Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Showing posts with label Invited. Show all posts
Showing posts with label Invited. Show all posts

Thursday, August 23, 2007

Mohon Invited Ke Blog Tuntutan Mahkamah

Assalamualaikum,

Sejak kebelakangan ini, pihak Blogger banyak menerima e-mail daripada Pembeli yang memohon invited ke Blog Tuntutan Mahkamah Pembeli DKI untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung dengan kes tuntutan ini yang telahpun hampir memasuki fasa terakhir.


Seperti yang telah kita maklumkan sebelum ini, kita hanya dapat meluluskan invited HANYA kepada Pembeli yang telahpun memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah di Mahkamah sahaja. Kita tidak dapat meluluskan invited tersebut kepada Pembeli yang tidak memfailkan tuntutan ini atas sebab-sebab yang telah kita perjelaskan sebelum ini (sila klik disini ).

Walaubagaimanapun kepada Pembeli yang telah menyerahkan Dokumen Tuntutan kepada Peguam tetapi belum difailkan di mahkamah dan telah membuat permohonan invited agar dapat bersabar sedikit masa lagi untuk pihak Blogger meluluskan invited tersebut.

Wassalam.
Blogger.


Friday, June 29, 2007

Akses Blog : Keputusan

Assalamualaikum
Ruangan "Jom Mengundi" telah ditutup pada 28hb. Jun 2007 jam 12:00 tengah malam yang lalu. Undian yang dijalankan ini adalah bagi tujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada kesemua Pembeli DKI samada yang telah/belum/tidak memfailkanTuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini berkenaan dengan cadangan untuk Laman Blog ini FREE AKSES ataupun MENGHADKAN AKSES hanya kepada Pembeli yang telah memfailkan tuntutan sahaja. Keputusan undian yang kita perolehi adalah seperti berikut :-

Adakah anda BERSETUJU laman blog ini dihadkan hanya kepada Pembeli DKI yang memfailkan Tuntutan Saman sahaja?

  • Bersetuju : 45 %
  • Tidak Bersetuju : 55 %

Daripada keputusan di atas, ramai dikalangan Pembeli-Pembeli yang melayari laman Blog ini tidak bersetuju supaya ianya dihadkan hanya kepada Pembeli yang telah memfailkan tuntutan sahaja. Oleh kerana itu, maka kita telah membuat keputusan iaitu Laman Blog ini akan KEKAL FREE AKSES. Sesiapa juga bebas untuk melayarinya tanpa apa-apa halangan.


Bukanlah niat kita untuk merahsiakan apa juga perkembangan yang berlaku di dalam proses Tuntutan Gantirugi ini,
namun disebabkan Tuntutan Gantirugi ini telah difailkan di Mahkamah dan telahpun memasuki fasa PEMBELAAN, maka ada maklumat-maklumat yang bersifat "confidential" yang tidak dapat dihebahkan secara terbuka kerana dikhuatiri ianya akan mengganggu proses tuntutan dan perbicaraan mahkamah nanti.

Namun begitu adalah menjadi HAK bagi setiap Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi ini untuk mengetahui perkembangan-perkembangan terkini yang sedang dan dijangkakan akan berlaku di masa hadapan. Oleh itu, kita telah memutuskan bahawa kesemua maklumat-maklumat yang bersifat "confidential" ini memerlukan "permission/invited" untuk membukanya dan HANYA Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi ini SAHAJA akan diberi "permission/invited" tersebut. Sila klik disini untuk mengetahui dan panduan memohon "invited" daripada Blogger.

Adalah diharapkan semua Pembeli-Pembeli DKI terutamanya kepada mereka yang Tidak Memfailkan Tuntutan ini agar dapat memahami dengan jelas mengapa kita tidak dapat menghebahkan secara terbuka maklumat-maklumat yang bersifat "confidential" ini.

Sekiranya Pembeli-Pembeli yang Tidak Memfailkan Tuntutan Gantirugi ini ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang maklumat tersebut, bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan penjelasan dan pemberitahuan dari masa ke semasa.

Wassalam
Blogger



Tuesday, June 26, 2007

Info Jom Mengundi (26hb Jun 2007)

Assalamualaikum
Seperti yang telah kita maklumkan sebelum ini, ruangan "Jom Mengundi" akan ditutup pada 28hb. Jun 2007 (Khamis) jam 12:00 tengahmalam. Oleh itu, kita menjangkakan akan membuat keputusan pada 29hb. Jun 2007 (Jumaat) samada mengekalkan Blog Desa Kerayong Indah ini kepada 'free access" ataupun menghadkan akses hanya kepada Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini sahaja.

Oleh itu kepada Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan ini di mahkamah, anda disarankan agar membuka/mendaftar satu akaun g-mail (percuma) serta memohon invited kepada pihak blogger sebagai persediaan. Sila klik disini sebagai panduan untuk memohon invited tersebut.

Sekiranya anda ingin memberikan sebarang pendapat, sila e-mail kepada Blogger.

Wassalam
Blogger



Tuesday, June 19, 2007

Akses Blog dan Maklumat Confidential

Assalamualaikum.
Seperti yang telah kita maklumkan sebelum ini, ada kemungkinan akses ke laman blog Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini dihadkan hanya kepada Pembeli-Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Saman di Mahkamah sahaja.

Namun begitu daripada undian yang kita perolehi setakat hari ini (18hb. Jun 2007) menunjukkan bahawa ramai dikalangan Pembeli yang tidak bersetuju laman ini dihadkan aksesnya termasuk undian daripada Pembeli yang TIDAK Memfailkan Tuntutan Gantirugi ini.

Walaubagaimanapun , pada dasarnya kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa semua maklumat yang bersifat "confidential" tidak boleh dipublishkan kepada umum lebih-lebih lagi kes tuntutan kita telahpun didaftarkan dan bakal dibicarakan di mahkamah dalam masa yang terdekat ini. Banyak lagi maklumat-maklumat yang sedemikian telah tidak dapat kita publishkan kepada umum. Namun begitu, Pembeli yang telahpun memfailkan tuntutan gantirugi ini berhak untuk mengetahui perkembangan-perkembangan terkini yang berlaku dan dijangkakan akan berlaku di masa hadapan.

Kemungkinan lain yang turut disarankan oleh sesetengah Pembeli adalah menghadkan akses hanya kepada maklumat-maklumat yang bersifat "confidential" sahaja.

Kita meminta kepada Pembeli-Pembeli yang belum lagi membuat undian agar membuat pilihan mereka samada untuk mengekalkan free access ataupun menghadkan akses laman blog ini. Pilihan anda akan diambil kira dalam menentukan keputusannya nanti.

Sehubungan dengan itu, Pembeli-Pembeli yang telahpun memfailkan tuntutan gantirugi ini disarankan agar membuka satu akaun g-mail sebagai persediaan sekiranya laman blog ini dihadkan akses ataupun sebahagian maklumat yang bersifat "confidential" memerlukan akses. Pembeli-Pembeli boleh juga memohon untuk mendapatkan invited mulai sekarang dengan mengikuti langkah berikut :-
  • Buka satu akaun g-mail di sini. (percuma)
    (sekiranya telah ada akaun g-mail, pergi ke langkah seterusnya)

  • Hantar e-mail bertajuk "Mohon Invited ke Laman Khas DKI" kepada blogger beserta dengan maklumat Pembeli seperti :-
    • Nama Penuh Pembeli
    • No. PT
    • No. Telefon (HP)
    • Alamat e-mail (pembeli@gmail.com)
    *** Sila mohon invited dengan menggunakan g-mail anda ***
  • Akses/invited akan diberikan setelah mendapat kelulusan daripada blogger. Anda dikehendaki membuat pengesahan sekiranya diminta oleh blogger.

Wassalam.



Friday, June 8, 2007

Jom Mengundi

Assalamualaikum,

Memandangkan kita telahpun menghampiri ke arah prosiding mahkamah, maka banyak perkara-perkara yang akan dipaparkan di dalam laman blog kita ini akan melibatkan perkara-perkara yang agak "confidential" berbanding dengan perkara-perkara yang terbuka sebelum ini.

Beberapa orang Pembeli telah menyuarakan pendapat mereka agar "access" ke laman blog kita ini DIHADKAN hanya kepada Pembeli-Pembeli yang telah memfailkan Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah ini sahaja dengan beberapa alasan yang munasabah.

Tidak kurang juga ada Pembeli yang mahu supaya laman blog kita ini boleh di "access" oleh sesiapa sahaja TANPA SEKATAN.

Jesteru itu, kita meminta kepada rakan-rakan pembeli yang melayari blog ini agar dapat membuat undian seperti yang kita telah paparkan di sebelah kanan laman blog ini. Sesiapa sahaja boleh membuat undian (Hanya SEKALI sahaja) samada :-
  • Pembeli yang telah memfailkan saman
  • Pembeli yang belum memfailkan saman
  • Pembeli yang masih lagi 50-50
  • Pembeli yang tidak mahu memfailkan saman
InsyaAllah, kita akan buka ruangan "Jom Mengundi" ini sehingga ke satu tarikh yang akan kita maklumkan nanti dan seterusnya membuat keputusan terhadap perkara yang berbangkit ini.

Kerjasama sepenuhnya daripada rakan Pembeli DKI amat diharapkan dalam menjayakan misi Tuntutan kita ini. Semoga ianya akan berjalan dengan lancar.

NOTE : Kita amat mengalu-alukan sekiranya Pembeli DKI yang membuat undian agar dapat memberikan komen atau ulasan terhadap undian yang dipilih. Sila e-mailkan komen anda ke mamatchokia@gmail.com

Wassalam.