Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Sunday, July 19, 2009

Pengurusan Kes K1-K2-K3-K4



InsyaAllah, Pengurusan Kes bagi Kumpulan 1,2,3 dan 4 dijadualkan berlangsung pada Selasa 21hb Julai 2009 jam 9:00 pagi di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Peguam kita dijangka akan mengemukakan permohonan untuk menggabungkan keempat-empat kumpulan tersebut untuk dibicarakan di dalam mahkamah dan hakim yang sama.

Selain daripada itu, peguam juga akan mengemukakan satu perkara penting kepada hakim yang mengendalikan kes tuntutan ini. Tambahan pula pada masa sekarang pihak Task Force bersama pemaju baru diberitakan semakin berada di dalam keadaan dilema memandangkan tarikh yang mereka janjikan untuk meneruskan pembinaan rumah di Desa Kerayong Indah ini semakin hampir dan dalam masa yang sama kes mahkamah semakin dekat dengan perbicaraan.

Selama ini mereka begitu yakin dengan pendekatan yang cuba mereka bawa, namun yang pasti kecekalan kita untuk menuntut gantirugi tidak mudah untuk digula-gulakan oleh mereka.

Cukuplah sekali mengadakan perbincangan di SUK dengan Task Force pada 11 Mac 2009 yang lalu. Perbincangan kedua hanya akan diadakan selepas mereka menyelesaikan semua hutang piutang kita dengan pihak bank. Semuanya ini kita serahkan kepada peguam untuk menyelesaikannya dan admin dimaklumkan bahawa mereka telah beberapa kali cuba memujuk kita untuk menerima cadangan mereka.....macam gila talak pulak....

Maklumat lanjut akan dimaklumkan nanti. InsyaAllah.

Wassalam.


1 comment:

Unknown said...

salam, apa perkembangan selepas "management case" ni....bagaimanapun ALHAMDULILLAH... BERSYUKUR KITA TELAH SAMPAI KETAHAP INI.. kerana ramai lagi yang masih teraniaya di luar sana.....