Jangkamasa menunggu "seal copy" Kumpulan 2 ini adalah lebih cepat iaitu selama 15 hari berbanding dengan "Seal Copy" Kumpulan 1 iaitu selama 37 hari dari tarikh Dokumen Tuntutan Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
InsyaAllah, Writ Saman akan diserahkan kepada pihak Defendan-Defendan pada awal minggu hadapan melalui Peguam kita. Selepas daripada ini, perjalanan proses tuntutan Kumpulan 2 adalah sama seperti proses tuntutan Kumpulan 1 yang terdahulu.
Apabila kes Kumpulan 1 dibicarakan di mahkamah kelak, kita akan memohon kepada pihak mahkamah untuk "consolidate" (gabung) kedua-dua Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 ini bagi membolehkan dan memudahkan pihak mahkamah mengendalikan kes tuntutan ini secara serentak.
Sehubungan dengan itu, kita meminta kepada semua Pembeli Kumpulan 1 dan Kumpulan 2 agar sentiasa mendapatkan update terkini samada daripada laman blog ini ataupun melalui kami.
Wassalam.