Makluman Tarikh Mahkamah & Isu Semasa

Saturday, September 22, 2012

Senarai Nama Pembeli Di Serahkan Kepada Peguam


DIKEMASKINI
Senarai nama pembeli yang telah mengesahkan membuat Tuntutan Gantirugi dan Kembalikan Wang Pembeli Desa Kerayong Indah melalui Peguam yang telah dilantik adalah seperti di bawah ini.

Oleh yang demikian, semua pembeli yang terlibat di dalam tuntutan gantirugi, diminta untuk memastikan bahawa nama mereka berada di dalam senarai. Untuk makluman, senarai ini telahpun dihantar kepada peguam bagi melaksanakan proses penyelesaian Fasa 1 iaitu Penyelesaian Pinjaman Bank.

Melalui senarai ini juga, peguam akan menyediakan satu lapuran (surat) bersama pemaju untuk dihantar kepada pihak bank yang pada masa sekarang telah mula mengeluarkan saman pemula kepada pembeli-pembeli yang gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak bank.

InsyaAllah, melalui surat ini juga, pihak bank akan dijangkakan akan menggantung/menangguhkan semua prosiding tuntutan mahkamah kepada pembeli yang namanya tersenarai di bawah ini.

















3 comments:

Azroei said...

Bersyukur kita kepada Allah SWT dan kepada semua AJK dan pihak yang terlibat dalam membuat tuntutan HAK kita.
Semoga semua urusan akan berjalan dengan lancar..Amiiin

Anonymous said...

Aslkm, tq Allah kerana mendengar doa... syukur... tq AJK.. mohon maaf nak membantu tapi urusan kerja sukar nak keluar keluar/ cuti.. saya doakan anda semua dapatlah sebuah banglo emas dalam syurga nanti, mudah-mudahan.. Doalah Surah Al-Maidah ayat 114.

azroei said...

Salaam, sepertimana yang kita maklum, dalam pembentangan bajet ada dinyatakan Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta.
Semoga pihak yang berkaitan akan peroleh manfaat yang sepatutnya.