu atau dipermainkan berulangkali.
  • Projek membaikpulih rumah terbengkalai ini tidak terdapat unsur korupsi. Oleh yang demikian, tiada sesiapa samada Pegawai Kerajaan Negeri atau EXCO yang mendapat imbuhan. Oleh yang demikian, maka mereka-mereka yang terlibat di dalam memberikan kelulusan enggan berbuat demikian atau sengaja melengah-lengahkan masa bagi memaksa Pemaju Baru memberikan imbuhan kepada mereka.


Jawatankuasa Task Force Selangor yang diperkenalkan pada tahun 2008 yang lalu langsung tidak memainkan peranan, sekadar menubuhkan Jawatan Kuasa yang kemudian membuat tuntutan bayaran kerja kepada Perbendaharaan Negeri Selangor yang kemudian Jawatankuasa ini sebenar tidak disahkan keujudkannya.

Malahan EXCO perumahan telah GAGAL atau langsung tidak melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya, malahan menyalahkan pemilik/pembeli Desa Kerayong Indah.

Jika inilah kaedah dan cara yang diamalkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pentadbiran, kami percaya 90% bahawa Negeri Selangor akan kembali kepada pemerintah kerajaan terdahulu.

Dan sekiranya ianya masih GAGAL diselesaikan menjelang berlangsungnya PRU13 ini, maka sebilangan besar daripada kami yang sekurang-kurangnya menyumbang sebanyak 3,000 undi ini bukan sahaja amat kecewa, malahan HILANG PERCAYA terhadap Pakatan Rakyat.

5 comments:

Anonymous said...

Pakatan Rakyat or Pakatan Cina?

MB Selangor Sucks said...

Dari sudut politik, kalau kerajaan PR yang sama menang pilihanraya akan datang, besar kemungkinan tiada berita baik mengenai rumah kita ni yang boleh kita raikan untuk 4-5 tahun akan datang.

Anonymous said...

Senang cite, klu pakatan menang lg..xkiralah pakatan apa pn, cina ke apa ke..nmpaknya klu xramai pembeli DKI mati, yg muflis dh tentu xterbilang dik jari...

Anonymous said...

Orang yang menganiaya orang lain takkan selamat di akhirat nanti....

Orang yang menangguh2kan hak orang lain pun takkan selamat diakhirat nanti...

Orang yang berjanji tapi takde keinginan langsong nak tepati janji tersebut (tapi hanya sekadar nak meraih undi utk berkuasa dan mendapat imbuhan demi kepentingan tembolok sendiri), takkan selamat juga diakhirat nanti...

Kesimpulannya orang yang menipu orang lain secara terang2an terutamanya PEMIMPIN yang MENIPU RAKYAT semasa pemerintahannya, pasti tidak akan terlepas daripada pertimbangan ALLAH swt di akhirat nanti...

Amin ya rabbal a'alamin....

Anonymous said...

salam..saya penduduk kg.bukit kapar..sering kali juga bila ada ceramah PAS projek desa kerayong indah akan jadi modal politik. dicanangkan bahawa pelahap2 umno dah makan duit pembeli kemudian cabut lari..malah kata mereka juga kerajaan PR yg mahu menyelesaikan projek tersebut sering dihalang oleh pelahap2 umno..ntah la..asyik main politik je, tuduh org sana sini sampai bila pun masalah tak selesai..yg jadi mangsa adalah rakyat.. bantuan yg dijanjikan YB Pas untuk dalamkan parit depan rumah mak saya pun jd janji tinggal janji..last2 semua kene buat sendiri