Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Saturday, March 10, 2012

Update Status Penyelesaian Tuntutan DKI


Atas permintaan konsultan-Pemaju (Baru), maka pada Jumaat 9hb. Mac 2012 yang lalu, J/Kuasa Tuntutan dan Peguam telah mengadakan satu perjumpaan yang antara lain membincangkan berkenaan dengan isu tuntutan yang telah melewati masa hampir 5 bulan daripada tarikh persetujuan awal.

Pemaju (Baru) telah memaklumkan bahawa mereka masih belum memperolehi locus (Kebenaran) daripada Kerajaan Negeri bagi membolehkan mereka meneruskan kerja-kerja membaikpulih projek Desa Kerayong Indah yang telah terbengkalai sejak tahun 2002 lagi.

Oleh yang demikian, maka Pemaju (Baru) masih belum dapat menyempurnakan semua tuntutan termasuk Penyelesaian Pinjaman Bank yang sepatutnya telah dilakukan pada bulan Mac 2012 ini.

Kita difahamkan bahawa Kerajaan Negeri bersama Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan agensi-agensi Kerajaan Negeri yang lain seolah-olah cuba menuding kepada pihak lain sehingga mereka BELUM LAGI mengeluarkan locus kepada Pemaju (Baru) walaupun pihak bank (Anchor Bank) telahpun memberikan persetujuan pembiayaan dan penyelesaian tuntutan ini.


Apa yang dikesalkan adalah sikap pimpinan Kerajaan Negeri ini yang seolah-olah main tarik tali antara satu sama lain dengan penglibatan beberapa EXCO yang tidak sependapat telah menyusahkan rakyat di negeri Selangor ini. Ini juga berkemungkinan berlaku ekoran dari kemelut politik yang melanda negeri Selangor sejak kebelakangan ini dan EXCO perumahan yang seolah-olah langsung tidak campur tangan walaupun isu perumahan sepatutnya ditangani dengan baik.

Malahan kenyataan akhbar yang dibuat baru-baru ini juga menyalahkan Pemaju (Baru) yang tidak menyediakan laporan dengan tepat seperti apa yang mereka kehendaki.

Kita telah sependapat dengan Pemaju (Baru) untuk menggunakan alternatif lain (sedang diaturkan) bagi memberikan tekanan kerajaan negeri untuk segera mengeluarkan locus kepada Pemaju (Baru) sebelum Pemaju (Baru) membuat keputusan untuk menarik diri daripada meneruskan Projek Membaikpulih Desa Kerayong Indah.

Kita ingin MENGINGATKAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR ini, JANGAN mempertaruhkan nasib rakyat yang teranaiya ini kerana kelak bilamana ALLAH mengkehendaki, maka KUASA SEMENTARA yang ada ini akan LENYAP SELAMANYA. Dan tidak ada gunanya mendabik dada dengan simpanan mencecah hampir RM2 billion, jika ianya tidak digunakan untuk membantu rakyat.

InsyaAllah, kita jangkakan dengan tekanan dan maklumat awal yang diperolehi, kerajaan Negeri akan memberikan locus selewatnya pada penghujung bulan Mac 2012 ini.

Harap bersabar.



6 comments:

azroei said...

Salaam, mari lah bersama2 panjatkan doa kpd Allah SWT supaya segala usaha yg telah, sedang dan akan dilakukan akan membuahkan hasil spt yang diharap2kan.. Kepada AJK yang berkenaan kami ucapkan TAHNIAH & SYABAS di atas usaha keras kalian yg telah mencapai ke tahap TERBAEK!

Ali said...

Kita tunjukkan kuasa rakyat dlm PRU13 nanti. Biar mereka yang lebih berpolitik drpd membantu rakyat sedar siapa diri mereka. Undi pada yang sudi berbakti..

fidahawani said...

Dugaan sbegini memang telah dijangkakan... tetapi kita tidak boleh mengalah...ayuh kita gunakan apa sja cara yg mampu menekan mereka dari pelbagai sudut. Ya Allah...berikanlah kemenangan kpd kami yang teraniaya dan lembutkan/lemahkan hati mereka sebagaimana Engkau telah lembutkan besi bagi Nabi Daud a.s. Amin Ya Rabbul'alamin

Anonymous said...

Dugaan mcm ni, kiter hrp dpt bersabar..dari aper yg syer dpt info, Kerajaan Negeri msh mlht kpd keputusan mahkamah yg maner arahan mahkamah supaya projek diberhentikan sehingga ader keputusan mahkamah berkenaan 300 pembeli yg manyaman kerajaan negeri.. aper pun kiter berdoa supaya projek dpt dipulihkan..

Mohd Noh said...

Nampaknya kita kena tunggu kes saman kerajaan negeri selesai lah ya baru boleh cerita pemaju baru.

Saya tak masuk group menyaman jadi saya tak tau status kes saman. Nak tanya kat mana progress saman tu, dan agak2 berapa lama lagi akan ada keputusan?

Terima kasih

financialserviceoffer said...

Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via financialserviceoffer876@gmail.com whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thank