Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) menjangkakan projek tersebut akan siap menjelang Disember ini. seterusnya ... disini
Komen : Sebab apa Projek Perumahan Alam Perdana diperuntukkan RM40 juta? Desa Kerayong Indah yang bermula sejak 1998 dibiarkan sedangkan Alam Perdana bermula sekitar tahun 2000... Inilah antara jawapannya ...
- Projek Perumahan Alam Perdana berada di dalam kawasan DUN Ijok --- YAB MB adalah dari DUN Ijok. Sedangkan Desa kerayong Indah di dalam DUN Jeram, YB dari BN, tetapi Parlimen Kuala Selangor diwakili oleh YB Pakatan Rakyat yang pandai bercakap, tetapi kawasan sendiri langsung tak diendahkan. Nak komplen dengan MP tersebut memang susah, nantikan kita pulak didoakannya yang tidak baik... Ini pengalaman salah seorang pembeli DKI ini sendiri.
- Pilihanraya Umum semakin hampir, setiap wakil rakyat akan berusaha menambat hati pengundi di kawasan masing-masing.
- Pembeli rumah Alam Perdana adalah bukan kesemuanya MELAYU (ISLAM). Sudah tentu kerajaan negeri berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada pelbagai bangsa untuk kekal berkuasa pada penggal yang akan datang tidak seperti Desa kerayong Indah yang 100% pembelinya adalah MELAYU-ISLAM... Sebab bangsa melayu seperti kita ini mudah diperdayakan dengan janji-janji manis, baik BN atau PR.
- Kita hairan, bagaimana secara tiba-tiba sahaja ada peruntukan sebanyak RM40 juta (duit kerajaan negeri) untuk mengambil alih projek Alam Perdana yang kita sendiri tahu ianya adalah projek SWASTA, sedangkan Desa kerayong Indah adalah Projek Desa Wawasan (Pemberimilikan Tanah Terancang) dibawah kerajaan Negeri Selangor? Adakah ianya dibenarkan oleh peruntukan undang-undang? Atau ianya projek untuk kroni untuk membelanjakan wang kerajaan negeri...?
- Banyak lagi isu sensitif yang tak dapat disiarkan di dalam blog ini, kerana ia pasti akan mengundang sensitiviti samada dari segi kaum mahupun undang-undang...
Berkaitan Alam perdana :
Blog Alam Perdana
Posting Lama