Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Monday, November 24, 2014

Klarifikasi Dokumen Penggulungan Hujahan Desa Kerayong Indah 2411

2411 merupakan tanggal penuh penantian samada YA Hakim akan membuat keputusan penghakiman pada hari ini 24hb November 2014 atau terus memberikan peluang kepada pihak Defendan-defendan untuk memfailkan Dokumentasi Penggulungan Penghujahan yang sepatutnya telah mereka kemukakan kepada mahkamah pada 27hb Oktober 2014 yang lalu

Memandangkan pada hari ini terdapat banyak kes yang diadili oleh YA Hakim, maka kes Klarifikasi Dokumen untuk Kes Tuntutan Gantirugi Desa Kerayong Indah ini telah dianjakkan kepada giliran yang terakhir, walaupun pada senarai yag dipamerkan di papan kenyataan diluar bilik perbicaraan menunjukkan kes Desa Kerayong Indah ini adalah yang pertama.

Jumlah kehadiran pada hari ini adalah seramai lebih kurang 50 orang. Admin ingin mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada rakan-rakan Desa Kerayong Indah yang telah hadir lebih awal untuk memberikan sokongan kepada peguam. Tidak ketinggalan juga yang mengikuti perkembangan melalui aplikasi Telegram yang dikemaskinikan oleh rakan-rakan yang hadir di mahkamah pada hari ini.

Selepas kes-kes lain selesai, peguam-peguam dilihat mula memasuki kamar YA Hakim pada jam 11:15 pagi dan hanya keluar selepas hampir 45 minit kemudian diikuti dengan taklimat oleh peguam di luar bilik mahkamah.

Selepas selesai taklimat oleh peguam, semua rakan-rakan Desa Kerayong Indah telah berkumpul semula di ruang aras 5 mahkamah dan Admin telah memberikan taklimat ringkas berhubung dengan keputusan perbincangan di kamar Hakim.

Juga kelihatan beberapa orang wakil media turut berada di mahkamah menantikan kalau-kalau YA Hakim membuat keputusannya pada hari ini.

Kesimpulan yang dapat dimaklumkan berkenaan apa yang telah diputuskan pada hari ini adalah :-

Defendan HANYA memfailkan Penggulungan Hujahan mereka pada pagi ini 24/11/2014 dengan alasan salah faham mengenai tarikh


Peguam kita akan failkan Penggulungan Hujahan Balas pada atau sebelum Isnin 01/12/2014


YA Hakim akan membaca KEPUTUSAN PERBICARAAN Kes Desa Kerayong Indah di galeri mahkamah pada Selasa 23/12/2014



Sehubungan dengan itu, Admin menyeru agar rakan-rakan semua dapat hadir ke mahkamah pada Selasa 23hb Disember 2014 ini untuk mengetahui keputusan kes kita ini.

Semoga Allah akan memberikan KEMENANGAN kepada kita. InsyaAllah.

Nota :
Defendan 1 - Kerajaan Negeri Selangor
Defendan 2 - Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor
Defendan 3 - Bumi Circle Sdn Bhd


Jawatankuasa Tuntutan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan pembeli Desa Kerayong Indah yang telah hadir di Mahkamah pada hari ini.

BERSATU MENUNTUT HAK
Admin Desa Kerayong Indah

Menunggu di Aras 5 Mahkamah


Taklimat Peguam dan Admin


Ragam Rakan-Rakan DKI

Nota : Pastikan anda mempunyai Flash Player atau RealPlayer untuk melihat Slideshow/video di bawah ini.

Video Taklimat Klarifikasi Dokumen 2411




5 comments:

Unknown said...

Ayahnya baru berpindah ke kl, baru boleh ikuti perkembangan.

Unknown said...

Saya ingin turut serta dalam group telegram desa kerayong indah.

Junid said...

saya juga mahu turut serta dalam group telegram desa kerayong indah....0123508623...junid

Unknown said...

Hi apa status project ini ya. Tq.

financialserviceoffer said...

Do you need Finance? Are you looking for Finance? Are you looking for finance to enlarge your business? We help individuals and companies to obtain finance for business expanding and to setup a new business ranging any amount. Get finance at affordable interest rate of 3%, Do you need this finance for business and to clear your bills? Then send us an email now for more information contact us now via financialserviceoffer876@gmail.com whats-App +918929509036 Dr James Eric Finance Pvt Ltd Thank