Pihak pemaju/kontraktor baru yang diberitakan berhajat untuk menyambung semula projek tersebut masih lagi belum memberikan sebarang keputusan sepertimana yang kita tuntut di dalam Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah.
Walau bagaimanapun, mereka diberitakan sedang di dalam proses menyediakan infrastruktur seperti menambak tanah bagi membina laluan jalan penghubung antara fasa. Persoalannya, dari manakah peruntukan memulakan projek tersebut diperolehi? Adakah pihak kontraktor baru secara sukarela mengeluarkan perbelanjaan sendiri ataupun pihak kerajaan negeri telah mengeluarkan perbelanjaan tersebut?
Jika diperhatikan, pihak yang terlibat di dalam projek baik pulih ini (rumah terbengkalai di Selangor) adalah terdiri juga dari kalangan kontraktor/pemaju yang bermasalah di tempat lain. Sila klik disini.
Walaubagaimanapun, proses tuntutan di mahkamah akan berlangsung seperti yang dijadualkan iaitu pada ini nanti. Kali ini dijangkakan ada pendengaran kes bagi kesemua kumpulan yang telah memfailkan tuntutan iaitu Kumpulan 1-6.
Mudahan Allah mempermudahkan tuntutan kita.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Maaf Zahir dan Batin.
Blogger.
1 comment:
Alhamdulillah.... pada hari ini telah lahir sebuah laman blog dengan Idea konsep baru dengan menggunakan kartun dalam menterjemah isu-isu semasa.
Kata orang sebuah lukisan lebih baik dari seribu perkataan,walau bagimanapun kartun-kartun yang saya dihasilkan tidaklah terlalu berat untuk difahami dan lebih kepada hidangan ringan melepaskan tension dari pada terlalu serius memikirkan keadaan politik sekarang.
Saya cuba untuk tidak terlalu pre-judis terhadap mana-mana pihak dengan mengambil isu-isu dari sumber arus perdana digarap secara sinis dan tidak melampau supaya dapat diterima oleh semua pihak.
Saya harapkan sedikit senyuman keceriaan dari semua yang menatap karya saya yang tidak seberapa ini.
Segala komen dan Idea untuk pembangunan blog ini amatlah dialu-alukan juga sumbangan kartunis lain yang berminat untuk menyumbang.
dan terus memeriahkan dunia bloggers dengan kepelbagaian idea dan sumber
salam sayang dari
http://utusanjamanedan.blogspot.com/
Post a Comment