Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Showing posts with label Kumpulan 3. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan 3. Show all posts

Monday, November 10, 2008

Keputusan Penetapan Tarikh Sebutan Kes K2K3-2



Isnin 10 November 2008 - Keputusan terhadap Penetapan Tarikh Sebutan Kes bagi Kumpulan 2 dan Kumpulan 3 yang dijadualkan pada hari ini (10 Nov 08) telah tertunda lagi ekoran daripada KEGAGALAN semua pihak Defendan iaitu Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor dan Kontraktor Bumi Circle untuk menghadirkan diri mereka di Kamar Hakim seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Ini adalah penangguhan kali kedua bagi Kumpulan 2 dan 3 sejak penundaan pertama yang sepatutnya berlangsung pada 5 Ogos 2008 yang lalu disebabkan YA Hakim yang mengendalikan kes ini "cuti".

Pihak Defendan memberikan alasan (apabila dimaklumkan oleh Peguam Pembeli) bahawa mereka tidak menyedari tarikh menentukan Penetapan Tarikh Sebutan Kes ini berlangsung pada hari ini iaitu 10 November 2008. Namun begitu, kita menyakini bahawa pihak Defendan tidak dapat menyediakan dokumentasi yang lengkap bagi tujuan Pengurusan Kes. Atau pihak Defendan GAGAL menyediakan hujah-hujah mereka untuk menolak tuntutan Pembeli Desa Kerayong Indah di dalam dokumentasi yang lengkap. Ini adalah kerana YA Hakim boleh membuat penghakiman terus pada hari ini sekiranya dokumentasi mereka adalah tidak cukup kuat (baik) untuk menghadapi perbicaraan sebenar nanti.

Walaubagaimanapun, Peguam kita yang memasuki kamar Hakim sendirian telah membuat aduan kepada YA Hakim terhadap 2 kali penundaan ini. Oleh itu, YA Hakim telah menetapkan Penetapan Tarikh Sebutan Kes yang akan datang adalah pada 16 Februari 2009 nanti. Pihak Defendan adalah dimestikan untuk "compile" kesemua dokumentasi mereka untuk Pengurusan Kes bagi YA Hakim menentukan samada perlunya perbicaraan atau terus menmbuat penghakiman. Jika masih ENGKAR, YA Hakim akan membuat penghakiman terus terhadap kes tuntutan kita ini.

Wassalam.



Sunday, November 9, 2008

Penetapan Tarikh Sebutan Kes K2K3-2



InsyaAllah, esok 10 November 2008 akan berlangsung Penetapan Tarikh Sebutan Kes bagi Pembeli Kumpulan 2 dan Kumpulan 3 di Mahkamah Tinggi (Sivil) 1, Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam Selangor Darul Ehsan. Tarikh ini adalah lanjutan daripada penetapan yang telah tertunda pada 5 Ogos 2008 yang lalu disebabkan YA Hakim yang mengendalikan kes ini "cuti".

Kita mengharapkan agar Penetapan Tarikh Sebutan Kes ini akan berlangsung dengan baik tanpa ada apa-apa halangan lagi seperti dahulu. InsyaAllah, permohonan untuk menggabungkan kesemua Kumpulan pembeli di dalam satu kumpulan perbicaraan akan dimaklumkan kepada YA Hakim bagi memudahkan lagi urusan perbicaraan kelak.




Monday, May 5, 2008

Pra-Bicara 5 May 2008 (MT1)




Assalamualaikum,

Pra-Bicara yang telah berlangsung pada pagi tadi 10:10 pagi Isnin 5 May 2008 di Kamar Hakim, Mahkamah Tinggi 1 (Sivil), Mahkamah Tinggi Shah Alam, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan berjalan dengan lancar dengan kehadiran sebahagian daripada pembeli-pembeli yang telah dan belum memfailkan tuntutan gantirugi.

Peguam Wan Shahrizal yang mewakili pembeli telah masuk ke Kamar Hakim Dato' Mariana Binti Hj. Yahya bersama dengan Peguam Yusman yang mewakili Bumi Circle dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Selangor Aimi Hajar Binti Dato' Mohd Ridzwan tepat jam 10:09 pagi di Mahkamah Tinggi 1.

Bumi Circle yang masih belum memfailkan Pembelaan seperti yang diminta oleh Hakim Dato' Alizatul Khair Binti Osman Khairuddin semasa tuntutan mendapatkan JID pada 5 Mac 2008 yang lalu, telah diarahkan oleh YA
Dato' Mariana Binti Hj. Yahya untuk memfailkan Pembelaan mereka di Pejabat Pendaftar Mahkamah di dalam tempoh 2 minggu dari tarikh 5 May 2008 ini.

Setelah meneliti segala dokumen dan penghujahan semua pihak, maka YA Hakim Dato Mariana telah menetapkan tarikh untuk Sebutan Kes adalah pada Selasa 5 Ogos 2008 nanti.

Selepas selesai penghujahan, Peguam Wan Shahrizal telah memberikan taklimat kepada pembeli-pembeli yang hadir dan ditemuramah oleh wartawan yang hadir membuat liputan. New Straits Times , MStar

InsyaAllah, selepas ini kita akan mengetahui apakah Pembelaan yang akan difailkan oleh Bumi Circle untuk menyelamatkan mereka yang selama ini banyak bergantungan dengan Kerajaan terdahulu pimpinan Barisan Nasional.

Sekalung ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pembeli yang hadir memberikan sokongan kepada Peguam Wan Shahrizal.