Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Thursday, November 5, 2009

Penggabungan Kumpulan : K1-K2-K3-K4-K5-K6



Proses Pengabungan semua Kumpulan yang dijadualkan pada 4 November 2009 yang lalu agak hambar lagi bilamana terdapat beberapa fail masih belum dapat dikemukakan oleh Pejabat Pendaftar Mahkamah kepada YA Hakim. Walaubagaimanapun, 2 fail telahpun dapat dikemukakan kepada YA Hakim pada hari tersebut.

Sehubungan dengan itu, peguam kita telah mendapat kebenaran melalui surat rasmi kepada mahkamah untuk menggabungkan 4 fail yang belum dijumpai tersebut. Proses penggabungan ini akan disebut semula dihadapan YA Hakim di dalam kamarnya pada esok hari Jumaat 6hb November 2009. Oleh yang demikian, pihak pendaftar mahkamah terpaksa mencari fail tersebut sehingga ditemui dan dateline-nya adalah esok.

Sekiranya kesemua ini berjalan dengan lancar pada esok hari, maka kita dijangka akan mendapat tarikh untuk Sebutan Kes yang dijangkakan dalam masa yang terdekat ini.

Dalam pada itu, Pihak Konsultan yang mendapat "kerja" untuk menyelaraskan beberapa Projek-projek Perumahan Terbengkalai di Negeri Selangor ini semakin menampakkan kekalutannya apabila seringkali menghubungi peguam kita untuk meminta bermacam-macam dokumen dengan alasan untuk proses penyelesaian di luar mahkamah.

Mereka seolah-olah di dalam keadaan tertekan kerana pihak kontraktor yang telah dilantik tidak dapat menjalankan kerja-kerja penyambungan projek tersebut kerana kes DKI ini telah berada di mahkamah. Dan lagi pihak bank pasti tidak akan meluluskan pembiayaan projek tersebut.

Apa yang dapat kita lihat, pada masa sekarang alasan "baru memerintah" oleh Kerajaan Negeri yang baru sudah tidak kedengaran lagi dan dalam masa yang sama pelbagai kemelut terus melanda PR di Negeri Selangor selepas kejatuhan Perak. Apa yang kita dapat perhatikan sekarang ini, mereka sedang bergelut dengan date-line "Januari 2010" seperti yang diperkatakan oleh banyak pihak di dalam laman-laman blog.

Dalam masa yang sama kebajikan rakyat, Projek Pemulihan Perumahan Terbengkalai terutamanya Desa Kerayong Indah terus sepi begitu sahaja, malahan Konsultan yang dilantik oleh Kerajaan Negeri boleh dipertikai kewibawaannya seperti dimaklumkan di laman laman blog YB Iskandar Abdul Samad, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan :-

Gagal Projek :
  • Projek pembinaan 175 unit Pangsapuri Taman Sri Angsana Hilir, Mukim Ampang
  • Projek Pembinaan Gombak Perdana Villa di Atas Lot 5311 HS(D) 1733 Mukim Setapak, Daerah Gombak

Dapat Projek :
  • Cadangan pembinaan rumah teres di atas Lot Sub Lot 1 hingga 244 (Fasa 5e) Di atas sebahagian Lot 48729 (16929), Mukim Petaling, Daerah Petaling.
  • Cadangan Pembinaan Rumah Pangsa Kos Rendah, Saujana Puchong Mukim Petaling, Daerah Petaling.

APA NIIIII.....Bengkalaikan rumah orang, pastu dapat projek lagi....pastu jadi konsultan pula....mana ketelusannya?

SAMA JE macam kerajaan terdahulu...semua kroni. Yang sengsaranya kita semua. Sebab tulah maka sebilangan besar daripada kita terutamanya yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah tidak lagi membuat bayaran cukai tanah. Untuk apa bayar, kalau yang senang adalah mereka. Kita pula terpaksa berhadapan dengan hutang bank yang sampai bila tak selesai lagi.

Sepanjang 2 tahun memerintah Selangor ini, wakil rakyat mana yang datang berjumpa dengan kita? EXCO mana yang mahu bertanya atau berbincang dengan kita? MB jauh sekali. DSAI....lupakan sahaja. Telah puas panggilan telefon, e-mail, surat rasmi dikirimkan, namun apa jawapan mereka ....




Ingatlah wahai wakil-wakil rakyat dan Pakatan Rakyat, bilamana kejatuhan telah benar-benar berada diambang, jangan harapkan lagi ehsan daripada rakyat sebagaimana yang berlaku kepada Perak.

Maka, kita merasakan walaupun banyak liku-liku yang terpaksa kita lalui dengan memilih mahkamah sebagai jalan terbaik untuk menuntut kembali hak kita sebagai pembeli yang teranaiya. Mudahan Allah akan membantu kita semua. InsyaAllah.

Wassalam.

NOTA : Sesalinan e-mail kepada YB Nurul Izzah, YB Husam Musa, YB Zulkifli Noordin, YB Hj Mahfuz, Dewan Pemuda PAS, Datin Seri Fatimah, Editor Siasah, Editor TranungKite, Editor Agenda Daily, Editor Berita Harakah, YB Dr Lolo, YB Hassan Ali, Editor Tukar Tiub, Editor Xkutif, Editor Buletinonline, Editor Siasah, YB MP Marang, YB MP Kubang Kerian, YB MP Shah Alam.



9 comments:

indraputra80 said...

Quote"Ingatlah wahai wakil-wakil rakyat dan Pakatan Rakyat, bilamana kejatuhan telah benar-benar berada diambang, jangan harapkan lagi ehsan daripada rakyat sebagaimana yang berlaku kepada Perak"unquote.

Ugut! Ugut!

Ini lah payah nya org.kita.

Beri sedikit banyak pinta nya.

Bila tak dapat,merajuk,marah sampai lupa apa tujuan,apa metalamat kita memilih PR sebelum nya.

UMNO yg.menzalimi rakyat hampir seabad lama nya.,tiba tiba di lupakan segala kesulitan dan kepayahan yg.di buat ole nya.

Kenapa????

Orang Melayu maruah tak de agama di gunakan bila perlu saja.,terutama bila ada kematian,sakit atau bila di timpa sedikit bencana.

Tak pecaya.,tengok kat surau,Masjid di sebelah rumah kita.,bila Asar,zohor dan subuh berapa ramai makmum yg.ada jika di bandingkan pada Sembahyang sunat Hari Raya?

Sudah sudah lah,

Rumah tur masa di beli ada kah TSK .NIZ dan lain lain nya letak pistol kat kepala,suruh beli cara paksa?

Sendiri sanggup sendiri tanggung lar.

Celik lah,Buka mata buka minda.

Desa Kerayong Indah said...

Terima kasih tuan Indraputra80 kerana memberikan komen.

Harapan kami, tuan bukanlah pemimpin atau jawatankuasa mana2 parti politik/pertubuhan2/yang berjawatan samada bekerja sendiri atau makan gaji.

Tuan yg tlebih melenting bila membaca permasalahan kami, sedangkn seorang yg bergelar pemimpin tidak akan begini.

Pemimpin akan mendekati rakyat bila mendapat tahu masalah mereka. Bukannya memberikan bmacam2 alasan atau menuding jari kearah pengadu atau kepada pihak yang lain yang membuat angkara.

Ambillah iktibar dari kisah Saidina Omar Al-Khatab, bagaimana cara dan kaedah beliau mendekati rakyat semasa kepemimpinannya dahulu.

Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayah kepada tuan dan kami semua. InsyaAllah.

Anonymous said...

hahha inderaputra hang mmg bangang cam pemimpim umno la, ugut bukan tak ugut konon, depa nak kan pemimpin yang ambil berat dan tau selesaikan masalah rakyat, kalau idak baik tak yah jd pemimpin, pas tu nak sokong parti mana lak, dua2 camhamoeh, janji jer lebih, bil atime nakbuat semua lari dan tak ambil tau, time nak undi semua mari,,,,,mmg hampeh

Anonymous said...

salam...

bagi pendapat saya `Desa kerayong Indah' perlu teruskan usaha mendapat hak anda tapi saya kurang bersetuju tentang kenyataan berikut:-

"APA NIIIII.....Bengkalaikan rumah orang, pastu dapat projek lagi....pastu jadi konsultan pula....mana ketelusannya?

SAMA JE macam kerajaan terdahulu...semua kroni. Yang sengsaranya kita semua. Sebab tulah maka sebilangan besar daripada kita terutamanya yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah tidak lagi membuat bayaran cukai tanah. Untuk apa bayar, kalau yang senang adalah mereka. Kita pula terpaksa berhadapan dengan hutang bank yang sampai bila tak selesai lagi.

Sepanjang 2 tahun memerintah Selangor ini, wakil rakyat mana yang datang berjumpa dengan kita? EXCO mana yang mahu bertanya atau berbincang dengan kita? MB jauh sekali. DSAI....lupakan sahaja. Telah puas panggilan telefon, e-mail, surat rasmi dikirimkan, namun apa jawapan mereka ...."

apabila kita kembali kepada isu yang berlaku yang diterangkan dalam kolum "pengenalan":-

Projek ini telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Menteri Besar Selangor Dato' Seri Abu Hassan Bin Omar pada 29hb Jun 1999 di salah sebuah hotel terkemuka di Shah Alam.

Melalui Pejabat Tanah Kuala Selangor setiap Pembeli Desa Kerayong Indah ini telah diberikan surat tawaran pemilikan tanah terancang ini berserta dengan syarat iaitu menyetujui perlantikan Bumi Circle Sdn. Bhd. sebagai Kontraktor rasmi yang juga akan menyediakan kemudahan infrastruktur seperti jalanraya dan lain-lainnya. Pembeli juga dikehendaki menandatangani Perjanjian Pembinaan dengan kontraktor tersebut.

Setelah 36 bulan masa berlalu, seperti yang telah dijanjikan di dalam Perjanjian Pembinaan tersebut, Projek Perumahan yang memuatkan hampir 1100 buah rumah ini telah terbengkalai sepenuhnya dan disahkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Sehubungan dengan itu, seramai 130 orang Pembeli Kumpulan 1 telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 24hb. April 2007 yang lalu dan diikuti oleh Pembeli Kumpulan 2, Kumpulan 3 dan Kumpulan 4.

daripada sini seolah-olah pembeli hendak menyalahkan kerajaan negeri sekarang 100%. ada tiga tarikh atau tahun yang kena kita bezakan.

1)29hb. jun 1999 (projek dilancarkan)
2)24hb. April 2007 (Failkan tuntutan)
3)08hb. Mac 2008 (PR mengambil alih Selangor)

mungkin yang membuat kenyataan nagitif seumpama " membaling batu sembunyi tangan"

moga-moga DKI memperolehi kemenangan dalam tuntutan...INSAYALLAH

Anonymous said...

Jadi, Pada pilihanraya akan dtg nak undi siapa?? Nak undi BN??? Entah la Melayu..nasib ko la Melayu..

indraputra80 said...

Quote"daripada sini seolah-olah pembeli hendak menyalahkan kerajaan negeri sekarang 100%. ada tiga tarikh atau tahun yang kena kita bezakan.

1)29hb. jun 1999 (projek dilancarkan)
2)24hb. April 2007 (Failkan tuntutan)
3)08hb. Mac 2008 (PR mengambil alih Selangor)"unquote

Kita lihat dari huraian ini,terutama dlm.per.3

Kalau MB datang pon ,apa yang bole die lakukan?

Kes sudah dalam Mahkamah.

Tak mungkin die dapat mempngarohi keputusan.

So..sekadar lawatan..sembang sembang..bagi sokongan moral?

Gua rasa lebe baik kumpul pembeli Islam,buat Sembahyang hajat,munajat dgn Allah ada baik nya.,mengadu dgn yg.Esa.

Yakin lah...

Sebaik baik tempat mengadu hanya pada die di samping usaha yg.berterusan,

Psl MB,pasal MP,ADUN letak tepi.,mereka ada tanggong jawab bila berhadapn dgn Allah nanti.

Gua minta maaf klo terkasar bahasa gua cuma bagi pandangan.

Kadang kadang orang kita terlalu mengharap pada Pemimpin ,walhal mereka telah sedaya upaya melakukan yg.terbaik,tapi maklum saja lah ramai.,jadi ada yang ketinggalan .

Wallahuaklam.

Jgn Maree!!

Anonymous said...

salam, btul juga... jgn ugut PR bro..

cuba tanya akal fikiran yg sihat, adakah PR terbabit dlm hal ni... kita hanya boleh mohon pertolongan dan bantuan dr segi guaman ke...

ni kan Bee End punya hal bro.. sabar la skit sampai PR dpt amik alih pusat.. kita sumbat kan abu hassan omar dlm baru kita agih2kan harta dia...

huhu ok.. jais pun kawan umno lagi huhu

umno Untok Melayu No Otak...
PKR la Sendiri huhuhu kata nabil

Anonymous said...

Dia orang nie bukan apa...saya dengar cerita bila consultant ajak berbincang untuk selesaikan masalah dia orang kata consultant nak gula2kan dia orang. Lepas tu tulis kat blog dia orang ni benda tak transpire sebagaimana yg dibicangkan. Sekarang ni pun consultant pun dah malas nak jumpa dia orang sbb dia orang ni suka back-stab.

Untuk pengetahuan tokey blog...kerajaan PR sedang mengambil langkah2 tertentu untuk memulakan kembali projek ni....kalau tak percaya pergilah tanya consultant dan taskforce. Sapa kata Adun PR tak pernah jumpa dia org, YB Saari pernah jumpa dia org tapi dia org emotional...berfikiran negative...suka menyalahkan org lain daripada cari penyelesaian.

Tak lama lagi, insya-Allah, surat akan dikeluarkan untuk terminate kontraktor lama dan melantik kontraktor baru.

Korang menyaman sbb korang dah taknak rumah tu. Jadi kalau dah taknak tak payahlah nak menyusahkan org yg masih nak rumah. Nanti kita tgk bila projek tu nak mula balik, berapa byk org yg menyaman nak tarik balik saman.

Dia cerita kata seluruh projek tak boleh sambung sbb sekarang dlm kes mahkamah. Woi, tanah tu atas individual title la. Kalau org tak menyaman nak sambung apa kau org boleh buat. Nak suruh mahkamah kuar arahan jangan bagi dia org buat rumah. Kalau berani buat la. Beratus org tak menyaman akan saman kau.

Lain kali kalau nak cerita, kau kena pikir yg org lain bukan bodoh.

Shahrulrock said...

Loooorrrr....
Semua benda kita nak politikkan.
Pemimpin pun manusia biasa macam kita juga.Kadang-kadang terlepas pandang,kadang-kadang malas memandang.
Bila terlepas pandang, itu sifat manusia, pelupa.Bila malas memandang, itu sifat durjana,gila kuasa.
Nak salahkan pemimpin, kita sendiri ada ketika gagal nak puaskan hati anak-anak.Nak salahkan pengundi, pemimpin di pilih kerana janji.